Puan Norhayati Hamzah,
sahabat baik aku masa kecik2 dulu, telah pun share dalam blog dia tentang
pengalaman dia ketika menunaikan umrah… Alhamdulillah, akhirnya, kawan aku
sampai juga ke sana. Tak aci ni… Dia dah share pengalaman dia kat Tanah Suci,
siap berepisod-episod lagi.. Ni yang jeles ni… (Doh mung malas tulis Wanna wei,
orang dok tau la kisah mung)…hihihi… Yati baru pergi Februari 2012, so still
fresh lagi la memory dia… Pengalaman aku di sana dah hampir setahun berlalu;
ingat2 lupa la… Sebenarnya, ada la beberapa kisah menarik bagi aku (maybe bg
korang tak menarik kut, tapi bagi aku sgt bermakna) yang aku boleh share…
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku di sana. Aku telah pergi umrah pada
Jun 2011, masa tu time cuti sekolah… Sebab aku cikgu, time tu lah boleh pegi….
Tajuk kisah ni, aku, suami dan
Masjid Nabawi. Sebenarnya, husband aku tak ikut sekali pun masa aku pergi umrah
hari tu. Tapi, macam mana dia boleh ada dalam kisah ni, korang kena baca la
kisah ni sampai abis tau… Jeng jeng jeng… Macam suspen je kan… hihihi…
Kebanyakan mereka yang pergi
umrah dalam group aku ni, pergi dengan suami masing2… Ye le, orang perempuan
kena pergi dgn mahramnya… Suami aku tak
ikut sekali, so, kat visa kita tu, dia akan letak sape yg akan jadi mahram
kita. Aku tak kenal pon mahram aku sape tapi ada la nama, seingat aku namanya
Mohd Desa bin Putih. But, bila sampai kat airport Jeddah, bila aku bagi
passport aku kat pegawai imigresen tu, dia tanya… mahram, mahram..? Alamak
camne ni, aku tak kenal mahram aku. Time tu ketua rombongan aku Ir Ahmad Jais,
mantan pengarah Radio IKIMfm…. Aku panggil dia and dia pon tak ingat sape Mohd
Desa (dah berkenalan masa kat KLIA but lupa la agaknya). So, dia pegi kat ahli
rombongan yg dok beratur and buat announcement la… En. Mohd Desa pun datang le
kat aku.. Fuuh.. nasib baik takde apa2… Masa tu aku terfikir, kalau la husband
aku ikut sama... Opps.. jangan guna perkataan kalau/ jika/ seandainya… BAHAYA…! Perkataan
itu adalah racun kepada kesabaran (Pahrol, 2012). Kihkihkih... Rasa mcm tulis
thesis plak… Ye le skrg aku dok tgh pulun wat thesis mestilah terpengaruh sikit2….
Semua sudah ditentukan oleh Allah, Only God Knows Why and tentu ada hikmah di
sebaliknya yg kita tak tahu kenapa husband kita tak ikut kan….
Then, kita berangkat ke Madinah.
Alhamdulillah, dapat hotel yang dekat dengan Masjid Nabawi. Tak la rasa penat
sangat kalau nak ke masjid, tambahan pula, cuaca time tu, sangat panas (tak
berani nak ckp kat sana sebab takut lagi panas kita rasa). Setiap kali waktu
solat, aku dan rakan sebilik yang lain pergi ke masjid untuk berjemaah. Masya
Allah, ramai betol la manusia kat masjid ni. Masa aku pergi waktu tu bulan
Rejab, so orang memang ramai datang untuk beribadat. Sangat ramai, kalau nasib
tak baik kena solat kat luar masjid la….
Selesai solat, ramai orang akan
berpusu-pusu keluar dari masjid. Part ni la yang paling menyayat hati aku…
(Hanya akan dirasai pada mereka yg dah berkawin ajer yang mana suaminya tak ikut skali). Bila korang keluar dari
masjid (pintu muslimah), mana yang dah pernah pegi, korang akan nampak para
suami; lehernya panjang menjenguk, mencari isteri masing2 yang keluar dari
masjid - Coz nak jalan balik sama2 ke hotel . Masa ni lah aku rasa sedih, pilu, jeles dan macam2 perasan tak tahu
macam mana aku nak citer. Astaghfirullah… Cepat2 aku beristighfar… Kenapa aku
rasa macam ni? Sepatutnya aku tak boleh rasa kecewa atau sedih… Kena ingat,
kita datang untuk menunaikan umrah adalah kerana Allah semata2… Sepatutnya kita
rasa happy lah kan, kerana dengan izin Allah, kita berjaya menjadi tetamuNya. Kita
patut rasa bersyukur. Cepat2 aku tukar yang negatif itu kpd yg positif dgn
menepuk dada dan berkata, “tentu ada hikmahnya”. (Pahrol – Dimana Dia Di
Hatiku). Untuk itu, aku banyak berdoa, supaya suatu hari nanti aku dan suami
dapat bersama2 mengerjakan haji/ umrah.
So, sebelum Puan Yati tadi pergi
ke Mekah menunaikan umrah, aku pun citer la kat dia tentang kisah aku dan
perasaan aku semasa di Masjid Nabawi. Dia pun sama, pergi tanpa ditemani suami.
Bila dia sampai di sana, dia buang jauh2 perasaan yang aku rasa sebab laki tak
ikut. Jadi, dia bernasib baik kerana tak rasa apa yang aku rasa kerana dia dah
warning herself not to think about that …
Hmm… Bagus arr kawan sorang ni… Always positif… Tapi tu la, masa aku
pegi hari tu takde sape citer, jadi tak sangka la pulak begitu rasanya…
hihhihiihi… And Yati juga berdoa spt aku doa; berharap yg suatu hari nanti dia
dan suami dapat sama2 mengerjakan haji/ umrah. And bila Yati balik M’sia, one
day dia dan hubby pegi dengar ceramah ustaz Azhar Idrus. Habis ceramah, bila
dia keluar dari tempat tu, dia tengok hubby dia tgh tunggu dia – Situasi dia
sama macam kat Masjid Nabawi tu w/pun tempat dia lain. Alhamdulillah… Best aku
dengar citer dari kawan aku sorang ni…
Itulah Kisah Aku, Suami dan
Masjid Nabawi yang aku ingin share dengan korang… Aku doakan semoga korang
semua akan berpeluang menjadi tetamu Allah suatu hari nanti, Insya Allah…Wassalam…
InsyaAllah...semoga Allah menjemput kita lagi wanna... :)
BalasPadamwahh...blog awak dah tukar baju la...haha
salam kak...
BalasPadamsy pun baru lepas menunaikan umrah Februari lepas..
walaupun kadang2 kisah kita rasa tak menarik pada pandangan org..ia tetap menarik utk kita sbb kenangan di sana memang seindah2 kenangan kan...
kisah sy semuanya sy kongsikan di sini http://cetusanhati.com/category/haramain-2
:D