Selasa, 22 Mei 2012

Bulan Rejab, Bulan Allah


Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…

Hari ni tanggal 1 Rejab 1433H. Sebelum tu, saya nak buat pengakuan dulu - Sememangnya, saya memang tak ingat calendar Islam. But, bukan saya sorang aje… Korang pon sama kan… Kita akan ingat tarikh Islam ni pada 1 Muharram, 1 Ramadhan or 1 Syawal je, betol tak?

Tapi semalam btol2 menyedarkan saya tentang perkara ni… Bila ada kawan2 post kat fb yg malam tadi adalah Malam 1 Rejab and dorang pakat2 nak puasa pada esok harinya….Tq pada Kak Azimah Samsudin yg post tu...  

Memang saya ada niat sebelum ni yg saya nak puasa pada Bulan Rejab coz tahun lepas, saya menunaikan umrah pada Bulan Rejab, and ramai org kat sana berpuasa dan melakukan banyak ibadat di sana. Dorang berlumba2 nak dapatkan pahala… Tak macam kat sini, berlumba2 nak buat dosa (sesiapa yg berkenaan lah..).. Kat Mekah, dgn cuaca panas lagi, dorang boleh puasa… Takkan kita tak boleh kot… Masa saya taip ni, hujan tengah renyai2… Hujan rahmat.. seolah2 menyeru kita supaya berpuasa, beribadat pada bulan ini… 

Alhamdulillah… Syukur pada Allah Yang Maha Esa.. Hari ini, 1 Rejab, saya berpuasa. saya ajak suami utk berpuasa bersama. Eh, bukan! Dia yang ajak saya… Saya bagi tau yang saya nak puasa. Tak sangka dia msg saya “Jom kita puasa sama2 nak?”.. Ya Allah, seronoknya saya…!

So, saya tanya dia, nak sahur apa? Dia cakap, sambal telur sudah! Hmm.. Senanglah itu macam… Ok! Walaupun badan saya penat semalam coz dari pagi hingga ke petang saya penat di Putrajaya-UPM melaksanakan tugas sbg pelajar, but saya tak hiraukan tu semua. Ok! Esok pukul 4am saya masak sambal telur ..!

Akhirnya, saya berjaya bersahur dgn sambal telur pagi tadi dgn suami. Walaupun sambal telur aje, suami saya makan sampai habis 2 pinggan..! Hahaha… Dia sebenarnya tengah ada masalah dgn selera makan dia, so, macam balas dendam la dah lama tak makan macam tu or maybe sebab sambal telur tu sedap sangat ke..? (hahaha… angkat bakul sendiri).. Tapi, tau tak apa yang best sangat? Of course, nikmat bersahur, berpuasa dengan suami tak dapat saya nak gambarkan betapa gembiranya saya ketika itu… Aku bersyukur padaMu Ya Allah atas nikmat ini…

And… tengah hari tadi, saya tanyakan pada dia.. “U nak buka puasa apa hari ni?” Dia jawab, Nasi Ayam…. Ok! Saya akan masak nasi ayam hari ni – hidangan berbuka puasa kami pada Awal Rejab ini. Hari ni saya masak tau Yang… Bukan bibik! Saya akan masak dengan penuh kasih sayang untuk suami saya diiringi dengan zikir supaya akan lebih diberkati Allah s.w.t…  Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah…

Untuk suamiku... ZULKIFLI RAJALIE..

TIBA-TIBA JATUH CINTA

Tiba-tiba aku jatuh cinta
Bukan sekali
Tetapi berkali-kali
Padamu kekasih...
aku asyik

Tiba-tiba aku jatuh cinta
Ketika kau fahami
Sewaktu kau merasai
Padamu suami....
aku terpesona

Tiba-tiba aku jatuh cinta
Bukan pada wajah
Pun bukan pada tingkah
Hanya pada bicara hatimu
Aku rindu

Tiba-tiba aku jatuh cinta
Terasa mesra dan serasi
Apabila kau dan aku
Menjadi satu...
Kerana yang SATU

Sumber:  Cinta Kerana Allah
Pahrol Mohamad Juoi 

1 ulasan:

Memuliakan Ibu Bapa

Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...