Selasa, 22 Mei 2012

Resepi Nasi Ayam Turun Temurun...

Assalamualaikum....

Okey puan-puan... Hari ni masak apa? Ala... Korang mesti dah terrer masak kan...Especially Puan Hayati tu... Tapi takpelah... Inikan Just Wanna Share.... Oleh kerana hari ni saya nak masak Nasi Ayam so, saya nak share resepi Nasi Ayam Turun Temurun yang telah diajarkan oleh bonda saya satu ketika dahulu. Ini merupakan resepi pertama saya dalam blog Just Wanna Share ni.... Cuba tau nanti... Mudah sahaja mcm baca ABC gitu...

Okey puan-puan... Untuk masak Nasi Ayam ni, ada 4 perkara yang akan kita akan buat:


  1. Goreng Ayam
  2. Masak Nasi
  3. Masak Soup
  4. Buat Air Lada (Sos utk nasi ayam tu la... Mak saya panggil Air Lada)

Then, korang ikut je step ni... Bahan2 seperti yang disebutlah yer....

Ayam

  1. Mula2 rebus ayam sehingga masak (Jangan buang air rebusan). Dah masak, angkat, kemudian perap dengan kicap pekat. Kicap apa2 pun boleh sebenarnya. Tak kisah. Saya dah try guna pelbagai kicap. Sedap aje. 
  2. Then, ayam tadi pun di goreng. Jangan terkejut yer, ayam tu memang akan nampak hitam sebab kicap tu, tapi don't worry, rasanya marvellous!
Nasi
  1. Basuh beras. Then, masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam periuk nasi. Agak2 la berapa sukatannya, sama mcm masak nasi biasa.
  2. Then, puan2 perlu tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk menggunakan marjerin. Jangan guna minyak yer. Nanti tak rasa plak nasi ayam tu. Saya suka tumis kat kuali dulu, then baru masukkan dalam periuk nasi.
  3. Okey, bila dah tumis, masukkan dalam periuk nasi tadi. Masukkan garam satu sudu besar. Kacau. Kemudian, masakkanlah nasi tu. Tunggu hingga masak.
Soup
  1. Tumis bawang besar + Kulit Kayu Manis + Cengkih + Bunga Lawang + Buah Pelaga.
  2. Selesai menumis, masukkanlah air. Bila mendidih masukkan ayam.
  3. Nak bagi sedap, masukkan kiub ayam Knorr satu atau 2 pon boleh. Then, masukkan garam secukup rasa.
  4. Bila nak hidang letak daun soup.

Air Lada
  1. 4 biji Lada (Cili Merah ler) + Cuka + Garam + Gula + Bawang putih 2 ulas + Halia sedikit + Air. Kesemuanya diblender yer puan2...
  2. Bila dah siap blender, perah asam limau. Done
Untuk hidangan;
  1. Untuk hidangkan ayam tadi, ambil kicap + kuah soup ayam then tuang atas ayam yang digoreng tadi. Perghh... for me, rasanya memang lagi sedap la kan...
  2. Hidangkan bersama daun salad, tomato and timun batang.

Siaplah akhirnya.... Nasi Ayam Turun Temurun...

Selamat Mencuba!

Nanti kita upload gambar yang dah siap masak yer...
[Maaf yer puan2... semalam saya puasa... Nasi Ayam dah terhidang atas meja and tunggu waktu berbuka, sampai lupa nk amik gambar, lapar bebenor laa.....hikhikhik... Next time la gamaknya...kuang kuang]

P/S: Hari birthday kawan saya; Norhayati Hamzah. Selamat Hari Jadi Tie... Semoga hidup awak bahagia dunia dan akhirat and semoga Allah makbulkan segala doa yang awak pohon. Amiinnn....


2 ulasan:

  1. Terima Kasih wanna...kan..dah ckp lain...dulu masa kecik-dok pernah pun mak aku x pernah buat nasi ayam...kalau nak makan nasi ayam..beli dekat restoran merah tu...sebelah rumah rosdi...

    tadi masa aku g makan ngn suami aku...puji benor lakiku ngn ko....dia pesan cari kawan yg baik :)

    BalasPadam
  2. Restoran Marina... Aku dok baper panda masok Tie, tapi bila aku masok aku dok wonder... Hmm.. buleh tahan gok masokan aku, maknanya, aku reti la masok... Nok dgn xmboh jer... Kena buang word 'M' tu dari kamus hidup... kihkihkih..

    BalasPadam

Memuliakan Ibu Bapa

Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...