Selasa, 22 Mei 2012

Kelebihan Bulan Rejab

Apa yang kita baca, bukan semua kita akan ingat... Kita akan mudah menjadi lupa...  So, apabila saya baca sesuatu yg saya rasa amat berguna bagi saya, saya akan catat dalam satu buku nota khas... And apabila ada masa lapang, kadang2 saya akan belek buku nota tu, utk ingat kembali apa yg saya baca dan renung kembali apa yang saya pernah baca... 

Salah satu yang pernah saya catat dalam buku nota tersebut ialah Kelebihan Bulan Rejab, yang saya dapat dari FB; salah sorang kawan saya pernah post... 

Bacalah tentang kelebihan Bulan Rejab ni... Sesungguhnya, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... Allah nak bagi kita pahala, tak nak kita masuk neraka... Banyak perkara yg boleh kita buat utk meraih pahala. Nak masuk syurga,   kena buat banyak pahala. Ingat senang2 je boleh masuk syurga macam tu aje tanpa buat pahala? Mana boleh... 

Sama la macam kita bekerja utk dapatkan gaji... Nak gaji, kena kerja. Tak kerja, xde la gaji. Bila dapat gaji, barulah kita akan bahagia... Insya Allah, bila kita buat banyak pahala, di syurga nanti, kita akan rasa bahagia...kebahagiaannya tidak dapat  dibandingkan dgn mana2 kebahagiaan yg pernah kita dapat di dunia ni...

Ya Allah, aku pohon keampunan Mu Ya Allah...

KELEBIHAN BUKAN REJAB

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.

1. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
[Sehari je puasa, takkan korang taknak minum air dari syurga tu...? Ruginya kalo tak buat]

2. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
[Saat yg paling mencabar ketika di Titian Sirotalmustaqim. Org lain ada merangkak, berlari dll. Tapi, kalau kita puasa 10 hari, kita akan terbang spt kilat, Masya Allah]

3. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

4. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
[Senang2 je kita boleh dapat pahala mcm sebulan puasa, korang tak nak ke?]

5. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu. 
[Tiap2 hari kita buat dosa. Korang rasa, dosa korang dah terampun ke? Masa nilah kita kena rebut peluang ni]
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

6. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

7. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
[Masya Allah... Mana la tau kita tak sempat menunaikan Haji/ Umrah tapi kita dapat pahala sepertinya jika kita berpuasa pada bulan Rejab]

8. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
[Aim, satu hari simpan duit utk sedekah RM1 pun okey...]

9. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `ArasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitab Raudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
[Subhanallah... Mana nak dapat pahala 60 bulan puasa]

10. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

11. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya  daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. 
[Allah itu Maha Pemurah... Terpulang pada kita, nak ke tak nak]

Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa 
pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.


P/s: Sekiranya ada tulisan saya, yang perlukan pembetulan, jangan segan silu utk berbuat demikian... terima kasih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memuliakan Ibu Bapa

Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...