Sabtu, 5 Mei 2012

Kisah Menutup Aurat


Assalamualaikum w.b.t....

Kenapa wanita Islam susah sangat nak menutup aurat? Panas, rimas, tak cantik, fesyen tak up to date, mak ayah tak suruh pun, suka hati aku laa… and macam2 lagi alasan yang diberikan untuk tidak bertudung/ menutup aurat….  Hmm… aku dulu pun asalnya tak pakai tudung… sebabnya, saje je kot nak tunjuk rambut aku yg aku prasan cantik la kononnya tu kan… (huh, cantik la sangat..!)..huahuahua… walaupun mak ayah aku suruh pakai tudung, aku tetap degil tak nak pakai, kalau pakai pun tak ikhlas… satu lagi, tudung2 zaman dulu tak lawa la… and kalau pakai, aku rasa macam orang darat (loghat trg maksudnya, org kg yg dok ceruk mana jauh dr bdr)… masa tu lepas SPM… And bila aku msk U, baru aku blaja2 pakai tudung… Sebabnya, boleh dikatakan masa tu sorang dua je yg tak pakai tudung, so aku segan la…. Masa blajar je aku pakai tudung, tapi bila kluar date, aku tak pakai tudung… Aku bertudung, bukan kerana Allah, tapi kerana segan dgn kwn2 lain yg bertudung… bila fikir balik, hmm teruknya aku zaman dolu2…. Tapi tu sume kisah lama (Harap mak aku tak tau la kisah ni, kalau dia tau pun, tak bleh nak wat pe dah...) Alhamdulillah, kini aku telah dipilih Allah, diberikan hidayah olehNya, dibukakan pintu hati utk bertudung… Tudung skrg pon dah cantik2, macam2 fesyen kita boleh buat and pilih, so, alasan apa lagi nak beri utk tidak menutup aurat? Semua orang tau yg menutup aurat WAJIB, kenapa perlu tutup aurat and apa balasan kalau tak tutup aurat? Tapi… masih lagi ramai wanita blom menutup aurat…

Ish…melalut pulak aku ni…sebenarnya, aku nak citer satu kisah tentang tutup aurat ni. Aku ada baca kisah ni dlm satu buku tajuknya “Bukan Susah Nak Faham” … tak ingat sape yg tulis and buku tu aku x ingat mana pergi tah buku tu…maybe version dia lain sket la and tambah plak aku ingat2 lupa…  So, citer dia lebih kurang mcm ni la…

Ada la sorang wanita hamba Allah ni, bukan Islam and dia ada sorang kawan Islam yg sangat rapat dengannya…kira best friend la tu kan… Nama dia Jenny and kawan dia tu nama Yati (kawan aku plg ramai nama Yati, sebab tu aku pilih nama ni..hahaha)…Akhirnya, dengan izin Allah, terbuka la hati Jenny utk memeluk Islam… belum peluk lagi, baru terbuka hati tau…  Ada satu perkara yg menghalang Jenny utk meneruskan niat murninya itu iaitu perkara tentang menutup aurat… Dia nak tau alasan yg betul2 boleh meyakinkan dia kenapa wanita perlu bertudung and tutup aurat… Si Yati ni kan, puas la explain kat dia kenapa perlu tutup aurat. Tapi, Si Jenny ni tak nak terima alasan tu… Dia nak Si Yati tu bawak dia jumpa ustaz or ustazah yg boleh explain kat dia pasal tutup aurat ni… So, Si Yati bawak la jumpa beberapa ustaz n ustazah yg terror; siap bagi pelbagai dalil but still Si Jenny tu tak terima jugak…Apa le degil sangat Si Jenny ni susah bebenor nak terima kan.. Ye le, dia blom jadi org Islam, of course la tak berapa faham and masuk dgn dalil2 tu sumer…

So, nak dijadikan citer, Si Yati ni bawak jumpa dgn sorang ustaz muda, namanya Ustaz Zulkifli (eh, eh…mcm nama laki aku plak..heheh). Baru balik dari Universiti Al-Azhar… Si Yati ni pun tak confident sgt dgn ustaz ni coz dia muda lagi, tapi dia try la jugak, mana la tau kan, kut2 dia boleh yakinkan Si Jenny ni kan… Si Yati ni cuba bersungguh2 coz dia nak Si Jenny masuk Islam. Bukan senang wei nak soh orang peluk Islam. So, bila dia dah menyatakan hasrat hatinya tu, seboleh2nya kita berusaha utk tarik dia masuk Islam. Tunjukkan dia mudahnya Islam, indahnya Islam… Berbalik pada cerita tadi… Dorang pun pegi la jumpa Ustaz Zulkifli tu. Ikuti perbualan mereka…

Yati: Ustaz, ni kawan saya Jenny, baru mula terbuka hati nak memeluk Islam tapi dia ada kemusykilan bab tutup aurat ni. Boleh tak ustaz jelaskan dgn terang kenapa perlunya wanita tutup aurat…
Ustaz: Boleh apa salahnya.. Saya cuba… Ermm.. Jenny, kamu pernah tak beli brg perhiasan wanita; gelang, subang, rantai... yg murah2 dan cantik?
Jenny: Pernah ustaz.
Ustaz: Di mana kamu beli…?
Jenny: Owh.. tu kat Sg Wang banyak ustaz, tak pon pasar malam… (apa la soalan ustaz ni...)
Ustaz: Hmm… kat pasar malam banyak kan… mcm mana dia letak brg perhiasan tu? Kat tempat tertutup ke terbuka?
Jenny: Terbuka
Ustaz: Kenapa dia letak kat tempat terbuka mcm tu?
Jenny: Dah harganya murah. Lain la kalau emas, berlian… Dijual kat dalam kedai yg cantik, diletak dalam almari kaca…
Ustaz: There U go… U dah jawab sebenarnya soalan tu… begitu juga dgn kaum wanita yg tidak menutup aurat, diumpamakan spt brg kemas yg murah yg dijual di psr malam. Terbuka and harganya murah pulak tu. Tak tahan lama. Tidak spt emas, berlian. Dijual di tempat tertutup dan mahal harganya. Begitu juga dgn wanita yg menutup aurat. Sangat tinggi martabatnya. Kena jaga maruah, supaya dipandang mulia. Orang tak berani nak usik, nak sentuh mcm emas n berlian dalam almari kaca tu. Kecuali kalu btol2 nak beli, baru boleh…Tak macam brg hiasan yg dijual kat pasar malam tu, org tengok, pegang, pastu letak balik. Tengok, pegang, letak balik. Kalu ada yg beli nasib baik la. Yang tak dibeli, lama2 rosak jugak la brg tu sbb org asyik dok pegang2 gitu ajer… Tak tahan lama pulak tu, lama2 dibuang gitu ajer. Kalau emas, berlian sesudah dibeli, dijaga dgn baik sekali. Tak letak merata. Sangat disayangi... dah brg mahal kan.
Jenny: Owh… Akhirnya, baru saya faham kenapa perlunya wanita menutup aurat. Terima kasih ustaz.
Yati: (Dalam hati). Hok alo.. macam ni je ke ustaz ni bagi penerangan. Kok senang bangat deh… Tak kisahlah, janji Si Jenny tu faham.

Lepas tu, banyak lagi la yg ustaz tu terang psl bab aurat ni kat Si Jenny tu… And akhirnya Alhamdulilah..Si Jenny tu pun mengucapkan dua kalimah syahadah… dan dengan rasminya dia memeluk Islam dengan nama barunya Nur Jannah… yang bermaksud Cahaya Syurga…

Ok tak citer ni? Hmmm…Harap boleh membuka hati mereka yg belom lagi menutup aurat… Segala yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu dari saya yang lemah… Wassalam…

P/S: Aku kini masih lagi belajar cara utk menutup aurat dan cara berpakaian mengikut Islam dengan baik. Kawan2 tolong doakan saya yer…. J

3 ulasan:

  1. Yatie akan doa pada wanna,doakan utk yatie juga...insyaAllah..hidayah Allah luas pasti menjadi yang bermanfaat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq dear friend... sama2 kita berdoa... Nanti kita pi shopping2 kat butik muslimah ek...cewah... :)

      Padam
  2. Alhamdulillah inshaallah dulu sya pun mcam tu seorang yg jahil tapi mengenal erti islam indah yg teramat. Bagi saya org tak tutup aurat itu miskin sebab tak cukup duit nak beli baju besar labuh tudung labuh.ada pakaian yg pakai tudung tapi telajang syokin sarung tangan x ada baju ketat..

    BalasPadam

Memuliakan Ibu Bapa

Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...