Jumaat, 25 Mei 2012

Suatu Ketika Dahulu... (Part 1)


Assalamualaikum….

Buat sahabatku Yatie, Ida, Halim, Zamzuraini, Nor, Izya dan rakan2 lain yang sudi membaca kisah ku ini…

Kali ni saya nak bercerita tentang kisah saya masa lalu yang masih saya ingat sehingga kini. Subhanallah… Betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.. Iaitu otak kita. W/pun dah lama, but still kita ingat. Betul Yatie, nikmat Allah mana yg kamu dustakan? Otak adalah salah satu nikmat yg Allah berikan. Of course tanpa otak, kita xkan dpt rasa kenikmatan tu… Hmm… 

Sekarang umur saya dah 33 tahun. Apa yg nak saya ceritakan ini berkisar kehidupan saya lebih kurang 25 thn yg lalu. Citer zaman kanak2… masa sekolah rendah…  Nak tengok, adakah saya masih ingat lagi? Satu lagi, bila umur saya 60 – 70 thn yg mana saya tak mampu lagi nak ingat, cerita yg saya tulis ni akan mengingatkan saya kembali detik2 bahagia saya satu ketika dahulu… Or, anak cucu cicit kita pun boleh tahu kisah kita zaman kita muda-muda… Kalau sempat ada cucu cicit la… hehehehe

Zaman Tadika…
Saya bersekolah di TASKI (Taman Asuhan Kanak2 Islam). Letaknya agak jauh jugak dari rumah. Tapi, ada van yg hantar ambik. Kawan saya waktu itu, Zamzuraini Mohd Haniffah. Kami tunggu sama2 van datang.

Saya pakai jubah warna hijau and bertudung. Masa tu tak tau lagi tentang tutup aurat ni. Tak pikir pun kenapa kena pakai baju camtu. Dah ustazah suruh, pakai je ler. Alhamdulillah, sekarang dah tutup aurat... :)

Masih ingat lagi, dalam van, kami ramai2 nyanyi lagu nasyid – Sepohon Kayu. Korang mesti tau lagu tu kan? Pasal solat. Nyanyi lagu tu hari2, tapi masa tu blom tau solat lagi. Hahaha… Bila dah besar pun masih ingat lagi lagu tu, tapi solatnya mcm biskut choc fudge… Astaghfirullah… Itu dulu, sekarang Alhamdulillah dah insaf der...

Masih ingat lagi, di TASKI, kami makan dalam satu dulang ramai2. Ada le satu dulang tu, 5 orang. Seronok sangat time tu. Tapi seingat saya, saya ni jenis pendiam. Tak reti sgt nk berkawan. Sorang tu je le kawan saya, Zamzuraini. Di situ, kami belajar alif, ba, ta…. Belajar nasyid and main kawada (mcm lego la jugak).

Masih ingat lagi, setiap kali balik, van akan lalu kawasan kubur. Dan ramai2 kami akan beri salam. Assalamualaikum Ya Ahli Kubur… Alhamdulillah…Sampai sekarang saya masih amalkan lagi amalan tu.

Sekolah rendah…
Darjah 1, 1 Merah. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot. Kawan yg saya ingat time tu – Irdawati Abu Bakar. Kami baik sebab ayah kami berkawan. Saya selalu pegi kedai runcit dia beli jajan. Kalu datang kedai dia, mak dia soh amik, tak payah bayar. Rasa best sangat sebab boleh makan free. Tapi, mak aku bayar kadang2. Segan la kan…

Saya masih ingat lagi, pada waktu rehat, kami makan bawah pokok zaitun (ye ke pokok zaitun?). Yatie cakap, saya panjat pokok tu and kain saya koyak. Saya x ingat tp dia ingat. Zaman tu pakai pinafore pegi skolah. Budak2 lelaki suka intai bawah kain budak pompuan. Hahaha… Lucu btol waktu tu. Darjah 1, saya suka kat sorang budak laki ni. Halim namanya. Ada tahi lalat bawah bibir. Owh… Hensemnya dia… kahkahkah… Kecik2 dah ada perasaan mcm tu… Kakaka…

Saya masih ingat lagi, time rehat game favourite yg kita org suka main zero poin. Main getah daa… Budak2 time tu panggil main zero poin. Saya dan Yatie kira terrer la main game ni. Bestnya time tu kan Tie. Yang saya ingat, rambut Yati time tu kerinting minting gitu, cam Bella. Saya pulak, rambut panjang, ikat cam ekor kuda. Hahaha…

Alhamdulillah… Allah telah kurniakan saya sedikit kepandaian semasa saya di sekolah rendah. Dalam kelas, saya selalu dapat tempat pertama dan setiap akhir tahun ambil hadiah pada hari anugerah. Ya Allah mohon keampunan Mu. Bukan niat nak bangga ke apa, tapi itulah anugerah yg Allah pernah kurniakan pada saya yg mana saya pernah kecapi nikmatnya satu ketika dahulu… Subhanallah…. Nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?

And kawan saya masa tu jugak Nursyaheeda Abd Aziz. Dia kira cam sedara jugak la dgn saya. Neneknya dgn nenek saya sepupu. Betul dok Nor? Saya panggil dia Nor. Best kawan dgn dia. Dia budak baik. Saya suka gi rumah dia. Ada sekali tu, saya pergi rumah dia. Tak bagi tau mak. Mak dtg sekolah, cari saya takde. Pening la org tua tu cari saya ingat saya kena culik. Puas dia tanya org mana saya pergi. Then, dia singgah rumah Nor, tgk saya ada kat situ. Mak saya nampak je saya, dia terus sekeh kepala saya beberapa kali and pulas telinga saya. Memang patut kena pun. Masa tu saya langsung tak fikir mak saya akan risau macam tu cari saya. Yang saya fikir cuma seronok nak main dgn kawan2… Kesian mak…

Darjah 4, 4 Merah. Ada sorang English teacher. Cikgu Abd Rahman namanya. Badannya berisi. Org panggil dia cikgu susu sbb dia in charge susu kat skolah. Setiap kali saya bawak buku ke depan kelas utk dia tanda, dia akan cakap kat saya, I love U, I love U. Ish… gatal betul cikgu ni. Dia memang suka kat saya. Saya sengih je la time tu. Nak cakap apa lagi? Xkan nak cakap I Love U jugak?

Tiap kali, kalu terserempak dgn dia kat sekolah saya akan melarikan diri, sebab dia selalu buat macam dia nak peluk saya. Eiii… menakutkan. Kalau budak skrg, buat report, dah kena cikgu ni… Tapi, cikgu tu baik. Dia takde niat apa. Dia sayang kat saya, sebab saya pandai sikit dr org lain. Itu aje. Sampaikan dia pernah dtg rumah saya jumpa mak saya, tak bagi saya tukar ke Sekolah Gong Badak yg baru dibuka masa tu.

Darjah 5 – SK Gong Badak.
Akhirnya saya pindah jugak ke sekolah baru. Senyap2 mak saya pindahkan saya tanpa pengetahuan cikgu tu… hehehe… Masa tu saya rasa, seronok nak pi skolah baru. Saya tak fikir pun, adakah kawan2 yg saya tinggalkan, sedih dgn pemergian saya. Meh kita tanya. “Tie, mung sedih dok masa aku pindoh skoloh dulu?”

Sekolah baru, mak saya jumpa GB and GB tu cakap, “Bakpe baru tukor?” Sekolah tu dah setahun bukak. Budak2 Gong Badak semua dah tukar thn lepas. Mak saya ckp la, cikgu dia dok bagi tukor.

Masa kat skolah baru, saya rasa out of place sangat. Saya dah le tak peramah. Kalau tak silap saya, saya duduk sebelah dgn Julainy Jaafar. Dia jadi kawan baik saya lepas tu.

Saya tak berapa ingat nama2 cikgu yg pernah ajar saya di situ. Kecuali sorang cikgu ni; Cikgu Khamisah namanya. Sorang cikgu laki. Dia punya trademark; Korok mung. Kahkahakha… Tak ingat namanya, but he’s funny. And, Ustaz hensem naik motor besar. Matanya kaler hazel. "Izya mung ingat lagi dok kat cikgu2 kita nih?"

Cikgu Khamisah sgt garang. Dia ajar masa saya darjah 6. Kalau U salah jawab satu soalan Maths, U akan dapat, 2 kali rotan. Saya pernah salah, tapi satu dua jer. Cuba bayangkan salah 20, 30? Aduss… Naya betol. Memang sume org takut dgn cikgu ni. Tapi, saya xde masalah dgn cikgu Khamisah sebab saya boleh score subjek yg dia ajar; Maths, BM, English.

Tapi, saya sangat berterima kasih pada cikgu Khamisah. Dia cikgu favourite saya. Walau pun dia garang, bagi saya dia ikhlas ngajar nak suruh kita pandai. Dia sangat bersungguh bila mengajar. Saya masih ingat, dia tak sihat, muntah2 kat dalam kelas… Tapi dia kuatkan semangat utk mengajar. Terima kasih, cikgu. Sekrg dia dah jadi GB kat SK Presint 9, Putrajaya. Dah lama betul tak jumpa dia…. Rindu kat cikgu.

Time tu, murid takut dgn cikgu. Sgt hormat dgn cikgu. Nak bercakap pun, takut2. But, murid2 zaman skrg, kurang hormat cikgu. Cakap dgn cikgu kasar bila cikgu tegur. Hmm… Nape jadi gitu ek? Didikan dari mak bapak. Mak bapak mmg x ajar buat mcm tu, tapi dia blajar dgn tgk dari kita apa kita buat. So, be careful kalau bercakap. Jgn cakap kasar, mencarut lagi la x boleh depan anak2…

Kawan2 masa di SKGB yang masih saya ingat,  Wan Izyati, Nik Faridzuan, Nik Amirul Izzat, Arzuan (saya pernah syok dgn dia dulu), Adib Rahimi, Muna Azraa. And kawan2 yang rapat dgn saya time tu; Julainy, Norlizana and Wan Murni. Kami 4 org mmg kamceng. Tiap petang kita org main bola katak kat padang rumah murah Gong Badak. Kita org blaja sama2 kat surau. Aku la cikgunya.. Kihkih… Owh… Zaman kanak2, mmg menyeronokkan.

Saya masih ingat. W/pun x brape peramah, tapi saya berani jugak buat persembahan kalu ada msk pertandingan di sekolah. Cikgu soh saya msk pertandingan sajak. Dia bagi saya sajak Bunga Popi karya Usman Awang. Saya dapat No. 3. Okay la tu, dapat hadiah. And saya buat persembahan di sekolah. Cikgu2 cakap, bagus persembahan awak. Kembang skjp time tu.

And, kami murid2 tahun 6 pernah buat persembahan pantomin kat sekolah masa hari anugerah. Kami berlatih sendiri aje. Cikgu tak amik port langsung. Tak ingat tajuk citer apa. Yang saya ingat, saya jadi watak setan. Setan yang nakal. Hahaha… kelakar bila ingat saat2 manis masa tu. "Mung jadi mende masa tu Izya? Dok ingat doh..."

UPSR. Alhamdulillah… Dapat 4A. Time tu 4 subjek jer dia kira. Sains takde. Ya Allah, nikmat manakah yang kamu dustakan..? Masa tu, mana tau lagi sujud syukur. Yang saya tahu, saya melompat kegembiraan lepas Cikgu Khamisah telefon saya di rumah bagi tau result tu. Hanya 4 org yg dpt 4A. Wan tinggi (Wan Izyati), Wan pendek (saya la tu), Nik gemuk (Nik Faridzuan) and Nik kurus (Nik Amirul Izzat). Kami semua akhirnya berjaya ke skolah asrama penuh. SM Sains Dungun... Alhamudulillah.

Masa hari anugerah, hari terakhir tahun 6 di sekolah, Wan Izyati dapat tokoh pelajar perempuan terbaik. Ya Allah, time tu saya sangat jeles kat dia. Kenapa saya tak dapat? Masa tu kecik lagi, mana la terpikir, itu rezeki dia. Yang saya rasa, Cuma jeles sebab kawan dapat anugerah tu. Tahniah Izya… U deserve it...!

Berakhirlah kisah saya zaman kanak2, bila dikenangkan balik, kita akan cakap… Kan best, kalau kita jadi kanak2? Takde masalah… Main aje… Tapi, bila time kanak2, mesti ada terfikir… Bila nak besar ni… Nak kerja, nak ada duit sendiri, nak kawin and macam2 lagi. Itu lah manusia. Sentiasa tidak bersyukur dengan apa yang dia miliki. Selalu ada perkataan kalau, kalau, kalau.

Buat kawan2 yang ada saya ingat dan yang saya tak ingat yg pernah berkawan dengan saya suatu ketika dahulu, saya doakan kalian semua bahagia dunia akhirat.

Selasa, 22 Mei 2012

Resepi Nasi Ayam Turun Temurun...

Assalamualaikum....

Okey puan-puan... Hari ni masak apa? Ala... Korang mesti dah terrer masak kan...Especially Puan Hayati tu... Tapi takpelah... Inikan Just Wanna Share.... Oleh kerana hari ni saya nak masak Nasi Ayam so, saya nak share resepi Nasi Ayam Turun Temurun yang telah diajarkan oleh bonda saya satu ketika dahulu. Ini merupakan resepi pertama saya dalam blog Just Wanna Share ni.... Cuba tau nanti... Mudah sahaja mcm baca ABC gitu...

Okey puan-puan... Untuk masak Nasi Ayam ni, ada 4 perkara yang akan kita akan buat:


  1. Goreng Ayam
  2. Masak Nasi
  3. Masak Soup
  4. Buat Air Lada (Sos utk nasi ayam tu la... Mak saya panggil Air Lada)

Then, korang ikut je step ni... Bahan2 seperti yang disebutlah yer....

Ayam

  1. Mula2 rebus ayam sehingga masak (Jangan buang air rebusan). Dah masak, angkat, kemudian perap dengan kicap pekat. Kicap apa2 pun boleh sebenarnya. Tak kisah. Saya dah try guna pelbagai kicap. Sedap aje. 
  2. Then, ayam tadi pun di goreng. Jangan terkejut yer, ayam tu memang akan nampak hitam sebab kicap tu, tapi don't worry, rasanya marvellous!
Nasi
  1. Basuh beras. Then, masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam periuk nasi. Agak2 la berapa sukatannya, sama mcm masak nasi biasa.
  2. Then, puan2 perlu tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk menggunakan marjerin. Jangan guna minyak yer. Nanti tak rasa plak nasi ayam tu. Saya suka tumis kat kuali dulu, then baru masukkan dalam periuk nasi.
  3. Okey, bila dah tumis, masukkan dalam periuk nasi tadi. Masukkan garam satu sudu besar. Kacau. Kemudian, masakkanlah nasi tu. Tunggu hingga masak.
Soup
  1. Tumis bawang besar + Kulit Kayu Manis + Cengkih + Bunga Lawang + Buah Pelaga.
  2. Selesai menumis, masukkanlah air. Bila mendidih masukkan ayam.
  3. Nak bagi sedap, masukkan kiub ayam Knorr satu atau 2 pon boleh. Then, masukkan garam secukup rasa.
  4. Bila nak hidang letak daun soup.

Air Lada
  1. 4 biji Lada (Cili Merah ler) + Cuka + Garam + Gula + Bawang putih 2 ulas + Halia sedikit + Air. Kesemuanya diblender yer puan2...
  2. Bila dah siap blender, perah asam limau. Done
Untuk hidangan;
  1. Untuk hidangkan ayam tadi, ambil kicap + kuah soup ayam then tuang atas ayam yang digoreng tadi. Perghh... for me, rasanya memang lagi sedap la kan...
  2. Hidangkan bersama daun salad, tomato and timun batang.

Siaplah akhirnya.... Nasi Ayam Turun Temurun...

Selamat Mencuba!

Nanti kita upload gambar yang dah siap masak yer...
[Maaf yer puan2... semalam saya puasa... Nasi Ayam dah terhidang atas meja and tunggu waktu berbuka, sampai lupa nk amik gambar, lapar bebenor laa.....hikhikhik... Next time la gamaknya...kuang kuang]

P/S: Hari birthday kawan saya; Norhayati Hamzah. Selamat Hari Jadi Tie... Semoga hidup awak bahagia dunia dan akhirat and semoga Allah makbulkan segala doa yang awak pohon. Amiinnn....


Kelebihan Bulan Rejab

Apa yang kita baca, bukan semua kita akan ingat... Kita akan mudah menjadi lupa...  So, apabila saya baca sesuatu yg saya rasa amat berguna bagi saya, saya akan catat dalam satu buku nota khas... And apabila ada masa lapang, kadang2 saya akan belek buku nota tu, utk ingat kembali apa yg saya baca dan renung kembali apa yang saya pernah baca... 

Salah satu yang pernah saya catat dalam buku nota tersebut ialah Kelebihan Bulan Rejab, yang saya dapat dari FB; salah sorang kawan saya pernah post... 

Bacalah tentang kelebihan Bulan Rejab ni... Sesungguhnya, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... Allah nak bagi kita pahala, tak nak kita masuk neraka... Banyak perkara yg boleh kita buat utk meraih pahala. Nak masuk syurga,   kena buat banyak pahala. Ingat senang2 je boleh masuk syurga macam tu aje tanpa buat pahala? Mana boleh... 

Sama la macam kita bekerja utk dapatkan gaji... Nak gaji, kena kerja. Tak kerja, xde la gaji. Bila dapat gaji, barulah kita akan bahagia... Insya Allah, bila kita buat banyak pahala, di syurga nanti, kita akan rasa bahagia...kebahagiaannya tidak dapat  dibandingkan dgn mana2 kebahagiaan yg pernah kita dapat di dunia ni...

Ya Allah, aku pohon keampunan Mu Ya Allah...

KELEBIHAN BUKAN REJAB

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.

1. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
[Sehari je puasa, takkan korang taknak minum air dari syurga tu...? Ruginya kalo tak buat]

2. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
[Saat yg paling mencabar ketika di Titian Sirotalmustaqim. Org lain ada merangkak, berlari dll. Tapi, kalau kita puasa 10 hari, kita akan terbang spt kilat, Masya Allah]

3. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

4. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
[Senang2 je kita boleh dapat pahala mcm sebulan puasa, korang tak nak ke?]

5. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu. 
[Tiap2 hari kita buat dosa. Korang rasa, dosa korang dah terampun ke? Masa nilah kita kena rebut peluang ni]
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

6. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

7. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
[Masya Allah... Mana la tau kita tak sempat menunaikan Haji/ Umrah tapi kita dapat pahala sepertinya jika kita berpuasa pada bulan Rejab]

8. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
[Aim, satu hari simpan duit utk sedekah RM1 pun okey...]

9. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `ArasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitab Raudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
[Subhanallah... Mana nak dapat pahala 60 bulan puasa]

10. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

11. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya  daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. 
[Allah itu Maha Pemurah... Terpulang pada kita, nak ke tak nak]

Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa 
pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.


P/s: Sekiranya ada tulisan saya, yang perlukan pembetulan, jangan segan silu utk berbuat demikian... terima kasih...

Bulan Rejab, Bulan Allah


Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…

Hari ni tanggal 1 Rejab 1433H. Sebelum tu, saya nak buat pengakuan dulu - Sememangnya, saya memang tak ingat calendar Islam. But, bukan saya sorang aje… Korang pon sama kan… Kita akan ingat tarikh Islam ni pada 1 Muharram, 1 Ramadhan or 1 Syawal je, betol tak?

Tapi semalam btol2 menyedarkan saya tentang perkara ni… Bila ada kawan2 post kat fb yg malam tadi adalah Malam 1 Rejab and dorang pakat2 nak puasa pada esok harinya….Tq pada Kak Azimah Samsudin yg post tu...  

Memang saya ada niat sebelum ni yg saya nak puasa pada Bulan Rejab coz tahun lepas, saya menunaikan umrah pada Bulan Rejab, and ramai org kat sana berpuasa dan melakukan banyak ibadat di sana. Dorang berlumba2 nak dapatkan pahala… Tak macam kat sini, berlumba2 nak buat dosa (sesiapa yg berkenaan lah..).. Kat Mekah, dgn cuaca panas lagi, dorang boleh puasa… Takkan kita tak boleh kot… Masa saya taip ni, hujan tengah renyai2… Hujan rahmat.. seolah2 menyeru kita supaya berpuasa, beribadat pada bulan ini… 

Alhamdulillah… Syukur pada Allah Yang Maha Esa.. Hari ini, 1 Rejab, saya berpuasa. saya ajak suami utk berpuasa bersama. Eh, bukan! Dia yang ajak saya… Saya bagi tau yang saya nak puasa. Tak sangka dia msg saya “Jom kita puasa sama2 nak?”.. Ya Allah, seronoknya saya…!

So, saya tanya dia, nak sahur apa? Dia cakap, sambal telur sudah! Hmm.. Senanglah itu macam… Ok! Walaupun badan saya penat semalam coz dari pagi hingga ke petang saya penat di Putrajaya-UPM melaksanakan tugas sbg pelajar, but saya tak hiraukan tu semua. Ok! Esok pukul 4am saya masak sambal telur ..!

Akhirnya, saya berjaya bersahur dgn sambal telur pagi tadi dgn suami. Walaupun sambal telur aje, suami saya makan sampai habis 2 pinggan..! Hahaha… Dia sebenarnya tengah ada masalah dgn selera makan dia, so, macam balas dendam la dah lama tak makan macam tu or maybe sebab sambal telur tu sedap sangat ke..? (hahaha… angkat bakul sendiri).. Tapi, tau tak apa yang best sangat? Of course, nikmat bersahur, berpuasa dengan suami tak dapat saya nak gambarkan betapa gembiranya saya ketika itu… Aku bersyukur padaMu Ya Allah atas nikmat ini…

And… tengah hari tadi, saya tanyakan pada dia.. “U nak buka puasa apa hari ni?” Dia jawab, Nasi Ayam…. Ok! Saya akan masak nasi ayam hari ni – hidangan berbuka puasa kami pada Awal Rejab ini. Hari ni saya masak tau Yang… Bukan bibik! Saya akan masak dengan penuh kasih sayang untuk suami saya diiringi dengan zikir supaya akan lebih diberkati Allah s.w.t…  Aku Mohon KeampunanMu Ya Allah…

Untuk suamiku... ZULKIFLI RAJALIE..

TIBA-TIBA JATUH CINTA

Tiba-tiba aku jatuh cinta
Bukan sekali
Tetapi berkali-kali
Padamu kekasih...
aku asyik

Tiba-tiba aku jatuh cinta
Ketika kau fahami
Sewaktu kau merasai
Padamu suami....
aku terpesona

Tiba-tiba aku jatuh cinta
Bukan pada wajah
Pun bukan pada tingkah
Hanya pada bicara hatimu
Aku rindu

Tiba-tiba aku jatuh cinta
Terasa mesra dan serasi
Apabila kau dan aku
Menjadi satu...
Kerana yang SATU

Sumber:  Cinta Kerana Allah
Pahrol Mohamad Juoi 

Isnin, 7 Mei 2012

Kisah Aku, Suami dan Masjid Nabawi


Di perkarangan Masjid Nabawi dgn Makcik Peah (kiri) & Ustazah Supinah (kanan).
Jgn lepaskan peluang bila dtg sini, tengok payung dia  tu bila time buka & tutup...
 Kagum giler... Rasa jakun pun ada... kihkihkih..
Assalamualaikum w.b.t..

Puan Norhayati Hamzah, sahabat baik aku masa kecik2 dulu, telah pun share dalam blog dia tentang pengalaman dia ketika menunaikan umrah… Alhamdulillah, akhirnya, kawan aku sampai juga ke sana. Tak aci ni… Dia dah share pengalaman dia kat Tanah Suci, siap berepisod-episod lagi.. Ni yang jeles ni… (Doh mung malas tulis Wanna wei, orang dok tau la kisah mung)…hihihi… Yati baru pergi Februari 2012, so still fresh lagi la memory dia… Pengalaman aku di sana dah hampir setahun berlalu; ingat2 lupa la… Sebenarnya, ada la beberapa kisah menarik bagi aku (maybe bg korang tak menarik kut, tapi bagi aku sgt bermakna) yang aku boleh share… Alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku di sana. Aku telah pergi umrah pada Jun 2011, masa tu time cuti sekolah… Sebab aku cikgu, time tu lah boleh pegi….

Tajuk kisah ni, aku, suami dan Masjid Nabawi. Sebenarnya, husband aku tak ikut sekali pun masa aku pergi umrah hari tu. Tapi, macam mana dia boleh ada dalam kisah ni, korang kena baca la kisah ni sampai abis tau… Jeng jeng jeng… Macam suspen je kan… hihihi…

Kebanyakan mereka yang pergi umrah dalam group aku ni, pergi dengan suami masing2… Ye le, orang perempuan kena pergi dgn mahramnya…  Suami aku tak ikut sekali, so, kat visa kita tu, dia akan letak sape yg akan jadi mahram kita. Aku tak kenal pon mahram aku sape tapi ada la nama, seingat aku namanya Mohd Desa bin Putih. But, bila sampai kat airport Jeddah, bila aku bagi passport aku kat pegawai imigresen tu, dia tanya… mahram, mahram..? Alamak camne ni, aku tak kenal mahram aku. Time tu ketua rombongan aku Ir Ahmad Jais, mantan pengarah Radio IKIMfm…. Aku panggil dia and dia pon tak ingat sape Mohd Desa (dah berkenalan masa kat KLIA but lupa la agaknya). So, dia pegi kat ahli rombongan yg dok beratur and buat announcement la… En. Mohd Desa pun datang le kat aku.. Fuuh.. nasib baik takde apa2… Masa tu aku terfikir, kalau la husband aku ikut sama...  Opps.. jangan guna perkataan kalau/ jika/ seandainya… BAHAYA…! Perkataan itu adalah racun kepada kesabaran (Pahrol, 2012). Kihkihkih... Rasa mcm tulis thesis plak… Ye le skrg aku dok tgh pulun wat thesis mestilah terpengaruh sikit2…. Semua sudah ditentukan oleh Allah, Only God Knows Why and tentu ada hikmah di sebaliknya yg kita tak tahu kenapa husband kita tak ikut kan….

Then, kita berangkat ke Madinah. Alhamdulillah, dapat hotel yang dekat dengan Masjid Nabawi. Tak la rasa penat sangat kalau nak ke masjid, tambahan pula, cuaca time tu, sangat panas (tak berani nak ckp kat sana sebab takut lagi panas kita rasa). Setiap kali waktu solat, aku dan rakan sebilik yang lain pergi ke masjid untuk berjemaah. Masya Allah, ramai betol la manusia kat masjid ni. Masa aku pergi waktu tu bulan Rejab, so orang memang ramai datang untuk beribadat. Sangat ramai, kalau nasib tak baik kena solat kat luar masjid la….

Selesai solat, ramai orang akan berpusu-pusu keluar dari masjid. Part ni la yang paling menyayat hati aku… (Hanya akan dirasai pada mereka yg dah berkawin ajer yang mana suaminya tak ikut skali). Bila korang keluar dari masjid (pintu muslimah), mana yang dah pernah pegi, korang akan nampak para suami; lehernya panjang menjenguk, mencari isteri masing2 yang keluar dari masjid - Coz nak jalan balik sama2 ke hotel . Masa ni lah aku rasa sedih, pilu, jeles dan macam2 perasan tak tahu macam mana aku nak citer. Astaghfirullah… Cepat2 aku beristighfar… Kenapa aku rasa macam ni? Sepatutnya aku tak boleh rasa kecewa atau sedih… Kena ingat, kita datang untuk menunaikan umrah adalah kerana Allah semata2… Sepatutnya kita rasa happy lah kan, kerana dengan izin Allah, kita berjaya menjadi tetamuNya. Kita patut rasa bersyukur. Cepat2 aku tukar yang negatif itu kpd yg positif dgn menepuk dada dan berkata, “tentu ada hikmahnya”. (Pahrol – Dimana Dia Di Hatiku). Untuk itu, aku banyak berdoa, supaya suatu hari nanti aku dan suami dapat bersama2 mengerjakan haji/ umrah.

So, sebelum Puan Yati tadi pergi ke Mekah menunaikan umrah, aku pun citer la kat dia tentang kisah aku dan perasaan aku semasa di Masjid Nabawi. Dia pun sama, pergi tanpa ditemani suami. Bila dia sampai di sana, dia buang jauh2 perasaan yang aku rasa sebab laki tak ikut. Jadi, dia bernasib baik kerana tak rasa apa yang aku rasa kerana dia dah warning herself not to think about that …  Hmm… Bagus arr kawan sorang ni… Always positif… Tapi tu la, masa aku pegi hari tu takde sape citer, jadi tak sangka la pulak begitu rasanya… hihhihiihi… And Yati juga berdoa spt aku doa; berharap yg suatu hari nanti dia dan suami dapat sama2 mengerjakan haji/ umrah. And bila Yati balik M’sia, one day dia dan hubby pegi dengar ceramah ustaz Azhar Idrus. Habis ceramah, bila dia keluar dari tempat tu, dia tengok hubby dia tgh tunggu dia – Situasi dia sama macam kat Masjid Nabawi tu w/pun tempat dia lain. Alhamdulillah… Best aku dengar citer dari kawan aku sorang ni…

Itulah Kisah Aku, Suami dan Masjid Nabawi yang aku ingin share dengan korang… Aku doakan semoga korang semua akan berpeluang menjadi tetamu Allah suatu hari nanti, Insya Allah…Wassalam…






Sabtu, 5 Mei 2012

Kisah Menutup Aurat


Assalamualaikum w.b.t....

Kenapa wanita Islam susah sangat nak menutup aurat? Panas, rimas, tak cantik, fesyen tak up to date, mak ayah tak suruh pun, suka hati aku laa… and macam2 lagi alasan yang diberikan untuk tidak bertudung/ menutup aurat….  Hmm… aku dulu pun asalnya tak pakai tudung… sebabnya, saje je kot nak tunjuk rambut aku yg aku prasan cantik la kononnya tu kan… (huh, cantik la sangat..!)..huahuahua… walaupun mak ayah aku suruh pakai tudung, aku tetap degil tak nak pakai, kalau pakai pun tak ikhlas… satu lagi, tudung2 zaman dulu tak lawa la… and kalau pakai, aku rasa macam orang darat (loghat trg maksudnya, org kg yg dok ceruk mana jauh dr bdr)… masa tu lepas SPM… And bila aku msk U, baru aku blaja2 pakai tudung… Sebabnya, boleh dikatakan masa tu sorang dua je yg tak pakai tudung, so aku segan la…. Masa blajar je aku pakai tudung, tapi bila kluar date, aku tak pakai tudung… Aku bertudung, bukan kerana Allah, tapi kerana segan dgn kwn2 lain yg bertudung… bila fikir balik, hmm teruknya aku zaman dolu2…. Tapi tu sume kisah lama (Harap mak aku tak tau la kisah ni, kalau dia tau pun, tak bleh nak wat pe dah...) Alhamdulillah, kini aku telah dipilih Allah, diberikan hidayah olehNya, dibukakan pintu hati utk bertudung… Tudung skrg pon dah cantik2, macam2 fesyen kita boleh buat and pilih, so, alasan apa lagi nak beri utk tidak menutup aurat? Semua orang tau yg menutup aurat WAJIB, kenapa perlu tutup aurat and apa balasan kalau tak tutup aurat? Tapi… masih lagi ramai wanita blom menutup aurat…

Ish…melalut pulak aku ni…sebenarnya, aku nak citer satu kisah tentang tutup aurat ni. Aku ada baca kisah ni dlm satu buku tajuknya “Bukan Susah Nak Faham” … tak ingat sape yg tulis and buku tu aku x ingat mana pergi tah buku tu…maybe version dia lain sket la and tambah plak aku ingat2 lupa…  So, citer dia lebih kurang mcm ni la…

Ada la sorang wanita hamba Allah ni, bukan Islam and dia ada sorang kawan Islam yg sangat rapat dengannya…kira best friend la tu kan… Nama dia Jenny and kawan dia tu nama Yati (kawan aku plg ramai nama Yati, sebab tu aku pilih nama ni..hahaha)…Akhirnya, dengan izin Allah, terbuka la hati Jenny utk memeluk Islam… belum peluk lagi, baru terbuka hati tau…  Ada satu perkara yg menghalang Jenny utk meneruskan niat murninya itu iaitu perkara tentang menutup aurat… Dia nak tau alasan yg betul2 boleh meyakinkan dia kenapa wanita perlu bertudung and tutup aurat… Si Yati ni kan, puas la explain kat dia kenapa perlu tutup aurat. Tapi, Si Jenny ni tak nak terima alasan tu… Dia nak Si Yati tu bawak dia jumpa ustaz or ustazah yg boleh explain kat dia pasal tutup aurat ni… So, Si Yati bawak la jumpa beberapa ustaz n ustazah yg terror; siap bagi pelbagai dalil but still Si Jenny tu tak terima jugak…Apa le degil sangat Si Jenny ni susah bebenor nak terima kan.. Ye le, dia blom jadi org Islam, of course la tak berapa faham and masuk dgn dalil2 tu sumer…

So, nak dijadikan citer, Si Yati ni bawak jumpa dgn sorang ustaz muda, namanya Ustaz Zulkifli (eh, eh…mcm nama laki aku plak..heheh). Baru balik dari Universiti Al-Azhar… Si Yati ni pun tak confident sgt dgn ustaz ni coz dia muda lagi, tapi dia try la jugak, mana la tau kan, kut2 dia boleh yakinkan Si Jenny ni kan… Si Yati ni cuba bersungguh2 coz dia nak Si Jenny masuk Islam. Bukan senang wei nak soh orang peluk Islam. So, bila dia dah menyatakan hasrat hatinya tu, seboleh2nya kita berusaha utk tarik dia masuk Islam. Tunjukkan dia mudahnya Islam, indahnya Islam… Berbalik pada cerita tadi… Dorang pun pegi la jumpa Ustaz Zulkifli tu. Ikuti perbualan mereka…

Yati: Ustaz, ni kawan saya Jenny, baru mula terbuka hati nak memeluk Islam tapi dia ada kemusykilan bab tutup aurat ni. Boleh tak ustaz jelaskan dgn terang kenapa perlunya wanita tutup aurat…
Ustaz: Boleh apa salahnya.. Saya cuba… Ermm.. Jenny, kamu pernah tak beli brg perhiasan wanita; gelang, subang, rantai... yg murah2 dan cantik?
Jenny: Pernah ustaz.
Ustaz: Di mana kamu beli…?
Jenny: Owh.. tu kat Sg Wang banyak ustaz, tak pon pasar malam… (apa la soalan ustaz ni...)
Ustaz: Hmm… kat pasar malam banyak kan… mcm mana dia letak brg perhiasan tu? Kat tempat tertutup ke terbuka?
Jenny: Terbuka
Ustaz: Kenapa dia letak kat tempat terbuka mcm tu?
Jenny: Dah harganya murah. Lain la kalau emas, berlian… Dijual kat dalam kedai yg cantik, diletak dalam almari kaca…
Ustaz: There U go… U dah jawab sebenarnya soalan tu… begitu juga dgn kaum wanita yg tidak menutup aurat, diumpamakan spt brg kemas yg murah yg dijual di psr malam. Terbuka and harganya murah pulak tu. Tak tahan lama. Tidak spt emas, berlian. Dijual di tempat tertutup dan mahal harganya. Begitu juga dgn wanita yg menutup aurat. Sangat tinggi martabatnya. Kena jaga maruah, supaya dipandang mulia. Orang tak berani nak usik, nak sentuh mcm emas n berlian dalam almari kaca tu. Kecuali kalu btol2 nak beli, baru boleh…Tak macam brg hiasan yg dijual kat pasar malam tu, org tengok, pegang, pastu letak balik. Tengok, pegang, letak balik. Kalu ada yg beli nasib baik la. Yang tak dibeli, lama2 rosak jugak la brg tu sbb org asyik dok pegang2 gitu ajer… Tak tahan lama pulak tu, lama2 dibuang gitu ajer. Kalau emas, berlian sesudah dibeli, dijaga dgn baik sekali. Tak letak merata. Sangat disayangi... dah brg mahal kan.
Jenny: Owh… Akhirnya, baru saya faham kenapa perlunya wanita menutup aurat. Terima kasih ustaz.
Yati: (Dalam hati). Hok alo.. macam ni je ke ustaz ni bagi penerangan. Kok senang bangat deh… Tak kisahlah, janji Si Jenny tu faham.

Lepas tu, banyak lagi la yg ustaz tu terang psl bab aurat ni kat Si Jenny tu… And akhirnya Alhamdulilah..Si Jenny tu pun mengucapkan dua kalimah syahadah… dan dengan rasminya dia memeluk Islam dengan nama barunya Nur Jannah… yang bermaksud Cahaya Syurga…

Ok tak citer ni? Hmmm…Harap boleh membuka hati mereka yg belom lagi menutup aurat… Segala yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu dari saya yang lemah… Wassalam…

P/S: Aku kini masih lagi belajar cara utk menutup aurat dan cara berpakaian mengikut Islam dengan baik. Kawan2 tolong doakan saya yer…. J

Jumaat, 4 Mei 2012

Ada Hikmah di Sebaliknya....

Cerita ni dah tak ingat sape citer kat aku but aku akan ingat cerita ni sampai bila2 coz APA SAHAJA YANG BERLAKU ADA HIKMAH DISEBALIKNYA.... Semalam baru citer kat Yatie citer ni and dia yg bagi idea soh aku share kat blog ni... Thanks Tie, actually, I really need your help to boost my life again... Hmmm...

Alkisahnya, di sebuah negeri tak kisahlah apa pun nama negeri tu, ada la seorang raja yang memerintah. Raja ni, mempunyai seorang perdana menteri yang bijaksana, and raja tu sangat sayang pada PM dia ni.... Tapi satu jer yang dia nyampah kat PM dia ni....Sebabnya.... Apa sahaja kejadian yg berlaku, PM ni mesti cakap... " Ada Hikmah di Sebaliknya...".. Raja ni bengang sebenarnya, tapi sebab dia sayang kat PM dia yg bijak tu, dia ketepikan perasaan bengang dia tu...

Nak dijadikan cerita, pada satu hari, istana raja tu kena rompak dengan penyamun...   Semua hulubalang kena tangkap n kena ikat... but, nasib raja ni malang sekali sebab penyamun tu telah memotong jari kelingking raja tu...  kenapa dia pilih jari tu tidaklah diketahui, saje je kot nak sakitkan hati raja tu, biar dia jadi cacat.... .hahaha...  Oh yer, kebetulan masa tu pulak, PM dia xde kat istana sebab ada urusan di luar.. So, bila dia balik ke istana, terkejut beruklah dia bila tengok kejadian tu....  Raja and PM tu pun berbincanglah tentang kejadian tu...  PM tu pun keluarkanlah ayat power dia.... "Tuanku, Kejadian ni ada hikmah di sebaliknya yang kita tidak tahu, jadi Tuanku bersabar sajelah..." Si Raja yang tengah bengang sebab kena samun, jari dia kena potong, ditambah pulak dengan ayat power PM dia tu, Raja tu pun naik hot la kan...  "Kamu ni tak habis2 dengan ayat tu, beta dah bosan tau tak??!!"  Marah Raja tu...  "Ok kalau begitu, beta nak tengok apa hikmah di sebaliknya, sebab beta ambil keputusan, beta akan penjarakan kamu..!" PM tu sangat terkejut dengan keputusan raja tu... kenapa plak dia kena penjara, dia tak buat salah apa2 pun... yang salahnya penyamun tu la kan... Tapi, dia redha dengan ketentuan Ilahi, sebab dia yakin, ada hikmah di sebaliknya...

So, pada satu hari, Raja tu dengan hulubalang yang lain pergi berburu di hutan....  Dengan takdir Allah, dia dan hulubalang telah ditangkap oleh sekumpulan orang asli...  Orang asli ni pulak, cannibal... Alaa.. orang yang makan orang tu...  But, dia orang ni ada pantang larang, yang mana dia tak makan orang yang cacat... Jadi, semua hulubalang tu, habis kena makan dengan orang asli tu kecuali raja tu... sebab raja tu takde jari kelingking... kan dah kena potong dgn penyamun hari tu... maka selamatlah raja tu dan dibebaskan oleh orang asli tu... Raja tu bersyukur sangat dia tidak dimakan... so, dia pun pulang ke istana...

Sampai di istana, dia terus pergi ke penjara dan membebaskan PM dia tu... " Betul kamu kata, memang ada hikmah di sebaliknya... Kalau jari beta tidak dipotong, tentu beta telah dimakan oleh orang yang tak bertamadun tu..... Beta nak ucapkan terima kasih pada kamu dan bersyukur kerana beta dikurniakan seorang PM yang bijak.." So, Pm tu pun jawab la...  " Kan beta dah cakap, setiap kejadian ada hikmahnya... Kalau tuanku tak penjarakan patik, tentu patik akan ikut tuanku pergi berburu dan akhirnya, kena makan dengan orang asli tu..."

So, moral of the story... Setiap Kejadian Itu Ada Hikmah di Sebaliknya...   Hehhehehe... Only God Knows Why...

Hahhaaha... Best tak citer ni..? Best kan.... so, kalau anything happen kat kita yang buat jiwa kita resah, gelisah, tak tenang...Ingatlah.. Ada hikmah di sebalik nya yang kita tak tahu..... Wassalam..



Rabu, 2 Mei 2012

Bilakah waktu doa mustajab?

Antara waktu yang paling mustajab untuk berdoa:

- 1/3 malam @ pada waktu sahur
- Hari Jumaat iaitu selepas solat Asar
- Pada malam Lailatul Qadar; 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan
- 1hingga 10 Zulhijjah
- Ketika sujud setiap kali solat
- Pada waktu hujan turun

Sumber daripada Tanyalah Ustaz TV9


Adab Berzikir Selepas Solat:

1 – Dilaksanakan (dibaca/diwiridkan) secara sendiri-sendiri (individu/bukan secara berjma’ah).

2 – Dilaksanakan (dibaca/diwiridkan) secara perlahan-lahan (direndahkan suara) dan tidak dikuatkan atau dinyaringkan semasa membacanya. Cukup sekadar diri sendiri yang mendengar dan memahaminya atau menghayatinya.

3 – Tiada contohnya (daripada sunnah) bentuk perlaksanaan zikir selepas solat dengan secara berjama’ah dan dengan dengan suara yang kuat, melainkan bagi tujuan mengajar.

4 – Zikir-zikir dan doa-doa ini dilaksanakan (diwiridkan) sebaik sahaja selepas salam (tamat solat fardhu).

Imam asy-Syafi'e rahimahullah berkata di dalam kitabnya yang terkenal, al-Umm:

وَأَخْتَارُ للامام وَالْمَأْمُومِ أَنْ يَذْكُرَا اللَّهَ بَعْدَ الِانْصِرَافِ من الصَّلَاةِ وَيُخْفِيَانِ الذِّكْرَ إلَّا أَنْ يَكُونَ إمَامًا يَجِبُ أَنْ يُتَعَلَّمَ منه فَيَجْهَرَ حتى يَرَى أَنَّهُ قد تُعُلِّمَ منه ثُمَّ يُسِرُّ فإن اللَّهَ عز وجل يقول {وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِك وَلَا تُخَافِتْ بها} يعنى وَاَللَّهُ تَعَالَى أَعْلَمُ الدُّعَاءَ وَلَا تَجْهَرْ تَرْفَعْ وَلَا تُخَافِتْ حتى لَا تُسْمِعَ نَفْسَك 

Terjemahan: Aku berpendapat bahawa seseorang imam dan makmum hendaklah mereka berzikir kepada Allah di setiap kali selepas solat, dan hendaklah mereka merendahkan suara zikirnya, melainkan bagi seseorang imam yang mahu menunjuk ajar para makmumnya berkenaan zikir, maka dia boleh mengeraskan suara/bacaan zikirnya, sehingga apabila dia telah mengetahui bahawa para makmum telah tahu, maka hendaklah dia kembali merendahkan suara zikirnya, kerana Allah 'Azza wa Jalla berfirman (maksudnya): 

وَلا تَجْهَرْ بِصَلاتِكَ وَلا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلا 

Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya. (Surah al-Israa', 17: 110)

Maksud kata الصلاة (ash-Sholah) wallahu Ta'ala a'lam adalah doa. لا تَجْهَرْ (Laa Tajhar): Janganlah engkau mengangkat suaramu, وَلا تُخَافِتْ (wa laa tukhofit): Janganlah engkau rendahkan sehingga engkau sendiri tidak mendengarnya. (Rujuk: Imam asy-Syafi'e, al-Umm, 1/127) 

Zikir-zikir tersebut adalah sebagaimana berikut:

Zikir 1 - 

أَسْتَغْفِرُ الله َ(ثلاث) اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

“Aku minta ampun kepada Allah,” (dibaca tiga kali). Kemudian baca: “Ya Allah, Engkaulah pemberi keselamatan, dan dari-Mu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan.” (Hadis Riwayat Muslim, 3/254, no. 931)

Zikir 2 - 

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ، اَللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ 

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya puji dan bagi-Nya kerajaan. Dia Maha Kuasa atas se-gala sesuatu. Ya Allah, tidak ada yang menghalang apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang memberi apa yang Engkau cegah. Tidak berguna kekayaan dan kemuliaan itu bagi pemiliknya (selain iman dan amal sholehnya). Hanya dari-Mu kekayaan dan kemuliaan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 3/348, no. 799 dan Muslim, 3/256, no. 933. at-Tirmidzi, 2/4, no. 275)

Zikir 3 – 

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ 

“Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujaan. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali (dengan pertolongan) Allah. Tiada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah. Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya. Bagi-Nya nikmat, anugerah dan pujaan yang baik. Tiada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah, dengan memurnikan ibadah kepada-Nya, sekalipun orang-orang kafir membenci.” (Hadis Riwayat Muslim, 3/258, no. 935)

Zikir 4 –

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang membaca kalimat berikut di setiap selesai solat, 

سُبْحَانَ اللهِ(33 ×) وَالْحَمْدُ لِلَّهِ (33 ×)وَاللهُ أَكْبَرُ (33 ×) لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ 

“Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah. Dan Allah Maha Besar. (Tiga puluh tiga kali). Tidak ada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan. Bagi-Nya pujaan. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.”

... maka akan diampuni kesalahannya, sekalipun seperti buih di laut.” (Hadis Riwayat Muslim, 3/262, no. 939. Dalam riwayat al-Bukhari disebutkan bertasbih (Subhanallah) 10x, Tahmid (Alhamdulillah) 10x, dan Takbir (Allahu Akbar) 10x. Kedua-duanya sahih daripada Nabi dan boleh dipilih yang mana sahaja untuk dibaca)

Zikir 5 –

Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas setiap kali selesai solat (fardhu): 

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (١) اللَّهُ الصَّمَدُ (٢) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (١) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (٢) وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣) وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (٤) وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (١) مَلِكِ النَّاسِ (٢) إِلَهِ النَّاسِ (٣) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (٤) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (٥) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاس 

(Hadis Riwayat Abu Dawud, 2/86, an-Nasai 3/68. Lihat pula Shohih Sunan at-Tirmidzi, 2/8. Kumpulan ketiga-tiga surah ini dinamakan al-mu’awidzat - lihat Fathul Baari Syarah Shohih al-Bukhari, 9/62)

Zikir 6 –

Membaca ayat Kursi (ayat ke 255 dari surah al-Baqarah) setiap kali selesai solat (fardhu): 

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ 

“Sesiapa membacanya setiap selesai solat, tidak yang menghalanginya masuk Syurga selain mati.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i dalam Amalul Yaum wal-Lailah No. 100 dan Ibnus Sunni no. 121, dinyatakan shahih oleh al-Albani dalam Shohih al-Jami’, 5/329 dan Silsilah Hadis Shohih, 2/697 no. 972)

Zikir 7 – 

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. 10× بعد صلاة المغرب والصبح 

“Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja. Dia-lah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.”

Dibaca sepuluh kali setiap sesudah solat Maghrib dan Subuh. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi 11/377,no. 3396. Beliau berkata: Hadis ini hasan ghoreeb Sahih) 

Doa-doa Setelah Salam Dari Solat:

Doa 1 –

Ummu Salamah berkata, “Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila selesai solat subuh beliau berdoa, 

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً 

“Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amal yang diterima.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 3/179, no. 915. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Doa 2 –

Sa’ad B. Abu Waqqash berkata, “Di setiap kali selesai solat, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam akan berdoa memohon perlindungan kepada Allah dari beberapa perkara (dengan doa berikut): 

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ اَلْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ اَلْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ اَلْعُمُرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ اَلدُّنْيَا، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ اَلْقَبْرِ 

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat nyanyuk. Dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia dan siksa kubur.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 19/470, no. 5897)

Doa 3 –

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Aku wasiatkan kepada kamu wahai Mu’adz, janganlah engkau tinggalkan pada setiap kali selesai solat untuk membaca (berdoa), 

اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ 

“Ya Allah, bantulah aku dalam berzikir kepada-Mu (mengingati-Mu), mensyukuri nikmat-Mu, dan melakukan ibadah yang baik kepada-Mu.” (Hadis Riwayat Ahmad, 36/430, no. 22119. Al-Bukhari, Adabul Mufrad, 1/239, no. 690. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)

Doa 4 –

Al-Baraa’ radhiyallahu ‘anhu berkata, “Bahawasanya apabila kami solat di belakang Rasulullah, kami lebih suka berada di saf sebelah kanannya kerana beliau akan menghadapkan wajahnya kepada kami. Dan aku mendengar beliau berdoa (dengan doa berikut), 

رَبِّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ أَوْ تَجْمَعُ عِبَادَكَ 

“Wahai Tuhan-Ku, jauhkanlah aku dari azab-Mu pada hari di mana engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu.” (Hadis Riwayat Muslim, 4/20, no. 1159)

Doa 5 –

Abu Bakrah berkata, “Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdoa di akhir solatnya (dengan doa berikut), 

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ، وَالْفَقْرِ، وَعَذَابِ الْقَبْرِ 

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran. Aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad, 34/52, no. 20409. Sanadnya kuat di atas syarat Muslim sebagaimana kata Syu’aib al-Arnauth) 

Memuliakan Ibu Bapa

Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...