Ahad, 28 Oktober 2012

Aurat Wanita

Assalamualaikum...

Perkara utama yang menjadi cabaran bagi wanita masa kini ialah berkenaan dengan aurat. Sangat susah utk seorang wanita menjaga auratnya. Masya Allah... Tengok sahaja fesyen terkini. Aku pun tidak boleh lari dari dipengaruhi oleh fesyen yang makin hari makin tak masuk akal ni. Wanita... Mahu kelihatan cantik all the time. Untuk apa dan untuk siapa cantik itu? Hmmm...

Semua orang tahu batasan aurat wanita. Hanya wajah dan tangannya sahaja. Kaki? Yup. Itu pun termasuk dalam batasan aurat wanita. Kalau kita tak berstokin, maknanya kita dah dedahkan aurat kita. Fuhhh... sungguh susah sekali nak jaga aurat ni kan? 

Begitu juga dengan aku. Tapi dari masa ke semasa aku cuba dengan sebaik mungkin utk menjaga auratku. Aku berubah perlahan2, tidak terlalu drastik. And, U all apa yang buat lagi mujarab utk kita semua supaya kita jaga aurat kita ni? Sudah semestinya DOA yang tidak putus drpd ALLAH supaya dikuatkan hati kita utk menjaga aurat sebaik mungkin. Kalau kita mintak dengan ALLAH, Insya Allah, ALLAH akan kurniakan.







Okay... U all tengok fesyen pakaian di atas tu. Semua aku dah try fesyen2 macam tu. Astaghfirullahalazim.... Ya Allah, ampunkanlah aku atas dosa yang pernah aku lakukan dulu... Kuatkanlah hatiku untuk berubah ke arah yang lebih baik. Menjaga auratku sebaik mungkin.

Di sini, aku bukan nak cakap aku ni budget baguss ke apa ke... Tidak. Aku pun baru belajar bagaimana nak jaga aurat ni. Cuma, ini memang perintah dari Allah SWT untuk kaum wanita supaya menjaga aurat.


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An-Nur; Ayat 31)

Mungkin ayat di atas U all boleh baca macam tu je, langsung tak terkesan di hati kan.... But, apa yang paling menakutkan aku tentang menjaga aurat ini ialah, balasan Allah kepada mereka yang tidak menjaga aurat ni... Ishhh... Memang menakutkan...


Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya:

  1. Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. 
  2. Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya. 
  3. Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.


Masya Allah.... Tak takut lagi ke dengan balasan yang bakal diterima di akhirat kelak? Jangan putus asa, berdoalah kepada Allah supaya kita diberikan hati yang kuat untuk menurut perintahNya... Amiinnnn...

Rabu, 26 September 2012

Ujian Dari Allah... Semoga Aku Menjadi Penyabar dan Bersabar Dengan Dugaannya...

KITA BERTANYA:
KENAPA AKU DIUJI?



QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui
orang-orang yang dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 -





KITA BERTANYA : 
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?



QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216 -





KITA BERTANYA : 
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

- Surah Al-Baqarah ayat 286 -





KITA BERTANYA : 
KENAPA RASA KECEWA?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139 -





KITA BERTANYA : 
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."





KITA BERTANYA : 
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45 -



KITA BERTANYA : 
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111 -



KITA BERTANYA : 
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Hanyalah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

- Surah At-Taubah ayat 129 -



KITA BERKATA : 
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf ayat 12 -
   

Semoga Aku Menjadi Penyabar Dan Bersabar Dengan Dugaannya...


Credit to: http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2012/05/ujian-dari-allah-semoga-aku-menjadi.html

20 Amalan Murah Rezeki...

 Assalamualaikum...

Semua orang nak murah rezeki kan? Nak kaya... Sape taknak kaya and sape nak miskin? But, kita selalu sempitkan pemikiran kita yang rezeki tu hanyalah duit, harta semata-mata. Sihat, ilmu pun rezeki juga... Ni I nak share amalan murahkan rezeki yang I dapat dari page Ustaz Don. Nak dengan taknak buat jer....

Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Diantaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
 
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
 
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
 “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
 
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
 
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
 
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
 
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
 
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
 
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
 
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
 
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
 
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
 
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
 
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
 
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
 
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
 
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
 
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
 
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
 
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
 
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Credit to hanan.com.my

Ikhlas, mudah untuk diucapkan tetapi sukar untuk dilalui...



Assalamulaikum...

Ikhlas memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk dilalui. Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.

Ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain. Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud, maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya

Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan.
Di kesunyian dan keheningan malam, kita menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi, tetapi menyesal kenapa kita belum dapat menjadi hambaNYA yang ikhlas menerima kenyataan ini.

Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita  sedih, kecewa dan merasa  tidak adil.
Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA.

Ini akan menenangkan hati yang gelisah. Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insyaallah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.

Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita. 

Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik.


Buat sahabat yang sedang  bersedih, kuatkanlah semangat, kerana Allah sayang kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA. Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri.



Selalulah berprasangka baik kepadaNYA dan bersyukur Allah masih memberikan ujian kepada kita. Itu bererti kita termasuk dari kalangan orang-orang yang masih diperhatikan olehNYA. Allah selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita inginkan. Oleh itu,  DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA.

Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan. Tidak mudah tetapi  sangat sukar. Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita.

Terima Kasih Ya ALLAH untuk kasih sayang, kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepada kami. Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepada kami seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang Engkau sayangi. Izinkanlah kami untuk  untuk lebih dekat dan mencintaiMu.






Khamis, 13 September 2012

Program Penurunan Berat Badan

Assalamualaikum...

Dah setahun semenjak aku bercuti dari kerja kerana belajar dan sepanjang itu juga, masa aku banyak dihabiskan di rumah. Bila ada kat rumah, nafsu ni asyik ingat nak makan ajer.... So, inilah hasilnya...


Gambar ni diambil @The Curve on 10 Sept 2012. Dua bulan lagi, kita lihat hasilnya.... :P

Tengok tu, pipi macam nak meletup. Double chin. Lengan, Masya Allah.. Besar gedabak. Perut pun bagak but cover dgn baju tu so tak nampak. Dalam gambar ni nampak tak berapa besar. But, kalau kat rumah time seksi, boleh la nampak kebesarannya... Huahuahua...

Berat aku 66kg rite now dgn ketinggian 158cm. Bila kira BMI, ternyata aku OVERWEIGHT! Macam x caya aje... Berat tu semua orang tak tahu kalau kita tak bagi tahu kan... Realitinya, bila jumpa kawan2 kalau lama tak jumpa mereka akan cakap... "Wanna makin sihat, Wanna makin berisi, Wanna makin gebuuuu..." Arghhhhh!

Bila bercakap pasal berat badan dgn kawan2, mula la nak membanggakan diri... "Aku dulu masa anak satu berat 45kg, masa anak dua, 50 kg..." Sekarang, lebih rasa merendah diri dengan kedebaban badan yang makin hari semakin debab.

Itu berat badan. Kalau ukuran pinggang, aku punya dah sampai danger zone. Danger zone - 35 inch ke atas. (U all ukur skrg tgk danger zone ke tak).Tak yah bagi tau lah brp ukurannya. Buat malu aje.... huhuhuh

Pada mulanya, aku macam bengkek sikit la bila dorang tegur aku camtu. Nak buat macam mana, memang dah kita nampak sihat kan... Typical Malaysian, always state the obvious! 

But, lama2 aku buat tak kisah kalau ada org tegur aku mcm tu. Badan aku suka hati aku la kan.... Hahaha... Kalau mengadu pasal gemok ni pon, laki kita le yang sudi mendengar. Dia bagi kita balik. "U tak suka orang cakap U gemok, but U makan tak beringat!" Maksudnya, aku makan bnyk laaa....

Recently, aku tiba2 tersedar keburukan jika kita tak jaga makan ni. Yess... The silent killer - Heart Attack. 2 days before puasa, kawan aku masa sekolah rendah and he is a doctor, died because mulanya sesak nafas, bawak gi spital, then meninggal. No sign at all... Sekejap je Allah nak ambil nyawa kita.

Bertitik tolak dari situlah aku mula berfikir yang kita mesti jaga badan kita. Make sure badan kita sihat. Yer, kita boleh doa supaya dikurniakan badan yg sihat, panjang umur. But, cuba fikir, dalam masa yg sama, kita mengjahanamkan badan kita sendiri dengan melantak pelbagai jenis makanan hingga menyebabkan badan kita tak sihat. Achaner tu? 


Untuk permulaan... Dumb bell tu beli kat Daiso, rm5 satu. Balik, isi air.
Buku tu ada panduan utk sebulan mcm mana nak trim mana part yg kita nak kat badan kita... 

Bermula sekarang, aku nekad untuk menurunkan sedikit berat badan aku supaya aku lebih sihat dan cergas. Ada sorang kawan ni, badan dia dah langsing coz amalkan satu meal supplement nih...  Jadi aku pun nak cubalah kan....  (Aku rahsiakan dulu, bila dah berjaya, baru bagi tau k.. kihkihkih)

Jadi, bermulalah episod baru dalam kehidupanku kini... Hahahhaha... Syaratnya, aku tak boleh makan nasi. Tak tau lah macam mana nak hidup tanpa nasi ni....

Dah ramai orang yg berjaya kurus sebab tak jamah nasi berbulan-bulan. Aku pun nak try buatlah ni. Harap berjaya.... Doakan saya ye kawan kawan.

Makan cam biasa. 3 kali sehari. Makan la apa sahaja but no rice at all. And kena kurangkan makanan yg bnyk kandungan karbohidrat. Itu aje.

So, di bawah ni, menu makanan aku untuk beberapa hari ni. Sedappp sangattt....



BREAKFAST - Omelette


LUNCH - Ayam Panggang, salad and tomato




DINNER - Ikan keli goreng, sambal tempe and sup sayur
Green Tea - Utk proses pembakaran lemak 

Program yang aku tengah on sekarang ni, aku taknak la citer panjang lebar sangat. Nanti, bila dah berhasil, aku akan reveal semuanya okay....

Akhir sekali, i ada pesanan la utk kawan2 kita especially;

Kepada kawanku Mat Anip, kalau projek ni berjaya, dia nak belanja saya makan... hehhehe...

And sahabatku yang tersayang, Norhayati Hamzah, bila kita dah kurus, kita ajar awak pula macam mana nk kurus, kalau awak nak laa... 

P/S: Maaf kalau ada antara anda yang terasa hati bila baca entry ni yer... Manalah tau kan... Apa yang saya tulis ni hanyalah luahan dari hati saya yang saya pendam selama ini... :P

Isnin, 3 September 2012

Penyakit Yang Paling Berbahaya

Assalamualaikum...

Marilah kita sama-sama bertakwa kehadrat Allah Subhanahu Wataala dengan mengerjakan segala apa jua suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.

Semoga U all sihat walafiat disamping melakukan rutin harian. Kalau tak sihat, macam mana nak kerja, nak makan pun takde selera... (Aishhh.. asyik ingat makan jer, mentang2 lah skrg ni musim open house...hikhik..). Sihat fizikal aje yg kita pentingkan... Sihat rohani? Hmmm... Apa kebende pulak tu? Kalau nak tau, kena banyak bacalah okay....

Pernah tak U all dengar hadis Nabi yang ni;



 “Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.  Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota.  Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.”  

Hmm.... U all faham tak hadis ni? Kalau faham, baguss... Kalau dah faham cubalah utk dalami betul2 maksud hadis ni...

Imam Al-Ghazali cakap, hati ni boleh diumpamakan macam raja dan anggota badan kita yg lain macam tenteranya lah. Tentera, mestilah patuh pada rajanya, kan? 

Okay, cth yg simple... Mulut yg mengumpat. Apakah yg trigger mulut kita  tu utk mengumpat. Sape yg suruh? Tentunya hati, si raja yg berkuasa... And memang susah nak didik hati yg satu ni dari menyuruh si mulut tu mengumpat kan? Including me lah... 

So, bagaimana kita nak buat supaya raja tu menjadi raja yg baik? Ye betul, semuanya datang dari Allah SWT. Tapi, kalau kita tak berusaha utk didik raja tu jadi baik, sampai bila2, raja tu takkan jadi baik, kan?

Apakah cth yg dikatakan penyakit hati? Mengumpat, liat nak solat, dan lain lain yg menjadi punca kita engkar dengan suruhan Allah SWT.

But, how kita nak rawat penyakit hati ni? Saya nak share ilmu yang saya dapat dgn U all semua agar ianya bermanfaat kpd kita semua, Insya Allah...


1. Tidak Banyak Bercakap
Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah perkara yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, suka bergosip dan lain-lain.
2. Jaga Emosi dan Nafsu
Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh  itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah dan sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat mahupun puasa Ramadhan.
3. Selalu Mengingati Allah SWT
Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan  membaca al-Qur’an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.
4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati
Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati,  kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit – penyakit  itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.
 Hatilah tempat ketundukan, kepatuhan dan ketaatan. Dan hatilah tempat taqwa bertapak dan bernaung. 
dari: http://akuislam.com/blog/mauidzah/merawat-penyakit-hati/#ixzz25ODH6zgb


Kenapa saya cakap, penyakit hati penyakit yang paling bahaya??... Sakit jantung, darah tinggi, kencing manis tak bahaya ke? Eh, bahaya la jugak, boleh bawak mati sume sakit2 tu....

Tapi, penyakit hati paaalingggg bahaya.... Sebab, penyakit hati la yang menentukan kita masuk syurga atau neraka. Hidup kat dunia sementara je kan... Akhirat, kekal abadi.. Semua orang taknak masuk neraka. Tapi, Masya Allah, style hidup memang sengaja nak tempah masuk neraka... Astaghfirullahalazim....  Kawan2 marilah sama sama kita doa, semua umat Islam diberikan taufik hidayah oleh Allah, so that, kita dapat masuk syurga....


Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan…

Tetapi bila ikan sudah mati……. 

Secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya… 

Begitulah juga HATI kita,HATI yang hidup, ianya sukar untuk dinodai….… 

Tetapi bila HATI sudah mati, ianya mudah dipengaruhi….!

Semoga ALLAH sentiasa memelihara HATI kita…..

HATI yang dipilih ALLAH untuk mendapat hidayah-NYA…

Sudah tentu HATI yang menyesali 
akan dosa-dosanya..

Yang pasti….. Bukan HATI yang mati……
Yang tahu ianya telah melakukan kesalahan,Tetapi sukar untuk meminta maaf & bertaubat kepada ALLAH….

Okaylah guys.... Mata dah ngantuk ni... Ujian btol tido waktu petang cam gini kan... Terima kasih coz sudi baca...

Khamis, 30 Ogos 2012

Resipi Ayam Gulai Putih

Assalamualaikum...

Minggu ni kita rajin masak... Dah mood cuti ada lagi nih... Bulan 9 dah start kelas, dah susah la nak masak... Lepas ni, kena mengadap journal la pulak... Lagi 2 semester, tak sabarnya nak masuk kerja balik. Ya Allah, permudahkanlah urusanku.

Resipi ni dah lama ada dalam buku masak kita, tapi tak pernah pun masak. Rasanya ambil dari internet kot. Tengok resipi macam menarik, and nak buat pun senang jer. Biasa buat ayam masak lemak cili api... Hari ni, kita cuba resipi ayam gulai putih ni... Rasanya pun different la sebab tak pernah makan...

Bahan-bahan:

Ayam (1/2 kg)
Santan (3 cwn)
Bwh Merah (4 ulas)
Bwh Putih (2 ulas)
Halia (1 inci)
Cili (3 biji)
Bwg Besar (1 biji)
Kulit Kayu Manis (1 inci)
Bunga Cengkih (2 kuntum)
Bunga Lawang (1 kuntum)
Buah Pelaga (2 biji)
Serbuk Jintan Manis (1 sudu kecil)
Serbuk Ketumbar (1 sudu kecil)
Serbuk Jintan Putih (1/2 sudu kecil)
Serbuk Lada Sulah
Asam Keping (2 kpg)
Buah Keras (1 biji)
Buah Pala (1/2 sudu kecil)
Gula & Garam secukup rasa

Cara Memasak:

Tumbuk buah pala dan buah keras hingga lumat. Ketepikan sebentar.

Di dalam periuk, tumis bawang putih hingga naik bau, diikuti dgn bawang merah.

Apabila layu, masukkan halia, semua rempah, dan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.

Masukkan ayam. Tumis sebentar.

Masukkan santan, garam dan gula. Gaul sebati.

Masukkan asam keping dan biar hingga mendidih.

Masukkan bahan yang ditumbuk (buah pala & buah keras) dan bawang besar. Biar mereneh hingga ayam empuk dan kuah pekat.

Masukkan cili. Kacau dan biar seketika sebelum dihidang.


Tadaa... Inilah rupanya Ayam Gulai Putih. Nampak macam tak menarik.
Tapi sedap sangat....



SELAMAT MENCUBA...!

Resipi Laksa Goreng

Assalamualaikum...

Buat sahabat2ku yg sudi baca blog ni... Semoga anda sentiasa dirahmati Allah sentiasa...

Minggu ni mood memasak la kita... Macam2 cuba resipi baru. Yatie, I dah try nasi Arab Kak Roza tu. Ha.. tak sangka menjadi. But, tak buat kuah la. Adam cakap, masa makan kat rumah aunty Yatie, ada kuah, nape mummy tak buat kuah? Hmm... Masa buat tu, tak refer pulak blog u... Just refer buku bukan sekadar resipi tu aje, xdelah kuah ayamnya... Hahahha....So, sape nak resipi Nasi Arab, pegi kat link ni okay... http://myhayatiz.blogspot.com/2012/06/resipi-nasi-mandy-lahm-nasi-daging-ayam.html

Ramai gak org tanya hari tu macam mana nak buat laksa goreng kat kita... Sebabnya, ramai orang tak pernah dengar laksa goreng ni. But I tell u. Memang marvellous..! Rugi sape tak cuba... Actually, this recipe dari bibik Anis. Dulu, dia pernah kerja dgn orang Cina. So, dia belajar la agaknya dengan boss dia tu... Simple je cara buat dia. Macam buat mee goreng la jugak....

Bahan-bahan:

Laksa Panjang (sepeket)
Ayam (dipotong kecil-kecil)
Cendawan Cina (rendam dulu, then potong)
Bawang Putih + Bawang Merah (Yang dah diblender)
Cili Giling
Sos Tiram
Sos Tomato
Kicap Manis
Garam secukup rasa

Cara-cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis CILI GILING 2 @ 3 sudu besar.
2. Masukkan BAWANG PUTIH & BAWANG MERAH.
3. Masukkan GARAM.
4. Masukkan SOS TOMATO. Lebih kurang 2 sudu besar.
5. Masukkan SOS TIRAM 3 @ 4 sudu besar.
6. Masukkan KICAP MANIS.
7. Masukkan CENDAWAN CINA & AYAM yang telah dipotong tadi.
8. Masukkan sedikit air. (Bila dah masukkan air, biar lama sedikit sehingga ayam & cendawan masak)
9. Masukkan LAKSA.

I punya directions ni, u all pandai2 la fahamkan ek. Setiap kali nak masukkan setiap bahan tu, biarkanlah seketika sambil kacau-kacau la bahan2 dalam kuali tu sehingga masak. Cuma peringatan, laksa tu tak boleh digoreng lama-lama, coz takut hancur pulak nanti. One more thing, sukatan tu, U all pandai2 la adjust yer... yang I bagi tu, as panduan je...I  masak, sebenarnya, main campak-campak je... Suka hati nak letak banyak mana pun.

Kalau nak lagi sedap, U all boleh letak daun ketumbar. Bila nak hidang tu, tabur la bawang goreng atas laksa tu. I suka masam2 sikit. So, I perah lemon. Fuuh... Memang sedap laa...

Masa menumis, inilah rupanya.

Masukkan laksa. But remember, jgn terlampau lama.


Tadaa... Inilah hasilnya. Kalau letak daun ketumbar, ada le hijau2 sikit, nampak la cantik and sedap.

SELAMAT MEMASAK..!

Rabu, 8 Ogos 2012

Kisah Ice Cream Free Baskin Robbins

Assalamualaikum...

Semoga sahabat2 ku; Yatie, Mat Anip, Fizah, Kak Alisah and pembaca yang sudi membaca blogku ini sentiasa dirahmati Allah SWT.

Alkisahnya, pada malam ni akan menjadi malam bersejarah dimana Baskin Robbins (BR) akan bagi ice cream percuma kepada semua rakyat Malaysia yang pergi ke BR. Pada mulanya, BR berjanji akan memberikan ice cream percuma sekiranya Malaysia dapat emas dalam Sukan Olimpik 2012. Maybe sebab dia janji macam tu coz confident kot yang Datuk Lee Chong Wei (DLCW), atlit badminton negara tu akan dapat emas. Tetapi, malangnya DLCW hanya berjaya meraih pingat perak. Huhuhuhu... Takde rezeki.

Nak dijadikan cerita, BR bagi jugak ice cream percuma tuh... Dorang kat FB cakap "Baguss BR, janji ditepati..!". Ceh.... BR janji nak bagi ice cream kalau dapat pingat emas, tapi tak dapat emas pun, BR bagi jugak... Itu janji tak ditepati lah kan... kah kah kah... Korang paham ke apa aku citer ni...?  Maaf yer, badan penat sikit ni, baru balik shopping dari Jalan TAR... So, merapu lebih sikit la...

And, kawan aku pun, ada post kat FB... "Kenapa BR yang bagi ice cream free? Kenapa tidak Hagen Dazs ker? Fikir fikirkanlah..." Hmmm... Nak tergelak pun ada bila baca... Tak kuasa lak aku nak pikir pasal tu... Banyak lagi mende lain aku nak pikir wei... Si Mat Anip, gelak tak abis abis... Suka bebenor dia dah lepas melantak.... Ngeehhh....

Malam ni, aku, Mat Anip, Fizah dan kak Alisah berbuka puasa di AU2 Shopping Mall. After Maghrib, baru kita orang pergi makan coz bolehlah lama2 sikit. Makan kat Johnny.... hari tu dah makan dengan Yatie, hari ni makan lagi.... Hehhehe....

Memang pada mulanya aku plan nak la jugak merasa makan ice cream free tu kan....  Tapi... Korang tengok la gambar kat bawah ni...

Punya la ramai manusia beratur.... BR kat depan nun jauh di sana, tak nampak dalam gambar ni
sebab memang panjang giler orang beratur semata2 nak dapatkan ice cream 1 scoop tu aje...

Kita orang masih lagi dok bersantai kat Johnny Restaurant tu... Melihat mereka yang beratur panjang. Nak dijadikan cerita terselitlah kisah yang bagi Mat Anip teramatlah lucunya...hikhikhik...

Kita orang berdiscuss la kan... Why dorang semua ni sanggup beratur panjang untuk dapatkan ice cream free tu kan.... Ntah apa2 tajuk discussion ni kan... Kalau discuss pasal dunia dah nak kiamat okaylah jugak kan... Hehehhehe....

Fizah pun cakaplah.... "Dia orang semua bukan nak sangat makan ice cream tuh... Dia orang nak merasa keseronokan beratur tu..." (Anip, Fizah hanya terpikir utk cakap keseronokan beratur masa tu, but kau kena fahami isi tersirat di sebalik kata2 Fizah...Cewahh..)

Aku pun mengiyakan apa yang Fizah cakap tu... Aku faham maksud Fizah.. Tapi Mat Anip si bijak pandai (jangan marah ye Mat Anip...) berkata.."Seronok beratur? Seronok ke beratur?" Kahkahkaha... Aku pun mengiyakan jugak kata2 Mat Anip... " Ha'ah lah... Mana seronok beratur?" ...Hahahha...

Then, aku yang tidak kurang juga kebijaksanaan nye ini explain la apakah maksud di sebalik kata2 Fizah itu.... Dorang semua beratur panjang2 tu coz ingin merasai suasana nak dapatkan ice cream free... Dorang rasa teruja... Macam kalau ada jom heboh lah kan... Kita dah tahu orang ramai giler, tapi kita nak pergi jugak. But, sekali je lah pergi.... Bila dah rasa suasana sebenar jom heboh tu, memang serik la kita nak pergi lagi....

Mat Anip ni, memang suka kenakan, gelakkan si Fizah tu... Gelak sakan dia bila Fizah kata orang seronok beratur... Tengoklah... Sampai bila2 dia akan kenakan si Fizah pasal kes seronok beratur ni... Aku pun tumpang gelak la kan... hiihihihihi....

"Mat Anip, nanti kau tanya kat budak2 masa perhimpunan. Sape yang rasa seronok beratur sila angkat tangan..." Kahkahakah... Never ending story la nanti si Fizah oii Si Anip tu kenakan kau...

Tapi.... Tak salah pun nak beratur panjang2 nak dapatkan ice cream free tu... Sangat la tak salah... Kalau salah, polis dah tangkap, masuk jail kan.... But, semestinya ramai yang akan mengutuk kesanggupan mereka yang beratur tu... Hello... Kepada mereka yang mengutuk tu... Suka hati doranglah nak beratur ke nak apa ker...Ada dorang pakai kaki korang ke nak beratur? Hahahah.... Terpulanglah pada individu tu sendiri apa yang dorang nak buat dengan hidup dia orang...

So, apakah moralnya disebalik cerita ku kali ini? U olls jawab le soalan yang di bawah ni...

1. Apakah perkara yang lebih berfaedah yang boleh kita lakukan daripada beratur panjang yang memakan masa yang lama, semata2 utk dapatkan ice cream free?

2. Adakah berbaloi untuk kita dapatkan ice cream percuma tu dengan masa yang diambil untuk beratur panjang?

3. Apakah perkara yang lebih bermanfaat yang boleh dilakukan oleh BR selain daripada memberikan ice cream percuma kepada orang ramai?

4. Adakah anda faham apakah maksud tersurat dan tersirat? (Soalan ni khas untuk Mat Anip...Kihkihkih)


P/S: Mat Anip adalah sahabatku yang pernah bertugas bersama semasa di SK Ampang Campuran. Begitu juga dengan Fizah dan Alisah... Mereka rapat dengan aku coz kita orang suka hang out bersama kalau ada kelapangan. Mat Anip, Fizah and Kak Alisah... Semoga persahabatan kita kekal selamanya dan diredhai Allah SWT....






Rabu, 1 Ogos 2012

Kisah Profesor dengan Pendayung Sampan

Assalamualaikum...

Semoga saudara saudari yg sudi membaca blogku ini sentiasa dirahmati Allah hendaknya. Buat sahabatku Yati Mezzoh, semoga dirimu sentiasa bahagia... Insya-Allah.

Orait... Entry kali ni, aku nak citer satu citer yang tidak kurang menariknya. Yatie cakap, aku ni pandai berciter cerita yg dongeng-dongeng, alkisah tu, alkisah ni. Well, maybe itu kelebihan aku yg tidaklah seberapa hebatnya. Coz, masa kecik, xdelah aku pernah masuk pertandingan bercerita macam Ustaz Don tu. Fuuhh.. Kalu aku masuk pertandingan bercerita, memang hebat dah aku sekrg kan.. kan... kan...

But, masa skolah dulu, aku slalu masuk pertandingan mendeklamasi sajak, pernahlah menang... Sampai skrg si suami asyik buat lawak kalu ingat moment tu... Dia buat gaya aku bersajak, "Bunga Popi". Hancusss betol... Hahaha... Tapi tu pun dah kira hebat jugaklah kan... Bukan semua orang berani buat show depan orang kan?  Tapi U olls, I nak bagi tau, memang ada cita2 nak jadi macam Prof Muhaya tu, tapi tulah kan... Blom sampai lagi tahap tu.. Kena gali banyak lagi ilmu kalau nk jadi macam dia.... :)

Setiap orang tak boleh lari dari persepsi kepada orang lain tak kiralah, baik ke, buruk ke. Cthnya; Bila kita tengok orang tu macam sombong je kan... Pada hal kita tak kenal pun dia... (Aku la tu orang selalu cakap macam tu kat aku..!). But, bila kita dah kenal dia... Owh, dia ni kelakar rupanya, easy going, and etc.. (Aku jugak lah tu... Hehhehe.... Masuk bakul, angkat sendiri la..!)

Ada orang kaya, pandang orang miskin tu, sebelah mata je. Dia fikir, dia lagi bagus, lagi kaya dari orang tu. Pada hal, orang miskin tu, Masya Allah, bila mengaji, sangat merdu suaranya, semua orang terpukau. Semua orang ada kelebihan, keistimewaan yang Allah anugerahkan. Setiap orang mempunyai potensi diri yang terpendam yang perlu diterokai sekiranya ingin menjadi insan yang hebat...

Panjang bebenor mukaddimahnya yer...

Alkisahnya, ada la seorang profesor ni, ingin pergi ke sebuah pulau untuk membuat kajian di pulau tersebut. Bila sebut profesor, mesti lah dia seorang yg pandai kan..? Tapi, seorang profesor pun mesti ada kelemahannya yang kita tak tahu.

Untuk pergi ke pulau tersebut, profesor ni perlu menaiki sebuah sampan. Tidaklah diketahui, kenapa tiada bot di situ. Kalau ada bot, cepatlah sikit perjalanan ke pulau tersebut, fikir profesor itu. Tapi, bila difikirkan dia perlu membuat kajian yg penting di pulau tersebut, terpaksalah dia naik sampan utk pergi ke pulau tersebut.

Profesor tu pun naiklah sebuah sampan kecil yang dimiliki oleh seorang pemuda miskin yang mana kerjanya hanyalah mendayung sampan kerana itu sahajalah yang mampu dilakukannya. Oleh kerana mereka berdua sahaja dalam sampan tersebut, profesor tu pun bertanyalah kepada pendayung sampan tu.

"Kamu pandai menulis dan membaca?" Teruk betul profesor ni kan... Orang tanyalah nama ke, asal mana... Dah kawin ke belom. Ni terus tanya orang tu pandai abc ke tak. Gong sungguh profesor ni. (Gong tu loghat Terengganu maksudnya sombong).

"Er... Saya ni buta huruf, tak pernah ke sekolah". Jawab pendayung sampan tu.

"Owh.." Dengan pandangan sinis, profesor tu cakap, "Kamu dah hilang separuh dari kehidupan kamu. Orang yg buta huruf, takkan berjaya".

Pendayung sampan tu diam sahaja. Kesian dia. Kalau ikutkan bisikan syaitan, nak je dia hampuk pendayung tu ke kepala profesor tu. Tapi, dia bukan orang macam tu. Walaupun dia bodoh, tak tahu baca, dia seorang yg baik hati, seorang yg sabar. Memang betul apa yang dikata oleh profesor tu. Tapi, apakan daya, keluarganya sangat miskin, tak mampu utk hantar dia bersekolah satu ketika dahulu. Diterimanya takdir itu dengan redha.

Profesor itu bertanya lagi. "Kamu ada simpan duit dalam bank?"

"Er... Takde. Pendapatan saya cukup cukup makan je". Jawab pendayung sampan.

"Huh... Kamu hilang separuh lagi dari kehidupan kamu. Orang tak simpan wang, tak boleh hidup selesa bila dia tua nanti."

Pendayung sampan itu diam sahaja. Bersabar dengan kata-kata profesor itu. Baginya, apa yang penting, dia perlu mendayung sampan hingga ke pulau tersebut.  Apa yang dikatakan oleh profesor tu dia tak peduli.

Separuh perjalanan, nak dijadikan cerita, tiba-tiba sampan tu bocor. Air pun masuk ke dalam sampan tu dengan banyaknya dan menunggu masa untuk tenggelam. Profesor tu jadi sangat panik.

Pendayung sampan segera tanya profesor tu: "Tuan tahu berenang?"

"Tak... Saya tak tahu berenang."

"Owh... Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"

Moral of the story:
Jangan pandang rendah kepada orang lain. Mungkin dia memiliki keistimewaan dan potensi diri anugerah Allah s.w.t. yang tidak kita miliki.. Wallahualam...



Source: Solusi  Isu No. 46


Selasa, 24 Julai 2012

Sahur oh sahur

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini dah masuk hari kelima puasa. Semalam tazkirah Ramadhan di masjid Lembah Jaya cakap, bulan Ramadhan ialah bulan kemenangan umat Islam. Time Rasulullah dulu, dorang lagi hebat, masa bulan puasa berperang. Bayangkan, bulan posa, lapar dahaga, dorang berperang. Kita kalau kena berperang bulan posa, rasanya bukak posa lah...

Dah hari kelima puasa ni, sindrom malas sahur mula menular dalam diri aku ni. Takde selera nak makan. Tapi kerana inginkan pahala, keberkatan sahur tu, ku gagahkan jua untuk bangun sahur. W/pun menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w. hukum sahur adalah sunat, but jangan tinggalkan sahur.

Daripada Anas r.a, Baginda saw bersabda: "Bersahurlah kamu. Sesungguhnya dalam sahur itu ada berkat".
( H.R Bukhari dan Muslim ).

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda: " Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah swt berselawat ke atas orang-orang yang bersahur." ( H.R. Imam Ahmad )

Sebenarnya, time sahur, aku just minum kopi and makan kurma jer. But, kalu nampak lauk kat meja tu cam menyelerakan, makan gak nasi. Dok fikir ruginya kalu dok makan, takut lapar. But, kalau just makan kurma je pun, takde la lapar pun. Tahun ni, aku berazam untuk kurangkan makan nasi. Target nak turunkan berat badan 10 kg. Huh, target bukan main tinggi lagi. Heheheh... Seriously, I have to do something with my weight.


Sekiranya terdapat buah kurma, ia adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman sebagaimana riwayat daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
" Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman ialah buah tamar." ( H.R. Abu Daud ).

Dalam riwayat yang lain pula, daripada As-Saib bin Yazid, sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sebaik-baik makanan sahur ialah buah tamar. Allah merahmati orang-orang yang bersahur."

Biasanya, lepas sahur, U all buat apa? Tidur balik? Aku ni kuat tidur. So, dulu2 biasanya lepas sahur, confirm aku tidur balik. Bangun balik utk solat Subuh. But, now Alhamdulillah, sekarang aku dah ubah. Lepas sahur, tak tidur. Tunggu solat Subuh. Sebelum tu, buat la apa2 yang membawa faedah. Spt, tengok TV Al-Hijrah. Kol 5.30 ada Ihya' Ramadhan bersama Syeikh Nuruddin. Best jugak. Atau pun, bacalah buku.

But, nak tau tak apa yang bagus sekali buat - melakukan amal ibadat spt berwuduk, berzikir, membaca al-Quran dan menunaikan sunat Tahajjud dan sunat witir bagi yg belum melakukannya. 

Ya Allah, Ya Rabbi...

Berikanlah kekuatan padaku untuk melakukan ibadah semata-mata keranaMu Ya Allah pada bulan Ramadhan ini. Peliharakanlah diriku, lindungilah daku Ya Allah dari melakukan maksiat. 


Isnin, 23 Julai 2012

Solusi is the best magazine.....

Assalamualaikum w.b.t...

Hai, entry kali ni, i nak promote U olls satu majalah yang tak pernah aku miss beli setiap bulan...

Dulu-dulu, majalah favourite aku; Pa&Ma, Keluarga, Wanita dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Sekarang, semua tu dah tak main dah... Tak kelass....

Majalah solusi ni, diperkenalkan oleh kawanku Ku Normilawati from SK Taman Tasik. Rupanya, majalah ni dah lama keluar, aku je yg ketinggalan... Dah isu nombor berapa dah, baru nak start beli. Nasib baik ada pesta buku, dapat la beli isu yang lepas-lepas...

Tau tak nape suka sangat dengan solusi ni? Salah satu sebabnya, salah seorg penulis dia; PAHROL MOHAMAD JUOI. Sape yg belom pernah dengar nama penulis ni, U oll cari la buku yg ditulis beliau. Dimana dia di hatiku, satu rasa dua hati dan banyak lagi laa... Yang terbaru, Cinta Kerana Allah...

Kalu nak tau, best ke tak tulisan dia ni, beli majalah solusi. Dia ketua pengarang majalah tu. Isu bagi setiap bulan, dia yg tulis. Memang melekat di hati penulisan dia tuh... Itu bagi aku lah, orang lain kita tak tau...

Kenapa perlu baca solusi? Well, aku bukan selalu ikut kuliah subuh or dengar ceramah kat mana2. Kalau dengar pun, Tanyalah Ustaz setiap pagi kol 7. Itu pun kalau aku tengok, tengok lah... That is why, perlu baca solusi ni... Untuk mengisi jiwa dengan ilmu yang bermanfaat...



Isu Solusi bulan ni, taubat sebelum terlambat.... Best isu kali ni..

Kenapa perlu bertaubat sekarang? Kenapa beri alasan untuk bertaubat? Cara-cara nak bertaubat. Berita baik untuk orang yang bertaubat. Rahsia nak jauhkan diri daripada dosa... And banyak lagilah... Kalau U olls baca, confirm menusuk kalbu...

 Apa lagi U olls, beli la sebelum terlambat....

P/S: Terima kasih kpd Ustaz Pahrol Mohamad Juoi atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat.
Owh yer... boleh visit website dia... Genta-rasa.com

Memuliakan Ibu Bapa

Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...