Khamis, 13 September 2012

Program Penurunan Berat Badan

Assalamualaikum...

Dah setahun semenjak aku bercuti dari kerja kerana belajar dan sepanjang itu juga, masa aku banyak dihabiskan di rumah. Bila ada kat rumah, nafsu ni asyik ingat nak makan ajer.... So, inilah hasilnya...


Gambar ni diambil @The Curve on 10 Sept 2012. Dua bulan lagi, kita lihat hasilnya.... :P

Tengok tu, pipi macam nak meletup. Double chin. Lengan, Masya Allah.. Besar gedabak. Perut pun bagak but cover dgn baju tu so tak nampak. Dalam gambar ni nampak tak berapa besar. But, kalau kat rumah time seksi, boleh la nampak kebesarannya... Huahuahua...

Berat aku 66kg rite now dgn ketinggian 158cm. Bila kira BMI, ternyata aku OVERWEIGHT! Macam x caya aje... Berat tu semua orang tak tahu kalau kita tak bagi tahu kan... Realitinya, bila jumpa kawan2 kalau lama tak jumpa mereka akan cakap... "Wanna makin sihat, Wanna makin berisi, Wanna makin gebuuuu..." Arghhhhh!

Bila bercakap pasal berat badan dgn kawan2, mula la nak membanggakan diri... "Aku dulu masa anak satu berat 45kg, masa anak dua, 50 kg..." Sekarang, lebih rasa merendah diri dengan kedebaban badan yang makin hari semakin debab.

Itu berat badan. Kalau ukuran pinggang, aku punya dah sampai danger zone. Danger zone - 35 inch ke atas. (U all ukur skrg tgk danger zone ke tak).Tak yah bagi tau lah brp ukurannya. Buat malu aje.... huhuhuh

Pada mulanya, aku macam bengkek sikit la bila dorang tegur aku camtu. Nak buat macam mana, memang dah kita nampak sihat kan... Typical Malaysian, always state the obvious! 

But, lama2 aku buat tak kisah kalau ada org tegur aku mcm tu. Badan aku suka hati aku la kan.... Hahaha... Kalau mengadu pasal gemok ni pon, laki kita le yang sudi mendengar. Dia bagi kita balik. "U tak suka orang cakap U gemok, but U makan tak beringat!" Maksudnya, aku makan bnyk laaa....

Recently, aku tiba2 tersedar keburukan jika kita tak jaga makan ni. Yess... The silent killer - Heart Attack. 2 days before puasa, kawan aku masa sekolah rendah and he is a doctor, died because mulanya sesak nafas, bawak gi spital, then meninggal. No sign at all... Sekejap je Allah nak ambil nyawa kita.

Bertitik tolak dari situlah aku mula berfikir yang kita mesti jaga badan kita. Make sure badan kita sihat. Yer, kita boleh doa supaya dikurniakan badan yg sihat, panjang umur. But, cuba fikir, dalam masa yg sama, kita mengjahanamkan badan kita sendiri dengan melantak pelbagai jenis makanan hingga menyebabkan badan kita tak sihat. Achaner tu? 


Untuk permulaan... Dumb bell tu beli kat Daiso, rm5 satu. Balik, isi air.
Buku tu ada panduan utk sebulan mcm mana nak trim mana part yg kita nak kat badan kita... 

Bermula sekarang, aku nekad untuk menurunkan sedikit berat badan aku supaya aku lebih sihat dan cergas. Ada sorang kawan ni, badan dia dah langsing coz amalkan satu meal supplement nih...  Jadi aku pun nak cubalah kan....  (Aku rahsiakan dulu, bila dah berjaya, baru bagi tau k.. kihkihkih)

Jadi, bermulalah episod baru dalam kehidupanku kini... Hahahhaha... Syaratnya, aku tak boleh makan nasi. Tak tau lah macam mana nak hidup tanpa nasi ni....

Dah ramai orang yg berjaya kurus sebab tak jamah nasi berbulan-bulan. Aku pun nak try buatlah ni. Harap berjaya.... Doakan saya ye kawan kawan.

Makan cam biasa. 3 kali sehari. Makan la apa sahaja but no rice at all. And kena kurangkan makanan yg bnyk kandungan karbohidrat. Itu aje.

So, di bawah ni, menu makanan aku untuk beberapa hari ni. Sedappp sangattt....



BREAKFAST - Omelette


LUNCH - Ayam Panggang, salad and tomato




DINNER - Ikan keli goreng, sambal tempe and sup sayur
Green Tea - Utk proses pembakaran lemak 

Program yang aku tengah on sekarang ni, aku taknak la citer panjang lebar sangat. Nanti, bila dah berhasil, aku akan reveal semuanya okay....

Akhir sekali, i ada pesanan la utk kawan2 kita especially;

Kepada kawanku Mat Anip, kalau projek ni berjaya, dia nak belanja saya makan... hehhehe...

And sahabatku yang tersayang, Norhayati Hamzah, bila kita dah kurus, kita ajar awak pula macam mana nk kurus, kalau awak nak laa... 

P/S: Maaf kalau ada antara anda yang terasa hati bila baca entry ni yer... Manalah tau kan... Apa yang saya tulis ni hanyalah luahan dari hati saya yang saya pendam selama ini... :P

3 ulasan:

Memuliakan Ibu Bapa

Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...