Rabu, 8 Ogos 2012

Kisah Ice Cream Free Baskin Robbins

Assalamualaikum...

Semoga sahabat2 ku; Yatie, Mat Anip, Fizah, Kak Alisah and pembaca yang sudi membaca blogku ini sentiasa dirahmati Allah SWT.

Alkisahnya, pada malam ni akan menjadi malam bersejarah dimana Baskin Robbins (BR) akan bagi ice cream percuma kepada semua rakyat Malaysia yang pergi ke BR. Pada mulanya, BR berjanji akan memberikan ice cream percuma sekiranya Malaysia dapat emas dalam Sukan Olimpik 2012. Maybe sebab dia janji macam tu coz confident kot yang Datuk Lee Chong Wei (DLCW), atlit badminton negara tu akan dapat emas. Tetapi, malangnya DLCW hanya berjaya meraih pingat perak. Huhuhuhu... Takde rezeki.

Nak dijadikan cerita, BR bagi jugak ice cream percuma tuh... Dorang kat FB cakap "Baguss BR, janji ditepati..!". Ceh.... BR janji nak bagi ice cream kalau dapat pingat emas, tapi tak dapat emas pun, BR bagi jugak... Itu janji tak ditepati lah kan... kah kah kah... Korang paham ke apa aku citer ni...?  Maaf yer, badan penat sikit ni, baru balik shopping dari Jalan TAR... So, merapu lebih sikit la...

And, kawan aku pun, ada post kat FB... "Kenapa BR yang bagi ice cream free? Kenapa tidak Hagen Dazs ker? Fikir fikirkanlah..." Hmmm... Nak tergelak pun ada bila baca... Tak kuasa lak aku nak pikir pasal tu... Banyak lagi mende lain aku nak pikir wei... Si Mat Anip, gelak tak abis abis... Suka bebenor dia dah lepas melantak.... Ngeehhh....

Malam ni, aku, Mat Anip, Fizah dan kak Alisah berbuka puasa di AU2 Shopping Mall. After Maghrib, baru kita orang pergi makan coz bolehlah lama2 sikit. Makan kat Johnny.... hari tu dah makan dengan Yatie, hari ni makan lagi.... Hehhehe....

Memang pada mulanya aku plan nak la jugak merasa makan ice cream free tu kan....  Tapi... Korang tengok la gambar kat bawah ni...

Punya la ramai manusia beratur.... BR kat depan nun jauh di sana, tak nampak dalam gambar ni
sebab memang panjang giler orang beratur semata2 nak dapatkan ice cream 1 scoop tu aje...

Kita orang masih lagi dok bersantai kat Johnny Restaurant tu... Melihat mereka yang beratur panjang. Nak dijadikan cerita terselitlah kisah yang bagi Mat Anip teramatlah lucunya...hikhikhik...

Kita orang berdiscuss la kan... Why dorang semua ni sanggup beratur panjang untuk dapatkan ice cream free tu kan.... Ntah apa2 tajuk discussion ni kan... Kalau discuss pasal dunia dah nak kiamat okaylah jugak kan... Hehehhehe....

Fizah pun cakaplah.... "Dia orang semua bukan nak sangat makan ice cream tuh... Dia orang nak merasa keseronokan beratur tu..." (Anip, Fizah hanya terpikir utk cakap keseronokan beratur masa tu, but kau kena fahami isi tersirat di sebalik kata2 Fizah...Cewahh..)

Aku pun mengiyakan apa yang Fizah cakap tu... Aku faham maksud Fizah.. Tapi Mat Anip si bijak pandai (jangan marah ye Mat Anip...) berkata.."Seronok beratur? Seronok ke beratur?" Kahkahkaha... Aku pun mengiyakan jugak kata2 Mat Anip... " Ha'ah lah... Mana seronok beratur?" ...Hahahha...

Then, aku yang tidak kurang juga kebijaksanaan nye ini explain la apakah maksud di sebalik kata2 Fizah itu.... Dorang semua beratur panjang2 tu coz ingin merasai suasana nak dapatkan ice cream free... Dorang rasa teruja... Macam kalau ada jom heboh lah kan... Kita dah tahu orang ramai giler, tapi kita nak pergi jugak. But, sekali je lah pergi.... Bila dah rasa suasana sebenar jom heboh tu, memang serik la kita nak pergi lagi....

Mat Anip ni, memang suka kenakan, gelakkan si Fizah tu... Gelak sakan dia bila Fizah kata orang seronok beratur... Tengoklah... Sampai bila2 dia akan kenakan si Fizah pasal kes seronok beratur ni... Aku pun tumpang gelak la kan... hiihihihihi....

"Mat Anip, nanti kau tanya kat budak2 masa perhimpunan. Sape yang rasa seronok beratur sila angkat tangan..." Kahkahakah... Never ending story la nanti si Fizah oii Si Anip tu kenakan kau...

Tapi.... Tak salah pun nak beratur panjang2 nak dapatkan ice cream free tu... Sangat la tak salah... Kalau salah, polis dah tangkap, masuk jail kan.... But, semestinya ramai yang akan mengutuk kesanggupan mereka yang beratur tu... Hello... Kepada mereka yang mengutuk tu... Suka hati doranglah nak beratur ke nak apa ker...Ada dorang pakai kaki korang ke nak beratur? Hahahah.... Terpulanglah pada individu tu sendiri apa yang dorang nak buat dengan hidup dia orang...

So, apakah moralnya disebalik cerita ku kali ini? U olls jawab le soalan yang di bawah ni...

1. Apakah perkara yang lebih berfaedah yang boleh kita lakukan daripada beratur panjang yang memakan masa yang lama, semata2 utk dapatkan ice cream free?

2. Adakah berbaloi untuk kita dapatkan ice cream percuma tu dengan masa yang diambil untuk beratur panjang?

3. Apakah perkara yang lebih bermanfaat yang boleh dilakukan oleh BR selain daripada memberikan ice cream percuma kepada orang ramai?

4. Adakah anda faham apakah maksud tersurat dan tersirat? (Soalan ni khas untuk Mat Anip...Kihkihkih)


P/S: Mat Anip adalah sahabatku yang pernah bertugas bersama semasa di SK Ampang Campuran. Begitu juga dengan Fizah dan Alisah... Mereka rapat dengan aku coz kita orang suka hang out bersama kalau ada kelapangan. Mat Anip, Fizah and Kak Alisah... Semoga persahabatan kita kekal selamanya dan diredhai Allah SWT....






2 ulasan:

  1. haha..sweet...masyaAllah..sudah berhantu johnny's...opps...baskin robbin...:P

    BalasPadam
  2. Hahahah..wanna p jom heboh x yah beratoq kalu kna beratoq kompom lg la 'ramai' n fizah will be one of them..heheh.. 1st time ever aku dengaq bratoq is enjoying.. bkn anoyying ka??? Apa2 pon thanx to u rafizah coz ceriakan hdup kitaorg.. hahahah

    BalasPadam

Memuliakan Ibu Bapa

Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...