Isnin, 3 September 2012

Penyakit Yang Paling Berbahaya

Assalamualaikum...

Marilah kita sama-sama bertakwa kehadrat Allah Subhanahu Wataala dengan mengerjakan segala apa jua suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.

Semoga U all sihat walafiat disamping melakukan rutin harian. Kalau tak sihat, macam mana nak kerja, nak makan pun takde selera... (Aishhh.. asyik ingat makan jer, mentang2 lah skrg ni musim open house...hikhik..). Sihat fizikal aje yg kita pentingkan... Sihat rohani? Hmmm... Apa kebende pulak tu? Kalau nak tau, kena banyak bacalah okay....

Pernah tak U all dengar hadis Nabi yang ni;



 “Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.  Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota.  Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.”  

Hmm.... U all faham tak hadis ni? Kalau faham, baguss... Kalau dah faham cubalah utk dalami betul2 maksud hadis ni...

Imam Al-Ghazali cakap, hati ni boleh diumpamakan macam raja dan anggota badan kita yg lain macam tenteranya lah. Tentera, mestilah patuh pada rajanya, kan? 

Okay, cth yg simple... Mulut yg mengumpat. Apakah yg trigger mulut kita  tu utk mengumpat. Sape yg suruh? Tentunya hati, si raja yg berkuasa... And memang susah nak didik hati yg satu ni dari menyuruh si mulut tu mengumpat kan? Including me lah... 

So, bagaimana kita nak buat supaya raja tu menjadi raja yg baik? Ye betul, semuanya datang dari Allah SWT. Tapi, kalau kita tak berusaha utk didik raja tu jadi baik, sampai bila2, raja tu takkan jadi baik, kan?

Apakah cth yg dikatakan penyakit hati? Mengumpat, liat nak solat, dan lain lain yg menjadi punca kita engkar dengan suruhan Allah SWT.

But, how kita nak rawat penyakit hati ni? Saya nak share ilmu yang saya dapat dgn U all semua agar ianya bermanfaat kpd kita semua, Insya Allah...


1. Tidak Banyak Bercakap
Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah perkara yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, suka bergosip dan lain-lain.
2. Jaga Emosi dan Nafsu
Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh  itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah dan sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat mahupun puasa Ramadhan.
3. Selalu Mengingati Allah SWT
Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan  membaca al-Qur’an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.
4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati
Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati,  kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit – penyakit  itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.
 Hatilah tempat ketundukan, kepatuhan dan ketaatan. Dan hatilah tempat taqwa bertapak dan bernaung. 
dari: http://akuislam.com/blog/mauidzah/merawat-penyakit-hati/#ixzz25ODH6zgb


Kenapa saya cakap, penyakit hati penyakit yang paling bahaya??... Sakit jantung, darah tinggi, kencing manis tak bahaya ke? Eh, bahaya la jugak, boleh bawak mati sume sakit2 tu....

Tapi, penyakit hati paaalingggg bahaya.... Sebab, penyakit hati la yang menentukan kita masuk syurga atau neraka. Hidup kat dunia sementara je kan... Akhirat, kekal abadi.. Semua orang taknak masuk neraka. Tapi, Masya Allah, style hidup memang sengaja nak tempah masuk neraka... Astaghfirullahalazim....  Kawan2 marilah sama sama kita doa, semua umat Islam diberikan taufik hidayah oleh Allah, so that, kita dapat masuk syurga....


Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan…

Tetapi bila ikan sudah mati……. 

Secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya… 

Begitulah juga HATI kita,HATI yang hidup, ianya sukar untuk dinodai….… 

Tetapi bila HATI sudah mati, ianya mudah dipengaruhi….!

Semoga ALLAH sentiasa memelihara HATI kita…..

HATI yang dipilih ALLAH untuk mendapat hidayah-NYA…

Sudah tentu HATI yang menyesali 
akan dosa-dosanya..

Yang pasti….. Bukan HATI yang mati……
Yang tahu ianya telah melakukan kesalahan,Tetapi sukar untuk meminta maaf & bertaubat kepada ALLAH….

Okaylah guys.... Mata dah ngantuk ni... Ujian btol tido waktu petang cam gini kan... Terima kasih coz sudi baca...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memuliakan Ibu Bapa

Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...