Happy birthday Tia..
Dah 8 tahun berlalu. Owh.. Tia dah besar. Sekolah dah darjah dua.
Tia...
Tia anak mummy yg mummy sayang sangat. Tia anak yang baik. Tia pandai. Tia suka baca buku. Sebab tu mummy suka belikan Tia buku untuk Tia baca. Jadi anak yang solehah ye sayang.
Tia...
Dalam hidup ni, banyak lagi cabaran yang akan Tia tempuhi. Tia baru 8 tahun. Tia takkan terfikir semua tu sehinggalah Tia melaluinya nanti.
Tia...
Walau apa shj dugaan yang akan Tia tempuhi nanti, ingat pesan mummy. Jangan sekali kali Tia lupakan Allah. Allah mesti No. 1 dari segala galanya.
Tia...
Tia akan jumpa banyak org dengan pelbagai ragam. Tia kena sabar sekiranya org tu menyakitkan hati Tia. Sebenarnya Allah nak uji Tia. Nak tgk sama ada Tia sabar atau tidak. Ingat Tia, jgn sekali kali Tia menyakitkan hati org lain. Jangan. Kalau org buat Tia pun, jangan dibalas. Ingat pesan mummy.
Tia...
Its okay kalau Tia x dpt No. 1 dalam kelas. Its okay kalau ada subjek Tia x dpt score A. Its okay sayang. Tapi, kalau Tia tinggal solat, its not okay. Solat tiang agama. Tia x dpt A Tia x dosa. Tapi, kalau Tia x solat, Tia akan dapat dosa.
Tia..
Bila Tia dah besar, mcm2 kesalahan yg akan Tia buat. Mummy akan marah. Daddy juga. Anggaplah itu teguran utk anak kesayangan kami, Tiarina Putri. Teguran utk jadikan Tia seorang manusia yg baik.
Tia...
Sayangi mummy and daddy Tia sementara mereka masih hidup. Hormatilah mereka. Mummy and daddy sayang Tia sampai bila2 dalam apa jua keadaan sekalipun.
Happy birthday anakku.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan