Ya Allah....
Kau ampunilah dosaku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.
Ya Allah.....
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arsy,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titianMu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di JannahMu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadduk akan segala perintahnya.
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di duniaMu,
Peliharalah tingkah lakuku serta kata kataku dari menyakitkan perasaannya.
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya.
Ya Allah.....
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai.
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu.
Sekiranya aku engkar dan derhaka,
Berilah aku petunjuk ke arah rahmatMu.
Ya Allah.... sesungguhnya...
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu
Ya Allah..
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan.
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan yang lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku....
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati..
Isteri yang dikasihi..
Isteri yang solehah...
Isteri yang sentiasa di hati.
Amin Ya Rabbi Alamin.
Suamiku Zulkifli Rajalie...
Selamat harijadi yang ke-36. Semoga dirimu sentiasa dirahmati Allah.
Walaupun dah 3 tahun kita tak dapat celebrate bersama on 13 May, but U always in my heart and I will always love you, no matter what....
Salam sayang,
Isterimu yang sentiasa menyayangimu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan