Assalamualaikum...
Semoga saudara saudari yg sudi membaca blogku ini sentiasa dirahmati Allah hendaknya. Buat sahabatku Yati Mezzoh, semoga dirimu sentiasa bahagia... Insya-Allah.
Orait... Entry kali ni, aku nak citer satu citer yang tidak kurang menariknya. Yatie cakap, aku ni pandai berciter cerita yg dongeng-dongeng, alkisah tu, alkisah ni. Well, maybe itu kelebihan aku yg tidaklah seberapa hebatnya. Coz, masa kecik, xdelah aku pernah masuk pertandingan bercerita macam Ustaz Don tu. Fuuhh.. Kalu aku masuk pertandingan bercerita, memang hebat dah aku sekrg kan.. kan... kan...
But, masa skolah dulu, aku slalu masuk pertandingan mendeklamasi sajak, pernahlah menang... Sampai skrg si suami asyik buat lawak kalu ingat moment tu... Dia buat gaya aku bersajak, "Bunga Popi". Hancusss betol... Hahaha... Tapi tu pun dah kira hebat jugaklah kan... Bukan semua orang berani buat show depan orang kan? Tapi U olls, I nak bagi tau, memang ada cita2 nak jadi macam Prof Muhaya tu, tapi tulah kan... Blom sampai lagi tahap tu.. Kena gali banyak lagi ilmu kalau nk jadi macam dia.... :)
Setiap orang tak boleh lari dari persepsi kepada orang lain tak kiralah, baik ke, buruk ke. Cthnya; Bila kita tengok orang tu macam sombong je kan... Pada hal kita tak kenal pun dia... (Aku la tu orang selalu cakap macam tu kat aku..!). But, bila kita dah kenal dia... Owh, dia ni kelakar rupanya, easy going, and etc.. (Aku jugak lah tu... Hehhehe.... Masuk bakul, angkat sendiri la..!)
Ada orang kaya, pandang orang miskin tu, sebelah mata je. Dia fikir, dia lagi bagus, lagi kaya dari orang tu. Pada hal, orang miskin tu, Masya Allah, bila mengaji, sangat merdu suaranya, semua orang terpukau. Semua orang ada kelebihan, keistimewaan yang Allah anugerahkan. Setiap orang mempunyai potensi diri yang terpendam yang perlu diterokai sekiranya ingin menjadi insan yang hebat...
Panjang bebenor mukaddimahnya yer...
Alkisahnya, ada la seorang profesor ni, ingin pergi ke sebuah pulau untuk membuat kajian di pulau tersebut. Bila sebut profesor, mesti lah dia seorang yg pandai kan..? Tapi, seorang profesor pun mesti ada kelemahannya yang kita tak tahu.
Untuk pergi ke pulau tersebut, profesor ni perlu menaiki sebuah sampan. Tidaklah diketahui, kenapa tiada bot di situ. Kalau ada bot, cepatlah sikit perjalanan ke pulau tersebut, fikir profesor itu. Tapi, bila difikirkan dia perlu membuat kajian yg penting di pulau tersebut, terpaksalah dia naik sampan utk pergi ke pulau tersebut.
Profesor tu pun naiklah sebuah sampan kecil yang dimiliki oleh seorang pemuda miskin yang mana kerjanya hanyalah mendayung sampan kerana itu sahajalah yang mampu dilakukannya. Oleh kerana mereka berdua sahaja dalam sampan tersebut, profesor tu pun bertanyalah kepada pendayung sampan tu.
"Kamu pandai menulis dan membaca?" Teruk betul profesor ni kan... Orang tanyalah nama ke, asal mana... Dah kawin ke belom. Ni terus tanya orang tu pandai abc ke tak. Gong sungguh profesor ni. (Gong tu loghat Terengganu maksudnya sombong).
"Er... Saya ni buta huruf, tak pernah ke sekolah". Jawab pendayung sampan tu.
"Owh.." Dengan pandangan sinis, profesor tu cakap, "Kamu dah hilang separuh dari kehidupan kamu. Orang yg buta huruf, takkan berjaya".
Pendayung sampan tu diam sahaja. Kesian dia. Kalau ikutkan bisikan syaitan, nak je dia hampuk pendayung tu ke kepala profesor tu. Tapi, dia bukan orang macam tu. Walaupun dia bodoh, tak tahu baca, dia seorang yg baik hati, seorang yg sabar. Memang betul apa yang dikata oleh profesor tu. Tapi, apakan daya, keluarganya sangat miskin, tak mampu utk hantar dia bersekolah satu ketika dahulu. Diterimanya takdir itu dengan redha.
Profesor itu bertanya lagi. "Kamu ada simpan duit dalam bank?"
"Er... Takde. Pendapatan saya cukup cukup makan je". Jawab pendayung sampan.
"Huh... Kamu hilang separuh lagi dari kehidupan kamu. Orang tak simpan wang, tak boleh hidup selesa bila dia tua nanti."
Pendayung sampan itu diam sahaja. Bersabar dengan kata-kata profesor itu. Baginya, apa yang penting, dia perlu mendayung sampan hingga ke pulau tersebut. Apa yang dikatakan oleh profesor tu dia tak peduli.
Separuh perjalanan, nak dijadikan cerita, tiba-tiba sampan tu bocor. Air pun masuk ke dalam sampan tu dengan banyaknya dan menunggu masa untuk tenggelam. Profesor tu jadi sangat panik.
Pendayung sampan segera tanya profesor tu: "Tuan tahu berenang?"
"Tak... Saya tak tahu berenang."
"Owh... Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"
Moral of the story:
Jangan pandang rendah kepada orang lain. Mungkin dia memiliki keistimewaan dan potensi diri anugerah Allah s.w.t. yang tidak kita miliki.. Wallahualam...
Source: Solusi Isu No. 46