Semoga sahabatku Yatie akan lebih bersemangat menjalankan tugas harian setelah pulang bercuti dengan keluarga... Wanna doakan Yatie sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.
Tidak semua orang ada pengalaman bersama selebriti kan... Kebanyakan selebriti/ artis stay in KL, so sape yg dok KL akan selalu jumpa artis. Sape yg tak dok KL, kalau nasib baik, ada artis yg turun selain KL, buat promosi album ke filem ke... Ceh! Macam I pernah kerja jadi PA artis lak.. Kihkihkih...
Saya ada pengalaman secara langsung & tidak langsung dgn selebriti. Selebriti ialah orang yg masyhur/ terkenal. Tak kira la artis, pemain sukan, menteri....
Yang paling saya takkan lupa ialah pengalaman bersama Tun Mahathir... Kisahnya begini... Masa saya form 3, saya terlibat dgn sukan perahu layar wakil negeri Terengganu. Hmm... dengar macam hebat je kan? Pada hal, tak terror mana pun. Wakil Terengganu sebab sekolah lain takde sukan tu. Tapi, saya pandai lah bawak perahu layar tu. Bawak tengah laut sorang2... Korang pandai bawak? Berani? Haa... Kira hebat la tu kan... (Opps, terlebih riak pulak..)
Pertandingan perahu layar tu diadakan di Jeti Kuah, Langkawi. Pergilah saya bersama dgn peserta2 lain ke Langkawi. Peserta perempuan yg join perahu layar ni tak ramai. Ada la dalam 20 orang. Kebetulan masa dok sibuk2 kat Jeti Kuah lepas abis tournament, ada perasmian Feri Lada. Perasminya, Dr. Mahathir. Kita org apa lagi, berkerumun kat jeti tu, nak tgk Dr. M. Dr. M n wife, turun dari feri menuju ke jeti.
Kami, ramai2 menunggu ketibaan Dr. M ke jeti. Saya time tu, berdiri di laluan jeti dengan gaya tangan menongkat dagu dengan muka yg masam. Sebenarnya, saya pening kepala time tu, sebab tak tahan, Langkawi kan panass.. Semua orang excited nak tengok Dr. M.
Dia dan wife sampai le ke jeti, lalu depan kami yg berdiri di laluan jeti tu. Tiba2 dengan tak disangka2 bila lalu depan saya, Dr. M berhenti dan tanya saya soalan ni,
" Awat macam tu, masam je muka, tak sihat ke?" Ya Allah, dalam ramai2 tu, dia "tertarik" utk tegur saya. Wah... Rasa bangga sangat time tu, sebab Dr. M tegur saya.
Saya terus jatuhkan tangan saya, dan saya tersipu-sipu malu. Just cakap, "Err... Takde apa-apa" Terkedu sangat. Speechless... Semua orang waktu tu pun tengok kat saya n Dr. M yg dok tunggu respon dari saya. Uishh.. malu betol time tu.. Itulah pengalaman manis saya bersama Dr. M. Sayang, takde gambar saya bersama Dr. M.
Masa form 3 jugak, saya jatuh cinta dengan pelakon Eizlan Yusof. Time tu, citer dia tengah glamer yg dia main badminton tuh. Citer apa tak ingat. Masa tu tak matured lagi. Siap tulis surat lagi kat Eizlan Yusof. Bagi pulak sekeping gambar kita yg paling cun la kononnya. Eii, lawak betol la...Kahkahkah... Sampai sekarang, saya kena kutuk dengan husband pasal Eizlan Yusof tuh. Nampak je muka Eizlan kat TV, awal2 dia gelak. Hmm... Tak paham betol.
Dulu, saya pernah bekerja dgn salon mak mertua. Kami ada buat promosi jual barangan kecantikan di Ampang Point. Salah satunya, perfume brand Le' Reve. Wangi sangat perfume tu, tak tau wujud lagi tak brand tu. Tiba2 datang sorang pompuan lawa la dengan boyfriend dia. Owh... artis la. Diana Rafar and Zamarul Hisham. Time tu tak ingat nama dia sape but tau la yg dia tu artis. Dia bau perfume tu and dia cakap dia pernah pakai perfume brand tu. Hmm.. Ingat kan artis pakai perfume mahal2 tapi, tak jugak... Dia beli beberapa botol. Banyak duit dia ni. Si Zamarul Hisham tu saya tengok cam tersengih-sengih, macam perasan je orang tengok dia. Masa tu, dia baru lagi jadi artis kot. Sebab tu perasan semacam jer.... Hehehhe..
Kalau dok kat Ampang Point tu... Banyak artis yang kita boleh jumpa. Maybe sebab dorang banyak dok area Ampang kot. Kalu citer dgn kawan2 pasal artis, saya cakap la, pernah jumpa Nasha Aziz; sexy sangat, putih macam Cina. Susan Menon and husband. Nor Kumalasari pun kerap terserempak dengan dia. And ada lagi yang aku dah tak ingat....
Hubby pon ada kenangan jumpa artis kat Ampang Point. ERRA FAZIRA! Fuyoo... Dasat.. Kahkahkah.. Siap amik tandatangan lagi. Pastu tunjuk kat orang. Nak soh orang jeles la tu. Tanya dia, lawa tak Erra Fazira. Dia cakap, lawa... Hmm... Baru la orang jeles... :P
Masa jadi cikgu kat Taman Kosas, ada program Hari Raya anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Saya join skali. Bawak anak2 yatim. Ramai sangat artis kat sini. Staf KBS sibuk dok snap sana sini dengan artis 2 ni. Saya nak bergambar gak. Dapat la artis ni yang tak brape glamer sangat kot. Roslan Shah. Pelakon ke apa dia ni? Ntah lah. Sebenarnya nak bergambar dengan Dafi, tapi Dafi penuh kena kerumun. Roslan Shah pun okay. Dia peramah.... Yang paling ramai saya tengok orang bergambar dgn Khairy Jamaluddin. Weh... Hensem sangat dia kat luar. Tall, nampak charming sangat.
With Roslan Shah |
Baru2 ni pulak teman si Yatie pergi interview DJ di IKIM. fm. Otw dalam kereta, dengar Prof Muhaya tengah bagi talk dlm radio IKIM. Tak sangka, masa kita orang nak naik tangga ke ofis, jumpa Prof Muhaya, turun dari tangga. Si Yatie la, nak bergambar dengan Prof. Aku pun sebok jugak la kan.... Hehehe... Best, best... Yatie, kalu gi mana2 jumpa selebriti, mung tarik, aku tukang amik gambor deh... Pastu, amik gambor aku pulok... hehehe... Aku ni malu sikit nok mitok gambor dgn artis...
![]() |
Me and Yatie with Prof Muhaya |
And recently, me and Yatie went to Being Muslimah seminar. Best... Salah satu slot seminar; pertunjukan fesyen baju muslimah. Antara model tu, artis - Natasha Hudson, Yatt Hamzah, Sharifah Sofea and Shasha Saidin. Lawa la artis2 ni... Mcm mana nak lawa cam dorang ek Tie? Hehehhe...
After Asar, kita orang berlegar kat hall tu then nampak la si Sharifah Sofea. Si Yati terus tarik and bergambar dgn dia. Aku pun tumpang la sekaki.. heheheh..
![]() |
Cantik kan Sharifah Sofea... |
![]() |
Yatie and Sharifah Sofea |
Itu la antara kenangan saya bersama selebriti. Bukan niat nak menunjuk ke apa... Just utk catatan kenangan saya bila saya tua nanti. Ye la, bila tua maybe kenangan ni semua dah pudar, susah nak ingat. Bila buka blog, boleh la citer ke anak cucu...
P/S: Teringin nak bergambar dengan Ustaz Pahrol... Tapi tak boleh berdua je, nanti gossip plak... Hikhikhik..
haha lawak...sakit perut....u make my day...ho...mewek pa...boleh gambar ngn artis ....
BalasPadamKelako la mu ni wanna :) thanks for the cheerful piece of story:)
BalasPadamwanna, yang ko amik gamba aku x de pun dalam bersama selebriti ni, aku pun seleb jugokss. ahaks.
BalasPadamAnd one thing aku pun pernah naik kapal layar tu..tapi oleh kerana keturunan aku (abah aku) mabuk laut aku muntoh dalam kapal layar tu bersaam2 kak peanut.
jadi dok dpt la aku proceed with the kapal layar
Tq Sep n Yatie coz singgoh blog kite yang tak seberapa ni. Ingat kan tulis syok sendiri, rope2 nye, ada gok orang baca.. Bila U olls suka, saya pun rasa bahagia..
BalasPadamOpps.. Sorry la Nirwana Gojes, aku dok letok gambor mung. Memang aku dok akan lupe, peristiwa mung mutoh dlm kapal layor tuh. Hai lawok sungguh... Kalu mung join perahu layor, Dr. M dok tegur aku, mesti dia tegur mung sbb mung selebet riti. Ada hikmah bakpe mung dok join kapal layar tu.... Hehehhe