Sabda Rasulullah s.a.w.
“Bersahabatlah kamu
dengan orang yang keadaannya sentiasa membangkitkanmu dan kata-katanya
menyedarkanmu ke jalan Allah.”
Alkisahnya, tanggal 22
Mei 1979, lahirlah seorang budak perempuan; Norhayati binti Hamzah (Yatie)
namanya. Adapun Pak Hamzah dan isterinya amat menyayangi anak ini, kerana Yatie
anak bongsu. Mereka menjaga Yatie dgn penuh kasih sayang, bak menatang minyak
yang penuh.
Adapun tidaklah
diketahui lagi, bagaimanakah agaknya si Yatie ni bila besar nanti, apa
kerjanya, siapa kawannya, kerana semua itu telah dicaturkan oleh Allah s.w.t.
Walaupun Pak Hamzah dan isterinya tidaklah belajar setinggi mana, mereka
mendidik Yati seperti ibu bapa yang lain mendidik anak mereka. Tidaklah di ajar mencuri, tetapi
diajar mintalah kalau nak. Tidaklah diajar meninggi suara dgn org tua, tetapi
diajar utk menghormati orang yg lebih tua…
Lebih kurang sebulan
selepas kelahiran Yati, lahirlah pula seorang budak perempuan juga, tanggal 24
Jun 1979, diberi nama Wan Hazlina binti Wan Hitam (Wanna). Juga, tidaklah
diketahui lagi, bagaimana agaknya kehidupan Wanna apabila besar nanti. Siapa
suaminya, di mana dia tinggal, atau pun berapa anaknya kerana semua itu adalah
ketetapan Allah s.w.t.
Pak Hitam dan isterinya
juga menjaga si Wanna ini dgn penuh kasih sayang. Maklum ler, si Wanna ni jugak
anak bongsu, bongsu perempuan. Jadi, dimanjakanlah si Wanna ni seadanya.
Samalah juga dgn mak ayah si Yati, Pak Hitam dan isterinya tidak belajar
tinggi. Tapi, mereka dapat mendidik anak mereka dgn kemampuan mereka seadanya.
Maka, membesarlah si
Yati ni dengan si Wanna seperti kanak-kanak lain. Keluarga mereka tidaklah
kaya, tidaklah miskin. Apa yg mereka nak, ada yang dapat, ada yang tak dapat.
Kalau dapat, gembiralah mereka, tetapi kalau tak dapat, menangislah mereka.
7 tahun akhirnya
berlalu, tahun 1986. Pada umur ini, mereka akan mula bersekolah. Maka hendak
dijadikan cerita, mendaftarlah mereka di sekolah yang sama. Adapun sekolah itu
diberi nama SK Mengabang Telipot. Sungguh unik nama sekolahnya. Walaupun
sekolah ni merupakan sekolah kampong, tapi bnyk bijak pandai yang lahir drpd
sekolah ini termasuklah Yatie dan Wanna ni. Nak dijadikan cerita lagi, mereka selalu
ditempatkan di kelas yang sama. Maka bermulalah di situ persahabatan antara Yati dan Wanna. Mereka sekelas dari
darjah 1 hingga 5. Kelas Merah nama diberi.
Apalah sangat
persahabatan bagi kanak2 berumur 7 tahun. Kanak2, apa yg mereka tahu. Yer, Si
Yatie dan Wanna ni pun belum tahu lagi erti persahabatan. Sememangnya, mereka
tidak tahu apa yang ditetapkan oleh Allah utk mereka. Apa yang mereka tahu
hanyalah makan bersama, main bersama, belajar bersama semasa di sekolah,
sentiasa gembira. Kanak2 hatinya suci bersih, begitu juga dgn persahabatan
antara Yatie dan Wanna.
Mereka sangat rapat. Di
sekolah, di mana ada Yatie, di situ ada Wanna. Di mana ada Wanna, di situ ada
Yatie kecuali di tandas mereka tidaklah bersama. Si Yatie dan Wanna; kedua2nya
sangatlah comel. Yatie berambut kerinting, berlesung pipit dan Si Wanna pula
berambut panjang diikat tocang seperti ekor kuda.
Kemudian, ketika mereka
darjah 5, tahun 1990, Wanna akhirnya bertukar ke sekolah lain. Alangkah
sedihnya Si Yatie kerana sahabat baiknya itu bertukar sekolah. Tidaklah Yatie
tahu apatah lagi terfikir pada ketika itu, yang perpisahan itu mungkin akan memberi
hikmah padanya. Apa yang dia tahu, hanyalah berduka lara atas pemergian Wanna.
Maka berpisahlah dua orang sahabat itu….
Maka, membesarlah Wanna
dan Si Yatie ini seperti orang lain. Sehinggalah masing2 akhirnya telah pun
berkahwin dan juga masing2 mempunyai 3 orang anak. Akhirnya, dengan ketetapan
dari Allah s.w.t, selepas 21 tahun mereka berpisah, mereka bertemu kembali.
Bukannya bertemu dari mata ke mata tetapi facebook jualah tempat pertemuan
mereka kali pertama setelah lebih 20 tahun mereka tidak ketemu.
Adapun Si Yatie ini
amatlah menyayangi sahabat baiknya ini. Dihubunginya Si Wanna ini melalui
telefon dan berboraklah mereka beberapa ketika. Setelah beberapa kali
berchatting, bermessage, pada suatu hari, Si Wanna menjemput Yatie ke jamuan
rumah terbuka Wanna. Subhanallah… Akhirnya mereka bertemu jua setelah lebih 20
tahun tidak berjumpa. Persahabatan antara mereka bertaut kembali. Tidaklah dapat
dibayangkan kegembiraan mereka pada ketika itu. Berboraklah mereka sepuas-puasnya
mengingat kembali kenangan mereka semasa di sekolah rendah dahulu.
Hubungan mereka umpama
adik-beradik seperti “Air dicincang tidak akan putus”. Kini, mereka bahagia
setelah bertemu kembali. Semoga Allah memberi keredhaan atas persahabatan yang
terjalin antara mereka…
Untuk sahabatku Yatie…
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. [Ye.. aku banyak lupa kenangan kita dulu2]

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. [Tak pernah rasanya dikhianati oleh Yatie] Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. [Bagi sangat] Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. [Non sense... kahkahkah]

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana
kita juga ada janji yg tidak ditepati. [Mesti mung tunggu citer blog aku, hehehe]
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa. [Ko pernah kecewa dgn aku Tie?]
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa. [Ko pernah kecewa dgn aku Tie?]
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa
memahami [Sangat untung!]
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. [Tq coz pernah dgr citer aku]
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. [Bagi banyak idea...]
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga [Yati yg byk citer dari aku..hihihi]
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita. [Aku suka dgr citer mung Tie, no worries!]
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. [Tq coz bnyk sabarkan aku]

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya? [Ikhlas dari hati aku Tie]
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….? [Aku percaya kat mung Tie, Insya Allah]

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? [Yakin Boleh!..]
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..

RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA
TERSIMPUL SEGALA-GALANYA
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang,
ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang
kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah
sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat
yang paling baik. (Hukamak)
P/S: Sejujurnya Tie, aku tidaklah banyak mendoakan kawan2 aku sepertimana aku mendoakan kebahagiaan untuk kau,Tie. Sejujurnya, aku tidak mempunyai seorang sahabat baik spt kau, Tie. Setiap kali berkawan, aku pastikan yang aku tidak terlalu rapat dengannya kerana susah utk aku percayakan orang spt mana aku percayakan kau, Tie. Sekiranya, kita tidak berpisah dulu, tentu tak banyak cerita yang kita akan kongsi dan tentunya kita akan cepat bosan coz semua cerita sudah tercerita.. Hahaha... Only God Know Why...
MasyaAllah wanna..best yang part atas tu...nak telan-telan untuk makan..eke2...best...pasti ada didikan...InsyaAllah
BalasPadam