Selasa, 24 Julai 2012

Sahur oh sahur

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini dah masuk hari kelima puasa. Semalam tazkirah Ramadhan di masjid Lembah Jaya cakap, bulan Ramadhan ialah bulan kemenangan umat Islam. Time Rasulullah dulu, dorang lagi hebat, masa bulan puasa berperang. Bayangkan, bulan posa, lapar dahaga, dorang berperang. Kita kalau kena berperang bulan posa, rasanya bukak posa lah...

Dah hari kelima puasa ni, sindrom malas sahur mula menular dalam diri aku ni. Takde selera nak makan. Tapi kerana inginkan pahala, keberkatan sahur tu, ku gagahkan jua untuk bangun sahur. W/pun menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w. hukum sahur adalah sunat, but jangan tinggalkan sahur.

Daripada Anas r.a, Baginda saw bersabda: "Bersahurlah kamu. Sesungguhnya dalam sahur itu ada berkat".
( H.R Bukhari dan Muslim ).

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda: " Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah swt berselawat ke atas orang-orang yang bersahur." ( H.R. Imam Ahmad )

Sebenarnya, time sahur, aku just minum kopi and makan kurma jer. But, kalu nampak lauk kat meja tu cam menyelerakan, makan gak nasi. Dok fikir ruginya kalu dok makan, takut lapar. But, kalau just makan kurma je pun, takde la lapar pun. Tahun ni, aku berazam untuk kurangkan makan nasi. Target nak turunkan berat badan 10 kg. Huh, target bukan main tinggi lagi. Heheheh... Seriously, I have to do something with my weight.


Sekiranya terdapat buah kurma, ia adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman sebagaimana riwayat daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
" Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman ialah buah tamar." ( H.R. Abu Daud ).

Dalam riwayat yang lain pula, daripada As-Saib bin Yazid, sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sebaik-baik makanan sahur ialah buah tamar. Allah merahmati orang-orang yang bersahur."

Biasanya, lepas sahur, U all buat apa? Tidur balik? Aku ni kuat tidur. So, dulu2 biasanya lepas sahur, confirm aku tidur balik. Bangun balik utk solat Subuh. But, now Alhamdulillah, sekarang aku dah ubah. Lepas sahur, tak tidur. Tunggu solat Subuh. Sebelum tu, buat la apa2 yang membawa faedah. Spt, tengok TV Al-Hijrah. Kol 5.30 ada Ihya' Ramadhan bersama Syeikh Nuruddin. Best jugak. Atau pun, bacalah buku.

But, nak tau tak apa yang bagus sekali buat - melakukan amal ibadat spt berwuduk, berzikir, membaca al-Quran dan menunaikan sunat Tahajjud dan sunat witir bagi yg belum melakukannya. 

Ya Allah, Ya Rabbi...

Berikanlah kekuatan padaku untuk melakukan ibadah semata-mata keranaMu Ya Allah pada bulan Ramadhan ini. Peliharakanlah diriku, lindungilah daku Ya Allah dari melakukan maksiat. 


Isnin, 23 Julai 2012

Solusi is the best magazine.....

Assalamualaikum w.b.t...

Hai, entry kali ni, i nak promote U olls satu majalah yang tak pernah aku miss beli setiap bulan...

Dulu-dulu, majalah favourite aku; Pa&Ma, Keluarga, Wanita dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Sekarang, semua tu dah tak main dah... Tak kelass....

Majalah solusi ni, diperkenalkan oleh kawanku Ku Normilawati from SK Taman Tasik. Rupanya, majalah ni dah lama keluar, aku je yg ketinggalan... Dah isu nombor berapa dah, baru nak start beli. Nasib baik ada pesta buku, dapat la beli isu yang lepas-lepas...

Tau tak nape suka sangat dengan solusi ni? Salah satu sebabnya, salah seorg penulis dia; PAHROL MOHAMAD JUOI. Sape yg belom pernah dengar nama penulis ni, U oll cari la buku yg ditulis beliau. Dimana dia di hatiku, satu rasa dua hati dan banyak lagi laa... Yang terbaru, Cinta Kerana Allah...

Kalu nak tau, best ke tak tulisan dia ni, beli majalah solusi. Dia ketua pengarang majalah tu. Isu bagi setiap bulan, dia yg tulis. Memang melekat di hati penulisan dia tuh... Itu bagi aku lah, orang lain kita tak tau...

Kenapa perlu baca solusi? Well, aku bukan selalu ikut kuliah subuh or dengar ceramah kat mana2. Kalau dengar pun, Tanyalah Ustaz setiap pagi kol 7. Itu pun kalau aku tengok, tengok lah... That is why, perlu baca solusi ni... Untuk mengisi jiwa dengan ilmu yang bermanfaat...



Isu Solusi bulan ni, taubat sebelum terlambat.... Best isu kali ni..

Kenapa perlu bertaubat sekarang? Kenapa beri alasan untuk bertaubat? Cara-cara nak bertaubat. Berita baik untuk orang yang bertaubat. Rahsia nak jauhkan diri daripada dosa... And banyak lagilah... Kalau U olls baca, confirm menusuk kalbu...

 Apa lagi U olls, beli la sebelum terlambat....

P/S: Terima kasih kpd Ustaz Pahrol Mohamad Juoi atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat.
Owh yer... boleh visit website dia... Genta-rasa.com

Jumaat, 20 Julai 2012

Bella's Crispy Popia


Assalamualaikum.... Buat sahabat2 ku di luar sana... Semoga hidup kita semua diberkati Allah hendaknya... Esok dah nak puasa... Saya ucapkan Selamat Berpuasa, semoga bulan Ramadhan ini, kita akan lebih banyak beramal ibadat dan sentiasa ingat akan pencipta kita, Allah S.W.T

Biasa kalau bulan puasa, masa nilah nak tunjuk bakat. Sape terror buat cookies, buat kek... Then jual... Satu lagi, biasa raya, budget lebih sikit. Ye la, nak beli baju raya kan. Kalau untuk kita sorang lepas ler... Tapi, baju raya anak2, kasut lagi... hehehhe...

Aku xde la nak tunjuk bakat, sebab kenyataannya, memang tak berapa reti sangat buat kuih ni.  But, aku suka makan satu kuih ni, yang mana, tiap kali raya, mesti beli. Popia simpul/ popia riben. So, tahun ni, dapat idea, why not buat sendiri...

Tak sangka, simple aje buat popia nih. Yang lecehnya, nak gentel lah. Letak sambal, then goreng. Sambalnya pulak, kena cari yang sedap. Aku suka sambal ikan. Aku cari sambal ikan hok paling sedap la kiranya kat Trg tuh... Harga, huh.. boleh la tahan...

Bila dah buat tu, terfikir la... Why not jual? Kebetulan, ada anak2 buah kat rumah 2 org tambah bibik sorang, dah 3 orang pekerja... hikhikiik... So, bermulalah acara menggetel popia setiap hari.

Then, design packaging dia dengan bantuan seorang teman yang expert bab2 ni.. Nirwana Tuan Sariff and tima kacih jugak kat Norhayati Hamzah coz bagi idea brand popiaku itu... Bella sempena nama anak aku yg bongsu... Nama dia macam ada commercial value skit kan.. Kira boleh lah...

Dan... Inilah hasilnya... Tadaa...



Sebelum ni, aku just letak jer kat kantin sekolah mak aku... So far, memang good respon la daripada dorang. Cakap sedap popia tuh. Rangup. Dah makan, tak boleh berenti. Once U eat, U cannot stop... Hahaha...

Satu lagi, packaging dia siap ada riben lagi sebab kalau nak bagi hadiah kat boss ke, kawan2 ker.. kan menarik tuh....

Okay... Begitulah alkisahnya diriku dan Bella's Crispy Popia... Kepada teman2 yang berminat untuk mendapatkan popia ni, boleh lah call or sms; 012-342 5656... Tq...


Rabu, 18 Julai 2012

Kisah 3 Soalan

Alkisahnya, ada seorang lelaki namanya Jamie. Adapun nama sebenarnya ialah Jamaluddin. Tetapi, 4 tahun dia berkelana di negara orang, dia lebih senang memperkenalkan dirinya as Jamie. Al maklumlah nama tu ada unsur2 omputih sikitlah katakan....

Si Jamie berada di US selama 4 tahun kerana melanjutkan pelajarannya di sana dalam jurusan engineer. Setelah tamat pengajian, dia kembali ke Malaysia atas desakan ibu bapa Jamie. Adapun kiranya, si Jamie tidak mahu pulang ke Malaysia, ingin bekerja di US, tetapi atas doa ibu bapanya saban malam mengharapkan kepulangan anaknya, akhirnya si Jamie ni pun pulanglah.

Ibu bapa Jamie amat risaukan anaknya yang telah jauh dari agama semenjak tinggal di US. Mungkin, pergaulan dengan rakan2 yang bukan seagama dengannya, menjadikan si Jamie makin lama makin jauh dengan agama Islam.  Sebab itulah ibu bapa Jamie mendesak Jamie supaya pulang ke tanah air.

Maka, si Jamie pun pulanglah ke Malaysia. Benarlah, si Jamie seakan-akan sudah lupa akan agama asalnya. Tidak tahu mengucap, tidak tahu solat. Astaghfirullah..... Ibu bapa Jamie mengambil keputusan untuk memanggil seorang ustaz mengajar anaknya tentang rukan Islam yang perlu Jamie ketahui.

Si Jamie memberi syarat kepada ibu bapanya. Sekiranya ustaz tersebut berjaya menjawab 3 soalan yang akan dikemukannya dan jawapan yang diberikan memuaskan hatinya, maka dia bersetuju untuk belajar dengan ustaz tersebut. Ibu bapanya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan bersetuju dengan syarat anaknya.

Seorang demi seorang ustaz yang datang ke rumah mereka tidak berjaya menjawab soalan yang ditanya oleh Jamie. Ibu bapa berasa kecewa dengan sikap Jamie yang degil itu. Mereka berharap doa mereka akan makbul supaya anaknya kembali ke pangkal jalan. 

Sehingga akhirnya, ibu bapa Jamie bertemu dengan seorang ustaz yang baru sahaja balik dari melanjutkan pelajaran dari Universiti Al-Azhar. Kebetulan ustaz tersebut, Zulkifli namanya adalah anak kepada kawannya. Maka diceritakanlah masalah yang dihadapi oleh mereka. Ustaz Zulkifli menyatakan yang dia akan cuba sedaya upaya untuk membantu.

Jadi, pada suatu hari, Ustaz Zulkifli pun datanglah ke rumah Jamie. Seperti biasa, Jamie bertanyakan 3 soalan yang menjadi syarat untuk dia belajar agama dengan ustaz tersebut.

"Ustaz, sebelum saya belajar dengan ustaz, saya ada 3 soalan. Sekiranya jawapan ustaz dapat memuaskan hati saya, saya berjanji, saya akan belajar dengan ustaz bersungguh-sungguh.."

"Baiklah, Insya Allah, saya akan cuba menjawab soalan tersebut sebaik mungkin. Apakah soalannya?"

Si Jamie pun mengemukakan 3 soalan yang menjadi tanda tanya selama ini.

Soalan pertama: "Kita yakin Allah itu ada. Tetapi, kenapa kita tidak dapat melihatNya? Sekiranya kita tidak dapat melihatNya, bagaimana kita boleh yakin yang Allah itu ada?"

Soalan kedua: "Apakah yang dimaksudkan takdir?"

Soalan ketiga: "Pada hari akhirat nanti, semua syaitan akan dimasukkan ke dalam neraka. Bagaimana syaitan dapat merasai kesakitan panas api neraka sedangkan mereka sendiri di buat daripada api?"

Selesai sahaja Jamie bertanya soalan itu kepada Ustaz Zulkifli, dengan tidak semena-mena ustaz menampar pipi Jamie. Jamie terkedu sambil memegang pipinya yang sakit ditampar ustaz.

"Tamparan saya tadi menjawab ketiga-tiga soalan kamu tadi..."

Jawapan pertama: "Adakah anda merasa sakit apabila saya menampar pipi kamu tadi?" Jamie mengangguk. "Bolehkah kamu menunjukkan rasa sakit itu kepada saya?" Jamie menggeleng. "Kamu budak pandai, kamu tafsir sendiri dan kaitkan dengan soalan kamu tadi..."

Jawapan kedua: "Adakah kamu akan tahu yang saya akan menampar kamu sebentar tadi?" Jamie menggeleng. "Itulah yang dinamakan takdir".

Jawapan ketiga: "Kulit tapak tangan saya dibuat daripada apa?" Tanah, jawab Jamie. "Kulit pipi kamu dibuat daripada apa?" Tanah juga, jawab Jamie. Tangan saya dan pipi kamu diperbuat daripada tanah, tetapi kamu tetap berasa sakit apabila saya menampar kamu. Begitu juga dengan syaitan yang dibuat daripada api akan merasai kesakitan apabila dimasukkan ke api neraka. Semua itu dari kuasa Allah swt."

Jamie amat berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Ustaz Zulkifli. Dia meminta maaf dengan kedua ibu bapanya. Akhirnya, Jamie belajar kembali ilmu agama Islam yang ditinggalkan dahulu. Dia akhirnya menjadi seorang anak yang soleh.

Moral: Doa ibu bapa untuk anak2nya akan dimakbulkan Allah. Berdoalah supaya anak-anak kita akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.


P/S: Cerita ini diolah semula oleh penulis supaya lebih menarik. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri... Wallahualam.




Rabu, 11 Julai 2012

Kenapa Doa Saya Tidak Makbul?

Assalamualaikum w.b.t..

Ya Allah Ya Tuhanku... Semoga ilmu yang aku share di sini akan menjadi ilmu yang bermanfaat kepada mereka yang membacanya. Kau berkatilah ilmu yang aku perolehi ini. Kau bukakanlah pintu hati sahabat2 ku supaya mereka sentiasa bersabar dan tidak putus asa dalam berdoa...

Mesti U olls semua pernah terdetik dalam hati kan... "Kenapa doa saya tidak makbul?". Pastu, jadi bosan, malas nak berdoa. Berdoa pun dok guna, bukan Tuhan nak bagi pun! Istigfar banyak2 bila kita terfikir macam tu. Orang yg cakap macam tu, orang yang takde ilmu. That's why kita nak share kat sini pasal doa nih... Baca sampai abis tau... [Ingat sokmo lawok Yatie, "Doa mung dok makbul!" Kahkahaka...]

Iblis mintak dengan Allah panjang umur sampai kiamat, Allah bagi. Pada hal, derhaka sungguh iblis tu dengan Allah. Kita yang solat ni, bila berdoa mintak dengan Allah, takkan doa kita dia tak terima. Mesti Dia bagi. Saya tegaskan di sini yer... Mereka yg SOLAT... Sape yg tak solat tu mitok maaflah yer.... Confirm tak makbul doa U all...

Abis tu, macam mana dengan orang kafir/ fasiq yang hidup senang lenang, kaya raya, hidup dalam limpahan nikmat. Tak pernah doa pun, apatah lagi solat, tapi dapat je kesenangan yang semua orang idam2 kan.. Ha.. kalau sahabat2 semua nak tau, Itulah yg dinamakan fenomena ISTIDRAJ. Pemberian ini bukan kemuliaan drpd Allah ttp sbh perangkap dan kehinaan baginya. Hamba yg diperlakukan dgn istidraj ni ialah orang yg sgt dibenci oleh Allah. Dia dibiarkan "terlena" dgn pelbagai kenikmatan dan tidak disedarkan utk bertaubat sehingga saat kematian.

"Jika engkau melihat Allah selalu memberimu nikmat dan pada masa yg sama engkau terus membuat maksiat kepada-Nya, maka berhati-hatilah."

So, ada beberapa sebab why doa kita tak makbul. U all baca and reflect balik, pernah tak buat perkara2 yang buat doa kita tak makbul.

Checklist;

Kenapa doa saya tidak makbul?

1. Lalai ketika berdoa
Kena la concentrate masa berdoa tu. Ni, masa doa tu jugok la dok mikir nok beli mende nok gi jalan TAR esok...? Aduss...

2. Tidak bersungguh-sungguh berdoa
"Berdoalah kpd Allah dlm keadaan kamu yakin pasti diperkenankan. Ketahuilah Allah tidak akan memakbulkan doa dari hati yang lalai serta tidak bersungguh2." (Riwayat al-Tirmizi)

3. Kurang yakin doa akan dimakbulkan-Nya
Orang suruh doa, doa lah. Kena confident yg apa yang kita doa, kita akan dapat, Insya Allah. Minta apa sahaja dengan Allah tapi biar la logik awok weh... Ni doa nok mitok jadi lawo, macam Neelofa tapi muka macam Wan Maimunah... Wan Maimunah lawo gok tapi kulit gelap...Kan jauh beza dgn Neelofa tu.... :P

4. Tidak berselawat
"Setiap doa itu terhalang sehinggalah diucapkan selawat ke atas Nabi s.a.w" (Riwayat al-Dailami)

5. Perbelanjaan hidup drpd sumber yang haram
Contohnya, seorang pelacur atau kaki judi berdoa. Kawan2 saya, tak de la sampai teruk macam tu kan.. Ya Allah, jauhkanlah sahabat2ku dari segala perbuatan maksiat... Amiinn...

6. Cepat berputus asa
Hari ni berdoa nok jadi kaya2. Sampai setahun berdoa, dok kaya2 lagi. Ahh... malas la aku nok berdoa. Buang karen jer... Jangan... Jangan putus asa. Orang yang berputus asa, tidak akan ke mana, dan hidupnya akan merana... Ingat tu...

7. Melakukan syirik
Ada orang tu, memang bersungguh dia berdoa. Tapi, dalam masa yg sama, gi jumpe bomoh pulok. Bomoh wi tangkal soh pakai. Adoi la... Siapa yg percaya pada bomoh, mereka seorang yg tidak berilmu. Dalam erti kata lain, bodoh la yer... 
"Sesiapa yg mendatangi bomoh, kemudian dia membenarkan apa yg bomoh itu katakan, maka solatnya tidak diterima 40 hari." (Riwayat Muslim)

8. Tidak merendah diri ketika berdoa
Cthnya, berdoa dgn suara yg nyaring dan lantang. 
"Berdoalah kpd Tuhanmu dgn merendah diri berserta suara yg rendah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yg melampau." (Surah al-A'raf 7:56)

9. Kurang beradab ketika berdoa
Rasulullah pernah menegur seorang sahabat yg berdoa dgn suara yg lantang: " Wahai manusia, tenangkan diri. Sesungguhnya kamu bukannya berdoa kpd (Tuhan) yg pekak lagi tidak ada. Sesungguhnya kamu berdoa kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat." (Riwayat al-Bukhari)

10. Memutuskan silaturahim
Ada ramai dalam kalangan kita memutuskan silaturahim, cthnya, bergaduh adik beradik pasal dengki sesama sendiri. Tak bertegur sape. Parah betol macam ni kan. So, jgn bergaduh, jgn cari pasal la. Ingat, kalau kita memutuskan silaturahim, doa kita tak makbul...

Okay.. Now, kita dah check list apa yg tersebut di atas, and kita yakin, kita takde pun dalam senarai tu. But, still doa saya masih tidak makbul? Kenapa ek? Haa.... Sebabnya...

Mungkin Allah ada rencana yang lebih baik untuk kita

Sebenarnya doa kita itu sudah diterima Allah. bahkan Allah sudah membalasnya. Cuma balasannya mungkin tidak sepertimana yg kita kehendaki. Namun Allah Maha Bijaksana. Dia lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita.

Rasulullah s.a.w. sudah menjelaskan hakikat ini, maksudnya:

Tiada seorang Muslim pun yg berdoa, asalkan bukan doa berkaitan dosa dan memutuskan silaturahim, melainkan Allah pasti membalas doanya itu dgn salah satu drpd 3 perkara sama ada:

1. Dipercepatkan baginya apa yg didoakannya itu (doanya diperkenankan di dunia).

2. Disimpan baginya pahala doanya itu di akhirat (doanya tidak diperkenankan di dunia ttp, ditukarkan kpd bentuk pahala di akhirat)

3. Dihindarkan drpd menimpanya satu keburukan yg setara (doanya tidak diperkenankan di dunia ttp digantikan dalam bentuk keselamatan)

Jadi, kawan2 sentiasa lah bersangka baik dengan Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yg kita tidak ketahui. 

Wallahualam. Segala yg baik adalah dari Allah SWT dan segala kelemahan itu datang dari saya sendiri. Semoga kawan2 semua mendapat manfaat yg berguna dari ilmu ini....













Kenangan Bersama Selebriti

Assalamualaikum...

Semoga sahabatku Yatie akan lebih bersemangat menjalankan tugas harian setelah pulang bercuti dengan keluarga... Wanna doakan Yatie sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Tidak semua orang ada pengalaman bersama selebriti kan... Kebanyakan selebriti/ artis stay in KL, so sape yg dok KL akan selalu jumpa artis. Sape yg tak dok KL, kalau nasib baik, ada artis yg turun selain KL, buat promosi album ke filem ke... Ceh! Macam I pernah kerja jadi PA artis lak.. Kihkihkih...

Saya ada pengalaman secara langsung & tidak langsung dgn selebriti. Selebriti ialah orang yg masyhur/ terkenal. Tak kira la artis, pemain sukan, menteri....


Yang paling saya takkan lupa ialah pengalaman bersama Tun Mahathir... Kisahnya begini... Masa saya form 3, saya terlibat dgn sukan perahu layar wakil negeri Terengganu. Hmm... dengar macam hebat je kan? Pada hal, tak terror mana pun. Wakil Terengganu sebab sekolah lain takde sukan tu. Tapi, saya pandai lah bawak perahu layar tu. Bawak tengah laut sorang2... Korang pandai bawak? Berani? Haa... Kira hebat la tu kan... (Opps, terlebih riak pulak..)


Pertandingan perahu layar tu diadakan di Jeti Kuah, Langkawi. Pergilah saya bersama dgn peserta2 lain ke Langkawi. Peserta perempuan yg join perahu layar ni tak ramai. Ada la dalam 20 orang. Kebetulan masa dok sibuk2 kat Jeti Kuah lepas abis tournament, ada perasmian Feri Lada. Perasminya, Dr. Mahathir. Kita org apa lagi, berkerumun kat jeti tu, nak tgk Dr. M. Dr. M n wife, turun dari feri menuju ke jeti.


Kami, ramai2 menunggu ketibaan Dr. M ke jeti. Saya time tu, berdiri di laluan jeti dengan gaya tangan menongkat dagu dengan muka yg masam. Sebenarnya, saya pening kepala time tu, sebab tak tahan, Langkawi kan panass.. Semua orang excited nak tengok Dr. M.


Dia dan wife sampai le ke jeti, lalu depan kami yg berdiri di laluan jeti tu. Tiba2 dengan tak disangka2 bila lalu depan saya, Dr. M berhenti dan tanya saya soalan ni,


" Awat macam tu, masam je muka, tak sihat ke?" Ya Allah, dalam ramai2 tu, dia "tertarik" utk tegur saya. Wah... Rasa bangga sangat time tu, sebab Dr. M tegur saya.


Saya terus jatuhkan tangan saya, dan saya tersipu-sipu malu. Just cakap, "Err... Takde apa-apa" Terkedu sangat. Speechless... Semua orang waktu tu pun tengok kat saya n Dr. M yg dok tunggu respon dari saya. Uishh.. malu betol time tu.. Itulah pengalaman manis saya bersama Dr. M. Sayang, takde gambar saya bersama Dr. M.


Masa form 3 jugak, saya jatuh cinta dengan pelakon Eizlan Yusof. Time tu, citer dia tengah glamer yg dia main badminton tuh. Citer apa tak ingat. Masa tu tak matured lagi. Siap tulis surat lagi kat Eizlan Yusof. Bagi pulak sekeping gambar kita yg paling cun la kononnya. Eii, lawak betol la...Kahkahkah... Sampai sekarang, saya kena kutuk dengan husband pasal Eizlan Yusof tuh. Nampak je muka Eizlan kat TV, awal2 dia gelak. Hmm... Tak paham betol. 


Dulu, saya pernah bekerja dgn salon mak mertua. Kami ada buat promosi jual barangan kecantikan di Ampang Point. Salah satunya, perfume brand Le' Reve. Wangi sangat perfume tu, tak tau wujud lagi tak brand tu. Tiba2 datang sorang pompuan lawa la dengan boyfriend dia. Owh... artis la. Diana Rafar and Zamarul Hisham. Time tu tak ingat nama dia sape but tau la yg dia tu artis. Dia bau perfume tu and dia cakap dia pernah pakai perfume brand tu. Hmm.. Ingat kan artis pakai perfume mahal2 tapi, tak jugak... Dia beli beberapa botol. Banyak duit dia ni. Si Zamarul Hisham tu saya tengok cam tersengih-sengih, macam perasan je orang tengok dia. Masa tu, dia baru lagi jadi artis kot. Sebab tu perasan semacam jer.... Hehehhe..


Kalau dok kat Ampang Point tu... Banyak artis yang kita boleh jumpa. Maybe sebab dorang banyak dok area Ampang kot. Kalu citer dgn kawan2 pasal artis, saya cakap la, pernah jumpa Nasha Aziz; sexy sangat, putih macam Cina. Susan Menon and husband. Nor Kumalasari pun kerap terserempak dengan dia. And ada lagi yang aku dah tak ingat....

Hubby pon ada kenangan jumpa artis kat Ampang Point. ERRA FAZIRA! Fuyoo... Dasat.. Kahkahkah.. Siap amik tandatangan lagi. Pastu tunjuk kat orang. Nak soh orang jeles la tu. Tanya dia, lawa tak Erra Fazira. Dia cakap, lawa... Hmm... Baru la orang jeles... :P

Masa jadi cikgu kat Taman Kosas, ada program Hari Raya anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Saya join skali. Bawak anak2 yatim. Ramai sangat artis kat sini. Staf KBS sibuk dok snap sana sini dengan artis 2 ni. Saya nak bergambar gak. Dapat la artis ni yang tak brape glamer sangat kot. Roslan Shah. Pelakon ke apa dia ni? Ntah lah. Sebenarnya nak bergambar dengan Dafi, tapi Dafi penuh kena kerumun. Roslan Shah pun okay. Dia peramah.... Yang paling ramai saya tengok orang bergambar dgn Khairy Jamaluddin. Weh... Hensem sangat dia kat luar. Tall, nampak charming sangat.



With Roslan Shah


Baru2 ni pulak teman si Yatie pergi interview DJ di IKIM. fm. Otw dalam kereta, dengar Prof Muhaya tengah bagi talk dlm radio IKIM. Tak sangka, masa kita orang nak naik tangga ke ofis, jumpa Prof Muhaya, turun dari tangga. Si Yatie la, nak bergambar dengan Prof. Aku pun sebok jugak la kan.... Hehehe... Best, best... Yatie, kalu gi mana2 jumpa selebriti, mung tarik, aku tukang amik gambor deh... Pastu, amik gambor aku pulok... hehehe... Aku ni malu sikit nok mitok gambor dgn artis...


Me and Yatie with Prof Muhaya


And recently, me and Yatie went to Being Muslimah seminar. Best... Salah satu slot seminar; pertunjukan fesyen baju muslimah. Antara model tu, artis - Natasha Hudson, Yatt Hamzah, Sharifah Sofea and Shasha Saidin. Lawa la artis2 ni... Mcm mana nak lawa cam dorang ek Tie? Hehehhe...


After Asar, kita orang berlegar kat hall tu then nampak la si Sharifah Sofea. Si Yati terus tarik and bergambar dgn dia. Aku pun tumpang la sekaki.. heheheh..


Cantik kan Sharifah Sofea...

Yatie and Sharifah Sofea




Itu la antara kenangan saya bersama selebriti. Bukan niat nak menunjuk ke apa... Just utk catatan kenangan saya bila saya tua nanti. Ye la, bila tua maybe kenangan ni semua dah pudar, susah nak ingat. Bila buka blog,   boleh la citer ke anak cucu...


P/S: Teringin nak bergambar dengan Ustaz Pahrol... Tapi tak boleh berdua je, nanti gossip plak... Hikhikhik..





Memuliakan Ibu Bapa

Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...