Jumaat, 29 Jun 2012

It's My Day

Tanggal 24 Jun 1979 jam 4.34 pagi, lahirlah seorang bayi, diberi nama Wan Hazlina. Itu sayalah...Heheheh.. Hari ini, 24 Jun 2012, genap 33 tahun umur saya. Seingat saya, hanya sekali je saya celebrate birthday dgn family saya, masa saya darjah 6. Family saya bukan jenis yg sambut birthday. Takde kek, takde tiup lilin, xde hadiah. Mesti U all pelik kan? But, bukan bermakna mak n ayah tak sayang, cuma bukan budaya keluarga kami. That is why, saya tak brape suka or biasa dgn sambutan hari jadi. 

But, bila dah berkahwin dgn suami, family dia budaya sambut birthday. Jadi, birthday anak2 kami sambut setiap tahun. Bila tiba birthday saya, saya minta dgn suami, saya tak nak celebrate. Saya bukan jenis yg suka diraikan. Ada jugak masa birthday saya yg lepas2, kami celebrate. But today, saya mintak dgn suami, saya nak spend time dgn dia.



- My birthday card from hubby -

Hari ni, Yatie, bagi suprise... Masya Allah, dia bagi kat saya Pavlova yang tak pernah saya makan sebelum ni. Baik kan dia? U all kalau dapat kawan baik macam si Yatie ni memang beruntung la. Yatie, saya akan ingat detik ni sampai bila2. Happy sangat bila dapat pavlova tuh... Perghh... Sedap sangat. Thank U so much dear friend. (FYI, nama pavlova ni diambil sempena nama penari ballet; Anna Pavlova kalau U all nak tau)





Oleh kerana hari ni hari saya, saya bolehlah mintak apa sahaja dgn suami kan. Orang lain mesti mintak hadiah. But, saya taknak. Saya nak spend time dgn dia je hari ni. Nak ajak dia pergi tempat2 yang kita orang pernah pergi masa bercintan cintun dulu... cewah...

But, ada satu tempat ni yang saya teringin nak pergi yang tak pernah saya pergi. Tugu Negara. Merepek je kan... Orang lain masa birthday, pergi la tempat2 romantik ker.. Ni, pergi tugu negara. Tapi itulah tempat yg saya pilih nak pergi. Hari ni hari saya. Jadi, suami layan kan je la...

So, we all ke Tugu Negara after Zohor. Before that, lunch dulu nasi ayam kat rumah. Perjalanan ke Tugu Negara lebih kurang 20 minit je. Tak jauh.

Akhirnya, sampai jugak saya kat sini. Berposing la kita orang tengah2 panas tu. Ramai gak orang. Tourist yang ramai. Saya dan hubby memang puteri lilin. Kita orang tak tahan panas. So, sekejap aje la kat sini. Bila dah abis berposing, kita org pun blah menuju ke destinasi seterusnya.

- The best hubby in the world -


Tugu negara, dekat dgn Tmn Rama-rama, Tmn burung, Masjid Negara and banyak lagi taman2 kat situ.  So, selepas tu, kita orang pergi ke taman rama2. Dulu, sebelum kawin, hubby pernah bawak saya datang sini. Saya kena buat research pasal serangga time belajar degree kat UKM.  Thats why ajak hubby dtg sini dolu2. And hari ni, kami datang lagi.

Kat Butterfly Park ni, takde mende yg special sangat pon. Just ada bnyk butterflies and pokok2 yg menghijau. But, ni adalah salah satu tempat yg pernah kami dating dulu. Nak ingat kembali zaman dulu2. Harga tiket masuk skrg RM10. Dulu, baru je RM5 kalau x silap. Hmm... So, kita org layan lah kat Butterfly Park ni.. Owh.. Bahagianya diriku ketika itu... Cewah..

Then, kita orang solat Asar kat masjid Bukit Aman. Sebelah je dgn balai polis Bukit Aman tuh. Alhamdulillah, kami sempat berjemaah Asar...

Kita orang still lagi kat area tu. So, pusing2 kat Taman Tasik Perdana. Ramai gak orang. Dorang picnic kat sini. Tapi, kalau kat Trg, picnic kat pantai lagi layan kut...


- @ Butterfly Park - 

- I Love You So Much, Dear -




So, our next destination... Taman Tasik Titiwangsa..! Tempat yg paling saya suka. Yang, U masih ingat tak, kita naik sampan kat sini dulu? Wah.. romantiknya, kan? Heheheh... Hari ni, cadangnya, nak naik sampan la. But, kita org sampai lambat. Dah tutup... :(


- @ Taman Tasik Titiwangsa -
Tak dapat naik sampan, layan ice cream pun okay...


Mana lagi nak pergi? Hubby dah tak tahu nak bawak ke mana lagi. Sebenarnya, hari ni malas ler nak layan jenjalan kat shopping mall. Oleh kerana saya xnak balik lagi, kita pergi BTS dulu la yang. Hubby layan kan je la. Hari ni kan birthday bini dia. Heheheh...

- Hope this happiness will last forever -

- @ Berjaya Times Square - 

Kita orang just jalan2 cuci mata kat sini. Plannya, nak dinner la kat sini. After solat Maghrib, kita orang pi makan kat Kenny Rogers...

- @ Kenny Rogers -


- Our favourite meal -
Hubby xde belikan hadiah lagi, sebab dia plan nak bagi hadiah GPS cuma blom sempat nak beli. After this, saya kena round sekolah2 area Hulu Langat utk collect data. So, I really need that coz tak nak sesat. But, GPS; Guna Pun Sesat..! Kahkahakah...

But, saya berkenan dengan key chain burung merak ni. Nak letak kat handbag. Cantik, kan? So, hubby belikan... Bagi saya happy...  :)



- My birthday present -

Dear Zulkifli Rajalie,
Thank You So Much for this lovely moment in my life.
Today is my day, even though it is simple day, but it is so special for me. I will cherish this moment for the rest of my life. Thank U Allah...


P/S: Coretan ini ditulis before 25 Jun 2012. But, publishnya lambat skit.. kihkihkih..

Khamis, 14 Jun 2012

Suatu Ketika Dahulu.... (Part 2)

Assalamualaikum....

Hari ni, lunch dengan dorm mate masa kat Sains Dungun dulu. Sheila and Seppy. So, bila jumpa kawan lama ni, teringatlah kembali cerita2 lama zaman sekolah2 dulu. Subhanallah... Begitu cepat masa berlalu. Rupanya dah 16 tahun kami tinggalkan zaman sekolah menengah dulu. Lepas jumpa kawan2 lama ni, so, ada le sikit2 idea nak menulis cerita sekolah menengah dulu.

Sep and Sheila...
Tadi, kita borak pasal apa ek? Hmmm... ada beberapa orang la nama kawan2 yang kita sebut tadi ek. Kita org tak mengumpat ek, becerita ttg perkembangan terbaru kawan2. Apa dorang buat, berapa anak dah.. and macam2 lagi la... Owh yer... Sebelum lupa, nak cari kawan kita Sumathi Govindasamy tu kat fb...

Saya, Sep dan Sheila satu dorm masa di SMSD. Dorm 1DD. Megat Panji Alam. Rumah Kuning. Yang saya ingat, same batch yg satu dorm dgn kita termasuk Norita, and Sumathi . Owh, Fizah and Mek Noor tak lupa juga... (Mana agaknya dorang skrg?).

Sep; Nama penuh Sepsyalida Yahaya. Sep sbb lahir bulan September, Sya sbb bulan Syawal and Ida nama yg family dia panggil. Itu yang saya ingat Sep bg tau. But, kami panggil dia Sep. Unik kan nama dia? I guess, she's the only one yang ada nama tu kat dunia! Is it Sep?

Sheila plak, nama dia; Noor Shardatuaiza Sau Hamid. Hmmm... Not sure betul tak saya eja tu. Tapi macam tu lah lebih kurang bunyinya. Unik jugak. Panggil Sheila but, dalam nama dia takde pun nama Sheila tuh.. Heheheh... Nama manja gitu...

Itulah antara kawan2 yang satu dorm dgn saya dulu... Masa form 1, dapat offer blaja ke sekolah asrama penuh sebab UPSR bagus, dapatlah sekolah bagus... Masa tu x tau lagi buat sujud syukur... Nak bersyukur pun tak reti wei... Tapi suka sangat la bila dapat masuk tuh... Sebolehnya taknak masuk ke Sekolah Agama Tok Jiring yang masa tu dapat offer jugak, sebab taknak pakai tudung labuh! Ayah nak saya belajar agama. Akhirnya, selepas dipujuk, saya pergi ke sekolah Sains Dungun. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk saya!

Banyak sangat kenangan semasa bersekolah di sekolah berasmara ni... oppss... sekolah berasrama la... Kawan2... Makanan... Usrah... Solat berjemaah evry Maghrib n Isya'.... Puasa di bulan Ramadhan... Set2 di sekolah (set alim la, set deber la... set ngawas..).. Abang angkat, adik angkat... Prep... Gossip... Mandi-mandi kat kolah... Inspection every Saturday... Outing setiap Sabtu... and yang paling best... Hari Jumaat, parents datang jumpa anak2... Itu lah yang paling membahagiakan bila dok hostel ni...

Form 1 - Bulan pertama kat sini, bulan homesick. Kena biasakan diri bangun pagi, solat Subuh, berkejar2 breakfast and then ke sekolah. Di sinilah saya belajar solat dengan betul. Belajar solat, betulkan bacaan dalam solat dengan betul. Kalau U all ingat Sep n Sheila... Malam Jumaat, ada usrah. Okay kan... Kita belajar macam2 time tu... And kita ada buku catatan usrah. Yg paling best, belajar nasyid. "Hidup di dunia ini, tiada yang abadi... Semua yang bernyawa kelak pastikan mati... Kembali ke asalnya..." One of my favorite lah tu...heheh... U all ingat lagi nasyid ni?

Maka, bermulalah kehidupan saya di sekolah berasrama penuh di mana, kami hanya dibenarkan balik sebulan sekali aje! Thats why, parent selalu datang jenguk anak2. Sebab xleh balik. Parent saya selalu jugak datang. U all nak tau, saya pernah ugut nak bunuh diri kalau mak ayah saya tak datang. Eii.... teruk betul bila diingat balik. Kalu budak KL lagi kesian. Parent tak datang langsung. Kalau datang pun, awal tahun n akhir tahun jer.

Form 2 - Saya turun kelas, 2 Dalton. Orang malas belajar, camtu lah. But, not Sep. She always in a 1st class! Tipu la kalau tak jeles dgn dia tu... But, saya sedar kemampuan saya setakat itu sahaja. Masa tu, saya dah belajar bersyukur la sikit2... Saya fikir, ada orang lain yang lagi kurang pandai dari saya... Hehehe... Saya tak pandang atas. But, saya tengok bawah. Tapi, kalau nak berjaya, kita kena pandang atas kan... Kena optimistik... Saya tengok bawah sebab saya nak rasa bersyukur dgn apa yang saya ada... Itu aje... Hasilnya, inilah apa yang jadi pada saya sekarang. Saya berkawan dgn semua orang. Pandai, tak pandai, miskin, kaya... Semualah! Kalau U all nak tau, bibiklah kawan baik saya di rumah! Hahahha...

Masa dalam kelas ni lah saya jumpa dengan suami saya; Zulkifli. Fuyoo... rambut dia lawa btol la time tu. Saya suka kat rambut dia jer masa tu. So, nak dijadikan cerita, saya suruhlah kawan saya, Siti Rosyatimah nama diberi, kirim salam kat Si Joe ni -  nama panggilan suami di sekolah dulu. Eii... bila diingat balik, ntah apa2 ntah. Budak2.... Fikiran pon blom matang.

Maka sukalah sangatnya si Joe ni setelah dapat kiriman salam dari saya. Kahkahakah... Dia ketua kelas. Bila dah kirim salam tu, si Joe ni pun tersyok la dekat saya. Saya xde la nak dia syok dgn saya sampai camtu skali. Memang niat nak kawan2 jer. Nak dijadikan cerita, pernah satu malam waktu prep, saya buat giler, kira berapa kali dia tengok saya. More than 100 times!. Lama2 saya jadi menyampah pulak, and rimas! Ermm... Jahat kan? Hahaha... Itulah antara kenangan yang tak dapat saya lupakan...

Kepada Sep and Sheila. Semoga pertemuan kita tadi akan mengeratkan lagi persahabatan kita yang telah lama terjalin, Insya Allah... and saya doakan semoga U all akan sentiasa diberkati Allah, bahagia dunia dan akhirat...

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku ke hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci....

Ingat lagi tak nasyid kat atas tu? Kalau ingat memang terrer lah....

Wassalam....



Ahad, 10 Jun 2012

Kisah Anak Yang Jujur

Alkisahnya pada zaman tahun 90-an, tersebutlah kisah sebuah keluarga yang hidupnya sederhana sahaja, tidaklah kaya dan tidaklah miskin. Ada pun rezeki yg diperolehi oleh sepasang suami isteri itu, yg mana isterinya bekerja sbg kerani dan suaminya pula sebagai pegawai di sebuah jabatan kerajaan, adalah dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Walaupun makan, pakai, tempat tinggal, semuanya cukup, suami isteri ini tidaklah pernah bersyukur dgn rezeki yg mereka perolehi. Kenapa dikatakan mereka tidak bersyukur sebabnya mereka tidaklah pernah solat. Masya Allah. Tidaklah diketahui apakah sebabnya mereka tidak solat, Wallahualam.

Mereka dikurniakan 3 org anak. Lihat, rezeki Allah kepada mereka tidaklah terkira banyaknya. Mereka sangat bahagia dgn kurniaan tersebut. Hmmm.... Bahagia, datangnya pun dari Allah jua. Bak kata orang, agaknya, mereka belum lagi di beri hidayah oleh Allah untuk melakukan amalan wajib yang telah diperintahkan oleh Allah itu kepada semua umat Islam. Tapi hidayah kan kena dicari juga... Tidaklah boleh ditunggu sahaja...

Pada suatu hari, di bulan Ramadhan, mereka 5 beranak berbuka puasa di rumah kawan mereka, letaknya tidaklah berapa jauh dari rumah mereka. Adapun pada ketika itu, anak mereka yang sulung berumur 7 tahun, Haikal namanya. Haikal seorang anak yang bijak. Petah bercakap. Jujur. Yelah, anak berumur 7 thn, apa yg diucapkan jujur sejujurnya.

Nak dijadikan cerita, kawan mereka berceritalah pasal solat, sambil bercerita jugak dgn anak2 mereka ttg bulan Ramadhan ni. Solat 5 waktu wajib, solat tarawih sunat. Tapi dapat banyak pahala kalau kita mengerjakan solat tarawih ni. Haikal, anak yg jujur itu, secara spontan berkata, " Auntie dgn uncle solat, Haikal tak pernah tengok mama dengan papa solat". Semua orang terkedu pada ketika itu. Kawan mereka tidak terkata apa. Mereka sangatlah malu tidak terkira dengan kata-kata anak mereka si Haikal tu.

Tapi, kawan mereka baik. Memahami keadaan itu, kawan mereka menukar topik perbualan. Dengan niat, tidak mahu tetamu mereka itu malu dengan perbuatan anak mereka. Subhanallah. Kuasa Allah untuk menyedarkan si ibu bapa yang tidak pernah solat, melalui anak mereka, si Haikal.

Balik dari berbuka puasa, si ibu memarahi si Haikal. Sangat marah. Ditambah lagi dengan bisikan syaitan, dilempangnya anak yang tidak berdosa itu. Maka menangislah si Haikal kerana ditampar oleh mamanya dan terus berlari ke biliknya. Ayahnya hanya memandang kejadian tersebut dan berkata "Dah memang awak tak solat, betul lah apa yg Haikal cakap, yang awak pergi tampar dia tu, awak boleh rasa puas?" Si isteri tidak mahu mendengar leteran suaminya, terus masuk bilik dan tidur.

Keesokan harinya, mereka sekeluarga tidak bersahur kerana si isteri tidak terjaga dari tidurnya kerana badannya dirasakan lesu dan lemah. Dia tidak dapat mengangkat tangannya. Tangan yang menampar anaknya semalam. Dipendekkan cerita, selama seminggu, dia tidak dapat berbuat apa2 selama itu. Makan pun, terpaksa bersuap. Dan dia juga tidak mahu ke klinik. Puas sudah suaminya menasihatinya untuk pergi ke klinik mendapatkan rawatan, tetapi dia tetap enggan. Adapun pada ketika itu, si suami lah yang terpaksa memikul tugas si isteri.

Adapun si Haikal, berasa bersalah dengan apa yang telah dilakukan kepada mamaya. Berkali-kali dia meminta maaf dengan mamanya. Tetapi mamanya diam sahaja. Disuapnya makan kepada mamanya. Tetapi, mamanya tetap diam. Haikal sangat sedih. Dia berdoa kepada Allah. "Ya Allah, sembuhkanlah mamaku."

Si ibu pula, selama seminggu hanya diam sahaja. Berfikir dan berfikir. Adakah salah tindakannya? Apakah yang patut dilakukannya? Maka, dengan izin Allah, si ibu mula terfikir yang dia patut berubah. Dia terfikir yang apa yang berlaku adalah mesej drpd Allah untuk dia berubah. Allah sayangkan aku. Dia mahu aku bertaubat. Yer... aku akan bertaubat... Ya Allah, ampunkan dosaku.

Maka, dengan izin Allah jua, keesokan harinya, tangannya terus baik dengan tiba-tiba. Diambilnya wuduk. Dipakainya telekung. Dia solat. Solat Subuh. Dia berdoa. Bersungguh-sungguh dia berdoa. Hingga mengalirkan air mata. Dia rasa sangat berdosa. Dirasakan pada ketika itu, dia berbicara dengan Allah, dan Allah mendengar rintihannya. Sungguh2 dia bertaubat.

Haikal? Bila dia terjaga dari tidur, sangatlah bahagianya tidak terkira. Mamanya memeluknya dengan seeratnya. "Mama dah sihat?" Dipeluknya si ibu dengan kuat. Si Ibu menangis kegembiraan. Tidak pernah dirasakannya nikmat kebahagiaan seperti itu "Maafkan mama, Haikal". Terima kasih Allah, ucapnya di dalam hati....

Hidayah itu milik Allah. Akhirnya, suami isteri itu mula bertaubat dan solat 5 waktu seperti umat Islam yang lain. Gara-gara si Haikal yang menyatakan kejujurannya tentang ibu bapanya.






Khamis, 7 Jun 2012

Kisah Rasulullah & Buah Limau

Assalamualaikum.... Buat sahabatku Yatie dan yang sudi membaca blogku ini...


Alhamdulillah, bersyukur pada Mu Ya Allah kerana dgn izin Mu, dapatlah hambamu ini berkongsi satu cerita di blog ini, sebelum hambamu melelapkan mata dan Insya Allah, dengan izin Mu juga, aku ingin bangun solat pada malam ini... Insya Allah...


Pernah tak U all dapat buah tangan/ hadiah dari seseorang, then, tak suka hadiah tu? Apa yg U all buat? Cakap tak suka? Atau, diamkan saje? Dulunya, saya ni seorang yang mulut lepas. Apa yang saya rasa, saya cakap. Saya tak fikir orang tu kecik hati ke tak... Saya main cakap aje. Maybe masa tu, saya belum matang. Alhamdulillah, kini saya lebih matang, dan boleh fikir, apa yang perlu cakap, dan apa yang tak perlu cakap, diamkan aje. Yang penting, jangan bagi orang kecik hati dengan kita... Tak best...


So, ni ada satu cerita dari kisah Rasulullah yang ada kena mengena la dengan apa yang saya bagi tau kat atas tu. Tak pernah dengar pon citer ni sebelom ni. Tapi, citer ni amat memberi pengajaran kepada kita, bagaimana menjaga hati seseorang.



Alkisahnya, pada suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah lima sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan datangnya dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa kerana sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Wallahualam...

Adapun kalaulah kita ... Dapat buah limau, dari musuh kita, masam pulak tu, 3 hari 3 malam, tidak berhentilah kita mengutuk akan kemasaman limau tu. Di tambah pula lagi dengan "kemasaman" perangai musuh kita yang kita tidak berapa suka itu.
Ya Allah... Saya amat bersyukur kerana dari hari ke hari, semakin umur meningkat, semakin banyak bende yang saya belajar, baca dan lalui... Dan semua ini sedikit sebanyak telah mematangkan saya, supaya menjadi insan yang lebih baik lagi di sisiMu Ya Allah.... Terima kasih Allah.

P/S: Yatie, ingat dok citer aku yg dapat baju dari M.I.L.? Spontan jer keluar dari mulut aku, "Beli kat reject shop ek?" Kihkihkih..... Astaghfirullahalazim...









Ahad, 3 Jun 2012

Puding Karamel

Tadaa.... Puding Karamelku siap sedia utk dimakan...
Assalamualaikum...
Buat sahabatku Yatie n mereka yg sudi baca blogku ini...


Kisahnya, pada hari ini, Puan Wanna telah pon berjaya menyiapkan assignmentnya yg bersusah payah dia buat selama 2 minggu kebelakangan ni. Jadi, utk menghilangkan stress di kepalanya, maka dia pun berhajat lah utk membuat satu hidangan yg istimewa pada hari ini utk santapan petang. Memandangkan, sahabatnya Yatie akan datang, moleklah kiranya Puan Wanna menghidangkan sahabatnya dgn menu ini...

PUDING KARAMEL...


Bahan2 nya adalah:


Untuk Karamel:
3 sudu gula
Sedikit air


Untuk Puding:
5 biji telur
1 tin susu pekat
2 sudu makan tepung jagung
2 cawan air
1 sudu teh esen vanilla




Cara Membuat

  1. Cairkan gula dalam kuali yang tak lekat. Bila gula dan hancur, tunggu sekejap sampai keluar buih2 halus, then  baru tuang air. Then, tuang ke dalam loyang.
  2. Masukkan semua bahan puding dan gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.
  4. Kukus selama 40 minit. Then, sejukkan.

  5. Terbalikkan perlahan2 ke dalam pinggan hidangan dan hiaskan dgn buah2an koktel.

SELAMAT MENCUBA!!

Jumaat, 1 Jun 2012

4 Rahsia Cara Mengubah Takdir Diri

"Apa nak buat dah  di takdirkan  aku ni miskin.. nak buat macam lagi terima ajelah..".
Begitulah keluhan ada dia antara kita bila di uji dengan musibah kemiskinan, kesusahan , kejahilan dan berbagai lagi di dunia ini. Tapi bolehkah kita mengubah takdir diri kita ini ?
Jawapannya ... Boleh. Tapi bagaimana..

Banyak orang malas yang menjadikan takdir sebagai dalih atas kemalasannya.  Padahal, takdir itu boleh diubah. Memang, tidak semua takdir boleh diubah. Misalnya, jika kita ditakdirkan sebagai seorang laki-laki, tidak boleh diubah menjadi seorang perempuan.

Kita memang tidak boleh mengubah takdir yang sudah terjadi sebab waktu memang diciptakan tidak boleh ke belakang. Yang dimaksud mengubah takdir di sini ialah mengubah takdir di masa mendatang.

Lalu bagaimana cara kita mengubah takdir? Cara yang benar dan tepat, tentu saja harus bersumber dari Pembuat takdir yang tiada lain Allah SWT melalui Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Bagi Anda yang belum tahu, bahawa takdir boleh diubah, silakan semak hadis berikut:

Hadis dari Imam Turmudzi dan Hakim, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW Bersabda : 

Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang boleh menolak takdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada doa”. 
(HR Turmudzi dan Hakim)

CARA MENGUBAH TAKDIR

1. Berdoa.
Allah yang menetapkan takdir kita, maka Allah memiliki kuasa untuk mengubahnya, ertinya takdir baru bagi kita. Mengubah takdir ertinya Allah menggantinya dengan takdir baru. Tetap, Allah yang menetapkan takdir. Cara pertama ialah dengan berdoa seperti yang dijelaskan pada hadis diatas.

2. Bersedekah 

Rasulullah SAW pernah bersabda : 

Silaturrahmi dapat memperpanjang umur dan sedekah dapat merubah takdir yang mubram
(HR. Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Imam Ahmad)

3. Bertasbih

Ada hadis yang diriwayatkan dari Saad Ibnu Abi Waqosh, Rasulullah bersabda :

Mahukah kalian Aku beritahu sesuatu doa, yang jika kalian memanfaatkan itu ketika ditimpa kesedihan atau bencana, maka Allah akan menghilangkan kesedihan itu? 

Para sahabat menjawab :  “Ya, wahai Rasululullah..”

Rasul bersabda, Iaitu doa ‘Dzun-Nun’ : 

“LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADH-DZHOLIMIN”
(Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk diantara orang-orang yang zalim”)
(H.R. Imam Ahmad, At-Turmudzi dan Al-Hakim).

4. Berselawat
Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ubay Ibnu Kaab, bahawa ada seorang lelaki telah mendedikasikan semua pahala selawatnya untuk Rasulullah SAW, maka Rasul berkata kepada orang tersebut : 

Jika begitu lenyaplah kesedihanmu, dan dosamu akan diampuni 
(H.R Imam Ahmad At-Tabroni)

Jadi, jangan berhenti berdoa dan berusaha. Seburuk mana pun kedudukan masa ini, semuanya masih boleh berubah.

Bagaimana pun pahitnya pengalaman kita dimasa lalu, masih boleh berubah.

Optimis selalu dan anda boleh mengubah takdir anda menjadi lebih baik.

P/S: Yatie... Jom kita amalkan ek.. Kata nak kaya... Hehehee... Kita nak kaya semata-mata kerana Allah...

Rujukan :
http://www.motivasi-islami.com/rahasia-mengubah-takdir/
SUMBER: PERIBADIRASULULLAH

Kisah Kebahagiaan Dua Sahabat


Sabda Rasulullah s.a.w.
“Bersahabatlah kamu dengan orang yang keadaannya sentiasa membangkitkanmu dan kata-katanya menyedarkanmu ke jalan Allah.”

Alkisahnya, tanggal 22 Mei 1979, lahirlah seorang budak perempuan; Norhayati binti Hamzah (Yatie) namanya. Adapun Pak Hamzah dan isterinya amat menyayangi anak ini, kerana Yatie anak bongsu. Mereka menjaga Yatie dgn penuh kasih sayang, bak menatang minyak yang penuh.

Adapun tidaklah diketahui lagi, bagaimanakah agaknya si Yatie ni bila besar nanti, apa kerjanya, siapa kawannya, kerana semua itu telah dicaturkan oleh Allah s.w.t. Walaupun Pak Hamzah dan isterinya tidaklah belajar setinggi mana, mereka mendidik Yati seperti ibu bapa yang lain mendidik anak mereka. Tidaklah di ajar mencuri, tetapi diajar mintalah kalau nak. Tidaklah diajar meninggi suara dgn org tua, tetapi diajar utk menghormati orang yg lebih tua…

Lebih kurang sebulan selepas kelahiran Yati, lahirlah pula seorang budak perempuan juga, tanggal 24 Jun 1979, diberi nama Wan Hazlina binti Wan Hitam (Wanna). Juga, tidaklah diketahui lagi, bagaimana agaknya kehidupan Wanna apabila besar nanti. Siapa suaminya, di mana dia tinggal, atau pun berapa anaknya kerana semua itu adalah ketetapan Allah s.w.t.

Pak Hitam dan isterinya juga menjaga si Wanna ini dgn penuh kasih sayang. Maklum ler, si Wanna ni jugak anak bongsu, bongsu perempuan. Jadi, dimanjakanlah si Wanna ni seadanya. Samalah juga dgn mak ayah si Yati, Pak Hitam dan isterinya tidak belajar tinggi. Tapi, mereka dapat mendidik anak mereka dgn kemampuan mereka seadanya.

Maka, membesarlah si Yati ni dengan si Wanna seperti kanak-kanak lain. Keluarga mereka tidaklah kaya, tidaklah miskin. Apa yg mereka nak, ada yang dapat, ada yang tak dapat. Kalau dapat, gembiralah mereka, tetapi kalau tak dapat, menangislah mereka.

7 tahun akhirnya berlalu, tahun 1986. Pada umur ini, mereka akan mula bersekolah. Maka hendak dijadikan cerita, mendaftarlah mereka di sekolah yang sama. Adapun sekolah itu diberi nama SK Mengabang Telipot. Sungguh unik nama sekolahnya. Walaupun sekolah ni merupakan sekolah kampong, tapi bnyk bijak pandai yang lahir drpd sekolah ini termasuklah Yatie dan Wanna ni. Nak dijadikan cerita lagi, mereka selalu ditempatkan di kelas yang sama. Maka bermulalah di situ persahabatan  antara Yati dan Wanna. Mereka sekelas dari darjah 1 hingga 5. Kelas Merah nama diberi.

Apalah sangat persahabatan bagi kanak2 berumur 7 tahun. Kanak2, apa yg mereka tahu. Yer, Si Yatie dan Wanna ni pun belum tahu lagi erti persahabatan. Sememangnya, mereka tidak tahu apa yang ditetapkan oleh Allah utk mereka. Apa yang mereka tahu hanyalah makan bersama, main bersama, belajar bersama semasa di sekolah, sentiasa gembira. Kanak2 hatinya suci bersih, begitu juga dgn persahabatan antara Yatie dan Wanna.

Mereka sangat rapat. Di sekolah, di mana ada Yatie, di situ ada Wanna. Di mana ada Wanna, di situ ada Yatie kecuali di tandas mereka tidaklah bersama. Si Yatie dan Wanna; kedua2nya sangatlah comel. Yatie berambut kerinting, berlesung pipit dan Si Wanna pula berambut panjang diikat tocang seperti ekor kuda.

Kemudian, ketika mereka darjah 5, tahun 1990, Wanna akhirnya bertukar ke sekolah lain. Alangkah sedihnya Si Yatie kerana sahabat baiknya itu bertukar sekolah. Tidaklah Yatie tahu apatah lagi terfikir pada ketika itu, yang perpisahan itu mungkin akan memberi hikmah padanya. Apa yang dia tahu, hanyalah berduka lara atas pemergian Wanna. Maka berpisahlah dua orang sahabat itu….

Maka, membesarlah Wanna dan Si Yatie ini seperti orang lain. Sehinggalah masing2 akhirnya telah pun berkahwin dan juga masing2 mempunyai 3 orang anak. Akhirnya, dengan ketetapan dari Allah s.w.t, selepas 21 tahun mereka berpisah, mereka bertemu kembali. Bukannya bertemu dari mata ke mata tetapi facebook jualah tempat pertemuan mereka kali pertama setelah lebih 20 tahun mereka tidak ketemu.

Adapun Si Yatie ini amatlah menyayangi sahabat baiknya ini. Dihubunginya Si Wanna ini melalui telefon dan berboraklah mereka beberapa ketika. Setelah beberapa kali berchatting, bermessage, pada suatu hari, Si Wanna menjemput Yatie ke jamuan rumah terbuka Wanna. Subhanallah… Akhirnya mereka bertemu jua setelah lebih 20 tahun tidak berjumpa. Persahabatan antara mereka bertaut kembali. Tidaklah dapat dibayangkan kegembiraan mereka pada ketika itu. Berboraklah mereka sepuas-puasnya mengingat kembali kenangan mereka semasa di sekolah rendah dahulu.

Hubungan mereka umpama adik-beradik seperti “Air dicincang tidak akan putus”. Kini, mereka bahagia setelah bertemu kembali. Semoga Allah memberi keredhaan atas persahabatan yang terjalin antara mereka…


Untuk sahabatku Yatie…

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. [Ye.. aku banyak lupa kenangan kita dulu2]
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.  [Tak pernah rasanya dikhianati oleh Yatie]                                                                              
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. [Bagi sangat]                                                           Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. [Non sense... kahkahkah]
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. [Mesti mung tunggu citer blog aku, hehehe]
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. 

Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa. [Ko pernah kecewa dgn aku Tie?]
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami [Sangat untung!]
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. [Tq coz pernah dgr citer aku]
Harapan dan impian juga kita luahkan.

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. [Bagi banyak idea...]
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga [Yati yg byk citer dari aku..hihihi]
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita. [Aku suka dgr citer mung Tie, no worries!]

Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. [Tq coz bnyk sabarkan aku]
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? [Ikhlas dari hati aku Tie]
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? 

Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….? [Aku percaya kat mung Tie, Insya Allah]
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? [Yakin Boleh!..]
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…

Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..
RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)
P/S: Sejujurnya Tie, aku tidaklah banyak mendoakan kawan2 aku sepertimana aku mendoakan kebahagiaan untuk kau,Tie. Sejujurnya, aku tidak mempunyai seorang sahabat baik spt kau, Tie. Setiap kali berkawan, aku pastikan yang aku tidak terlalu rapat dengannya kerana susah utk aku percayakan orang spt mana aku percayakan kau, Tie. Sekiranya, kita tidak berpisah dulu, tentu tak banyak cerita yang kita akan kongsi dan tentunya kita akan cepat bosan coz semua cerita sudah tercerita.. Hahaha... Only God Know Why...

Sedekad Berlalu...

Bagai pinang di belah dua kan.. Hehehe..
Tanggal 1 Jun 2002 - Genap 10 tahun yang lalu, maka selamatlah kedua-dua pasangan ini diijabkabulkan. Alhamdulillah, banyak kenangan manis saya dan suami. Kenangan pahit pun banyak gak tapi tak perlulah dikenangkan... Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, Buang yang keruh, ambil yang jernih, Baru teguh peribadi...
Cewah..Tiba2 teringat plak kat lagu P. Ramlee dalam citer 3 Abdul...

Kami kahwin atas dasar suka sama suka. Kami bersekolah di sekolah yg sama, w/pun masa di sekolah saya hanya menganggapnya sbg kawan, tapi lama-kelamaan berubah jadi lebih dari kawan. Itu pun selepas beberapa tahun kami terputus hubungan bila tamat sekolah. Tapi, yelah.. jodoh di tangan Tuhan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kenapa kami dijodohkan. Masa tu, kami masih lagi muda. Kami sebaya, lahir tahun 1979. Dia lahir pada 13 Mei dan saya 24 Jun. Kami kahwin masa umur dia 23 tahun dan saya 22 tahun... Kira tengah2 lah... Hehehe..

Alhamdulilah... Sedekad berlalu, saya bahagia dengannya. Kami dikurniakan 3 orang anak yang comel2:

Adam Putra - 12 Julai 2003
Tiarina Putri - 7 Mei 2007
Annabella Putri - 27 November 2010


Untuk suamiku, Zulkifli bin Rajalie....
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-10. Semoga perkahwinan ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah... Dan, semestinya bahagia dunia dan akhirat.


WAHAI SUAMIKU........


Wahai Suamiku,,, Sepertinya, suami adalah,
Bila dipandang tak menyakiti,
Bila dilirik, manis sekali,
Bila tertawa ada yang menemani,
Bila menangis ada yang menaungi,

Tegurannya membukakan hati,
Ucapannya ubat pelipur hati.
Hasratnya selalu menyayangi,
Dan kasih Sayangnya tidak bertepi

Wahai suamiku..
Datanglah..
Masuklah dalam rumah bilik yang indah ini,
Walaupun tak berharta, tapi ianya mententeramkan hati..

Wahai suamiku..
Duduklah dikerusi ini,
Walaupun bukan dari jati, tapi dudukmu dapat menghilangkan kepenatan sehari.

Wahai suamiku..
Marilah kubukakan sepatu dan pakaianmu,
Walaupun tangan- tangan ini tak selembut bidadari, tapi mudah2 an dapat melonggarkan jasmani..

Wahai suamiku..
Minum dan teguklah air jernih ini,
Mungkin tak sesegar air pegunungan tapi Insya Allah dapat melenyapkan dahaga..

Wahai suamiku..
Duduklah di kerusi ini, dan mari kutemani engkau makan,
Mungkin makanan ini tak selazat seperti direstoran2 mahal dikota, tapi kebaikan dan kehalalannya telah teruji..

Wahai suamiku..
Kenyangkah dirimu.. segarkah dirimu..
Mintalah apa yang kau mau ..

Wahai suamiku..
Bila sakit hati menerpamu,
Berilah ampun pada diri ini,
Tanpa ampunan mu, sengsaralah diri ini..
Berjuta-juta malaikat mengutuk ku tanpa henti ..

Wahai suamiku..
Bila pedih menghampirimu..
Marilah… rebahlah dalam bahuku ini
Letakkanlah kepalamu disisiku, menangislah.. 
Mudah2an bahu kecil ini dapat meringankan kepedihanmu..

Wahai suamiku..
Bila marah menerjangmu,
Pandangilah diriku, kutundukan mata ini seraya meminta ampunan dari mu..

Wahai suamiku,
Jika kau berikan harta kepadaku,
Alhamdulilah, seraya berucap pada AllahurRabbi, berkatilah rezeki ini dan cukupkanlah hamba atasnya..

Wahai suamiku,
JIka kau nyatakan kesulitan di hadapanku..
Ingin secepatnya ku peluk dirimu, seraya berkata, jangan sedih suamiku, 
Mari kita ringankan kesulitan itu…
Setelah kesulitan pasti ada kemudahan..

Wahai suami ku..
Apapun yang kan kulakukan, asalkan jalan pada Allah yang sebenarnya,
Redha mu mempermudah Redha Allah pada ku,
Syurgaku ada di bawah naunganmu..

Peganglah erat2 tangan ini, umpama tangan ini tercipta untuk membantumu..
Tataplah mata ini seraya menyajikan lautan kedamaian..
Senyumlah, karena diriku tak rela sekejap pun terhalang dari mu..
Bawalah diriku kemana kau tuju..
Sertakan diriku disetiap langkahmu..
Kepada Allah lah kita menuju..
Ampunilah daku suamiku......

Sungguh, aku mencintaimu kerana Allah…

                                                    Isterimu…














Memuliakan Ibu Bapa

Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...