Jumaat, 22 Mac 2019

Memuliakan Ibu Bapa


Assalamualaikum....

Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni giliran Wanna untuk berkongsi ilmu dan tajuk yang diberikan ialah "Hubungan Dengan Ibu Bapa".

Jadi, kali ni Wanna nak buat lain sikitlah instead of tunjuk bahan thru powerpoint, Wanna nak tunjuk perkongsian tersebut thru blog Wanna (Sebenarnya, nak promote blog kita jugak, manalah tau kot2 rasa bosan, bolehlah baca blog kita hihihi...)  So, inilah dia, Wanna share bagaimana kita nak memuliakan ibu bapa kita. 

Before that, bahan ni Wanna dapatkan daripada Majalah Solusi yang dulunya Wanna selalu beli. Artikel ni ditulis oleh Ustazah Nor Bahyah Mahmood.

Wanna ni taklah pandai sangat nak berbicara, jadi.. jom kita sama-sama hayati okay...


Allah SWT meletakkan darjat ibu bapa sangat istimewa dalam kehidupan seorang anak.

Jika kita merendahkan dan menghina mereka, kita seakan-akan memperlekehkan suruhan Allah SWT.

Jagalah Seluruh Perbuatan daripada Isyarat Penghinaan

Sebagai anak, seharusnya kita tidak patut, sama ada dari segi kata-kata ataupun perbuatan, merendah atau menghina ibu bapa kita walau setinggi mana pun pangkat dan jawatan kita.

Sebagai contoh, seorang anak yang kaya raya tetapi tidak mengenang budi sanggup berkata kepada ibu bapanya bahawa tanpa kemewahan yang dimilikinya sudah pasti kedua-dua ibu bapanya akan merempat.

Penghinaan itu bukan sekadar dengan kata-kata, termasuk juga memandang jelek terhadap mereka, menjuih bibir dan memalingkan muka, perlakuan itu juga dianggap penghinaan.

Anak yang tidak pandai berterima kasih kepada ibu bapanya sentiasa dihimpit rasa tidak berpuas hati dengan ibu bapanya itu.

Perasaan ini akan mengundang perbuatan yang lebih buruk berbentuk penghinaan. Segaris luka di hati ibu bapa kerana penghinaan itu, jika tidak diampunkan, nerakalah selayaknya bagi si anak.

Naudzubillah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. 

Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. 



Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.” 

Surah an-Nisa' 4:36


Jangan Membalas dan Menghukum Kesilapan Mereka

Mungkin ada dalam kalangan anak-anak yang dibesarkan dalam suasana ibu bapanya sering mencaci, menghina dan memaki dirinya. Apabila dia membesar dalam didikan sebegitu, dia berasa wajar untuk dirinya membalas perbuatan ibu bapanya ketika dia kecil.

Jiwanya memberontak.

Dia bukan inginkan kejahatan itu ada pada dirinya namun apabila didorong oleh rasa tidak puas hati yang meluap-luap, dia turut menghambur penghinaan pada ibu bapa. Sebagai anak mithali, maafkanlah kesilapan ibu bapa. Kita doakan keampunan dan hidayah untuk mereka.

Anggaplah bahawa jika ada satu kesilapan mereka, kebaikan mereka 100 kali lebih banyak.

Mungkin mereka kurang ilmu ketika mendidik atau kurang batas kesabaran. Namun, jauh di sudut hati, mereka tetap mengimpikan kebaikan untuk kita di dunia dan di akhirat. Sebagaimana buruk pun sikap dan layanan ibu bapa kepada kita, kita tidak perlu mencontohinya.

Hiasi diri kita dengan sifat mulia. Teruskan memuliakan dan usah sekali-kali menghina mereka.

Mungkin dengan akhlak kita itu, mereka akan menyesali sikap mereka selama ini lantas berubah menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah SWT. Kebaikan ini akhirnya akan menghantar kita dan ibu bapa kita bertemu lagi di taman syurga.

Indahnya!

Kenangi Perit Jerih Ibu Bapa

Allah SWT mengingatkan kita dalam firman-Nya yang bermaksud:-
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya selama dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang ibu bapamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu.” 
Surah Luqman 31:14

Ayat ini seolah-olah mengingatkan kita bahawa kita wajib bersyukur kepada Allah SWT dan kepada kedua-dua ibu bapa kita kerana jasa dan pengorbanan mereka terlalu besar.

Apabila kita tidak bersyukur, Allah SWT mengingatkan kepada kita di hujung ayat ini, bahawa kita akan dikembalikan kepada-Nya.

Setelah kembali kepada Allah SWT, kita bakal disoal satu persatu tentang amalan yang telah dilakukan sepanjang hayat terutamanya kepada ibu bapa.

Sentiasa Berterima Kasih kepada Ibu Bapa

Pengorbanan ibu bapa tidak terhitung banyaknya.

Ringan-ringankanlah mulut mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Sebagai anak, kita harus ingat bahawa ucapan terima kasih bukan sekadar di mulut sahaja tetapi ucapan terima kasih yang terbaik adalah dengan membalas segala jasa dan budi kedua-dua ibu bapa.

Jika ibu bapa sudah tua, tunjukkan rasa terima kasih kita dengan mengajak mereka tinggal bersama dan melayani mereka sebaik-baiknya.

Jika mereka tidak mahu tinggal bersama, kita sebagai anak harus menyediakan rumah yang lengkap dan selesa dengan segala kemudahan untuk mereka.

Suatu ketika dahulu, mereka yang berusaha menyediakan segala-galanya buat kita. Jadi, setelah kita dewasa, tiada salahnya jika kita berbuat begitu kepada ibu bapa.

Wujud juga sesetengah anak-anak yang mahu membawa ibu bapanya tinggal bersama tetapi apalah erti kebahagiaan itu jika dalam masa yang sama mereka dilayani dengan penghinaan.

Contoh penghinaan dengan kata-kata:-

“Mak, marilah ikut saya. Saya malulah tinggal di rumah buruk ini. Nanti apa pula orang kata. Saya ni berpangkat besar.”

Betapa terhirisnya hati ibu bapa apabila mendengar anaknya berkata begitu.

Perbuatan ini menunjukkan anak tersebut sebenarnya tidak ikhlas dan hanya mahu menunjuk-nunjuk kepada masyarakat bahawa dia kononnya berbuat baik terhadap ibu bapa.

Amal yang tidak ikhlas tiada nilainya di sisi Allah SWT biarpun satu dunia memujinya. Sebagai anak, kita harus ingat bahawa ucapan terima kasih yang terbaik adalah dengan membalas segala jasa dan budi kedua-dua ibu bapa.

Bukan harta yang mereka mahukan setiap bulan, tetapi kepulangan dan layanan mesra anak cucu sudah cukup untuk membuktikan kasih sayang anak-anak.

Larangan Menghina

Allah SWT dan Rasul-Nya melarang seseorang menghina sehingga menjatuhkan martabat seorang ibu yang ditinggikan oleh Allah SWT. Malah, tiada manusia yang sihat akalnya boleh menerima perbuatan menghina ibu bapa.

Nabi SAW
 bersabda yang bermaksud:-
“Redha Allah adalah pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pada kemurkaan ibu bapa.” 
Hadith Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi

Mohon Kemaafan Jika Terlanjur Menghina

Andai kita pernah menghina ibu bapa kita, masih belum terlewat untuk kita memohon ampun dan maaf daripada kedua-duanya sementara mereka masih hidup.

Tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak sempat memohon ampun?

Sudah pastilah menyesal sepanjang hayat.

Walaubagaimanapun, jangan berputus asa memohon ampun daripada Allah SWT. Semoga Dia bersimpati dan menerima taubat kita.

Sebaik-baiknya sentiasa memohon kemaafan daripada ibu bapa kerana kesalahan yang kita lakukan mungkin dalam sedar atau tidak, dalam sengaja atau tidak disengajakan. Kita tidak tahu hati mereka mungkin menyimpan kesedihan terhadap mana-mana perlakuan kita.

Apabila ia tidak diluahkan, kesedihan itu akan membengkak sendiri.
Oleh itu, amalkan akhlak kerap bersalaman dan memohon maaf daripada kedua-duanya, sama ada kita membuat kesalahan atau tidak.

Jika masih tinggal bersama mereka, mohon maaf setiap kali selepas solat berjemaah ataupun sebelum tidur. Jika tinggal berasingan, mohon maaf setiap kali menelefon mereka sebelum menutup perbualan.

Itulah perkongsian dari Wanna kali ni. Semoga bermanfaat untuk rakan2 semua.

Sekian.


Sumber Rujukan: Majalah Solusi Isu N0. 34/ 2011


BJOURI

Assalamualaikum semua...

Tahun ni kalu buleh noklah semangat skit tulis blog ni. Nak penuhkan hidup ni dengan pelbagai aktiviti sebab kalu duk 'sajje' mcm2 ye maghi mikkir. Tapi dokleh nok ckp gok. I ni style hangat2 taik ayam. Mula2 je semangat, pahtu ermmmmm... faham2 lah. 

Okay, entry kali ni, I nak cite satu kisah dari satu movie Hindustan yang I tengok hari tu (Please jgn kecam.. hihihi). I suka tgk sume movie, Hindustan ke, Korean ke, Omputih ke, janji boleh layan.

Tajuk cite tu "BJOURI". Kisah seorang wanita yg namanya Bjouri. Nasib baik cite ni takde lagu2 cinta tangkap leleh. Tu yg best layan. So, Bjouri ni datang dari sebuah kampung mana tah, telah mengahwini seorang lelaki yang berusia. Dia dibawa dari kampung dia ke kampung lelaki tersebut selepas kahwin tu. Adehh dah tak ingat apa nama suami dia. Adalah satu upacara melihat wajah si Bjouri ni di rumah suami dia tu. Berduyun-duyun org pompuan datang tgk si Bjouri ni. Cantiklah si Bjouri ni. Memang tak padan dengan suami dia. Suami dia ni macam sengal-sengal ubi sikit. Lurus bendul pun ye. Tak romantik. Tapi dia sayanglah isteri yang baru dikahwininya tu.

Alkisahnya, kampung yang didiami oleh mereka ni macam haramlah sikit. Orang lelaki kuat seks so dorang akan ajak atau pujuk mana2 perempuan untuk tidur dengan dorang especially yang takde duit. Isteri orang pun dorang main belasah je. Kat situ macam dah jadi budaya seks bebas ni.

Kat kampung tu ada lima orang dajjal. Tuan Besar, Doktor, Tokey Kedai Runcit, Mandur dan Sami. Lima orang ni memang jahat giler ahh... Masing2 giler nak tengok wajah si Bjouri ni tapi tak dapat2 lagi tengok coz orang pompuan kan dia pakai selendang so tak nampaklah wajah si Bjouri ni. Akhirnya, dapat jugaklah dorang tengok bila selendang tu terselak.

Si Bjouri terkejut bila dapat tahu yang kampung tu begitu sifatnya. Dia berjanji yang dia takkan jadi macam perempuan lain yang terpaksa jual maruah semata-mata kerana duit. Tapi suami dia cakap, orang akan lakukan apa sahaja kalau terdesak. Tapi Bjouri tetap kata dia takkan jadi macam tu.

Hari2 si lima ekor dajjal tu kacau Bjouri ajak tido sama, soh datang rumah dan macam2 lagilah. Tapi Bjouri tetap tak layan. Nak dijadikan cerita, si Mandur, tempat kerja suami dia bagi syarat kat suami dia, kalau nak terus kerja kat tempat pembinaan tu, dia kena bawak Bjouri datang rumah dia. Berdukacitalah si suami dengan syarat tersebut. Dia pun balik berfikir, berfikir dan berfikir. Mulanya tak sampai hati nak bagi tau kat Bjouri. Akhirnya dia bagi tau jugak dan dia soh Bjouri buat keputusan. Bjouri tetap tak nak. Si suami pergi kepada Mandur dan berlakulah pergaduhan. Dimarahi kerana tidak bawa si Bjouri.  Giler kan cite ni..... Hahhahahahha

Si suami pun dah tak keje kat tempat pembinaan tu. Nak dijadikan citer lagi, si suami sakit batuk2 teruk sampai keluar darah. Bjouri bawaklah si suami pegi jumpa  doktor yang jahat tu. Doktor tu ckp, batuk tu wabak. Kena keluar dari kampung kalau tak akan berjangkit dgn org lain. Dia terpaksa keluar dari kampung. Buatlah dia rumah kat tempat lain di seberang kampung. Bjouri cari kerja, kerja pulak kat tempat pembinaan, tempat kerja lama suami dia. 

Suatu hari, datang seorang lelaki, kononnya wartawan nak tulis cerita tentang kampung tu. Dia terjumpa Bjouri. Bjouri pun bwk balik rumah dia, jumpa si suami and tinggal rumah Bjouri. Lelaki tu kira bagi upahlah sebab sediakan tempat tinggal dan makanan.Ntah mcm mana, satu malam Bjouri 'tidur' dgn lelaki tu. Ada org nampak, then bgtau kat suami dia. Suami dia x boleh terima, terus halau Bjouri dari rumah. Bjouri balik ke rumah lama. Bjouri jadi pelacur akhirnya. Customer pertama dia ialah lima orang dajjal tadi. Duit yg dia dapat, dia tolong orang2 kampung. Dia nak balas dendam kat 5 orang dajjal tu yg porak perandakan hidup dia.

Dipendekkan cerita, berlaku banyak kematian di kampung tu yang tidak diketahui punca penyakitnya. Akhirnya punca penyakkit diketahui melalui anak perempuan doktor tadi yang mula sakit-sakit. Bila check, rupa2 nya anak dia kena AIDS. Bila diselidik, anak dia tidur dengan pembantu doktor tu. Pembantu tu pernah tidur dengan Bjouri. Makin lama, makin ramai yang mati. Ramai doktor dari bandar turun ke kampung tu untuk cari punca kenapa orang di situ banyak kena AIDS. Semuanya berpunca dari BJOURI!!!!!

Akhirnya, Bjouri pun mati.... Sekian...  Mummy dah penat menulis ni hihi...














Memuliakan Ibu Bapa

Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...