Kenapa kita rasa diri kita tidak bersalah?
Kerana kita rasa diri kita betul?
Kerana ada rasa ego dalam diri kita? Atau...
Kerana kita rasa kita lagi 'besar' dari orang lain?
Bila kita rasa diri kita tidak bersalah,
Kita mula jadi keras kepala,
Kita mula berhati batu,
Mula tiada rasa belas kasihan,
Mula buat apa yang kita suka,
Apa yang kita rasa betul.
Dan ketika itu juga,
Bila nasihat orang yang 'against' kita,
Kita rasa takde orang sokong kita,
Kita rasa takde orang peduli kita,
Walhal nasihat itulah yang akan menyelamatkan kita,
Yang akan menjadikan kita waras,
Yang akan menenangkan kita.
Di manakah kesedaran itu...
Kesedaran merasakan diri itu bersalah,
Kesedaran untuk berfikir dengan waras,
Kesedaran untuk bersyukur dengan segalanya,
Kesedaran bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya,
Kesedaran bahawa Allah itu ada,
Kesedaran untuk sentiasa berdoa yang baik-baik sahaja,
Kesedaran tentang segala yang berlaku ada hikmahnya.
Sedarilah...
Yang kita amat perlukan kesedaran itu,
Untuk kita hidup tenang dan bahagia,
Supaya kita sentiasa mensyukuri nikmatNya,
Dan sentiasa ingat padaNya.
Wan Hazlina
Ampang
Januari 2018
I Just Wanna Share with all of U... about my thoughts, feelings and experiences.... Hope U enjoy reading it and I hope my writing can be your inspiration...
Ahad, 21 Januari 2018
Langgan:
Catatan (Atom)
Memuliakan Ibu Bapa
Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...
-
Assalamualaikum... Waahhhh... Kita dah masuk tahun 2015! Cepatnya masa berlalu... Now, I nak start balik tulis blog I yg dah lama I tin...
-
Sesungguhnya kunci kejayaan seseorang terletak pada hatinya. Apabila hatinya baik, baiklah seluruhnya. Sebaliknya, apabila hatinya jahat, ja...
-
Assalamualaikum... Minggu ni kita rajin masak... Dah mood cuti ada lagi nih... Bulan 9 dah start kelas, dah susah la nak masak... Lepas ni...