Rabu, 25 Februari 2015

My New Job...

Assalamualaikum...

Waahhhh... Kita dah masuk tahun 2015! Cepatnya masa berlalu... Now, I nak start balik tulis blog I yg dah lama I tinggalkan ni....

Lama tak update... Banyak sangat ceritenya. Ada pahit, ada duka, suka, masam dan manis. Hurmm... berapa rasa tu?? Huhuhu... But, kita percaya, segala ujian yang kita dapat tu, ada hikmah disebaliknya. Janji Allah itu pasti. Segala kesusahan akan disusuli dengan kemudahan. Jangan risau kay... Dan segala kesenangan/ kebahagiaan yang kita dapat juga adalah ujian utk kita. Bersyukur... bersyukur.. bersyukur...

Okay, entry kali ni, I nak share kat u olls.. my new job, as a SCHOOL INSPECTOR atau dikenali sebagai NAZIR.

Ceritanya begini... Pada suatu hari, di suatu pagi yang indah, kite tengah baring2 dengan baby Adell... Masa tu dalam pantang lagi, middle of December kalau tak silap. Bosan2, google website moe. Saje... tengok2 kot ada peluang kerjaya yang baik punya... Oloh.. xdop lah pulok... Tiba2 terlintas di fikiran, teringat dulu2 pernah berangan nak jadi nazir. Hurmmmm... Why not try mohon. Ada kosong ke xdop kosong ke.. Try je mohon.. mana tau sangkut...

Dengan niat try2 tu, maka aku pun mulalah cari borang permohonan nak jadi nazir tu. Google je, dapatlah borangnya. Dah isi, lengkapkan semua dokumen yg dia mintak, aku pun poslah borang tu. Dalam masa yang sama, aku dapat offer sebagai SISC+ yang dah aku pegi interview last time. Cuma, belum dapat surat confirmation drpd JPN. JPN call kata dapat, tapi surat tak sampai2 pun. Lambat sgt confirmation dari JPN, mintaklah nazir kot2 dapat manalah tau.

Alhamdulillah, berkat doa dan izin Allah, akhirnya aku berjaya pergi interview sebagai nazir ni. Prepare utk interview pulak. Mak aiii... macam2 ditanyanya. Bile ditanya PBS, aku tak sure then aku just jawab, saya tak tahu. Hahahaaaa....  Bile ditanya kenapa nak jadi nazir? Aku cakaplah, aku rasa capability aku more than dari seorang cikgu (macam bagus je bunyinya... Hahahah) And, aku nak cuba jawatan yg lebih mencabar dari seorang cikgu. Tapi, bila difikir balik, kerja seorang cikgu sangatlah mencabarnya pada masa ni kan... Huhuhuhu...

Setelah temuduga, sekiranya berjaya, nazir akan datang ke sekolah untuk mencerap kita mengajar. Alhamdulillah, sekali lagi aku berjaya melepasi ujian temuduga tu. Datanglah 2 org nazir ke sekolah utk mencerap aku pada awal bulan April. Mengajarlah aku dengan bersungguh2 nya. Hihhihi... Nazir tu bagitau, dia tak janji aku dapat atau tidak. So, kena tunggu surat dari JNJK. Selepas 3 bulan, kalau tak dapat surat, maknanya tak dapatlah tu. 

Aku sentiasa doa, buat solat hajat agar aku dapat job nazir ni. Cikgu2 aku dulu selalu cerita, kalau nazir datang, memang kecut perut dorang, sebab nazir datang sekolah untuk mencerap cikgu mengajar. Rasa macam best je ada feeling bila ada org rasa kecut perut, gerun dengan nazir ni. Hahahaha... Well, kalau korang nak tau, jawatan nazir ni termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Dan.... Report drpd nazir adalah direct terus kepada menteri pelajaran.

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga menjawat jawatan sebagai nazir setelah dapat surat daripada JNJK menyatakan yang aku perlu melapor diri pada 1 Jun 2014. Omaigadd... Macam mana ni? On the date, aku join tour to Europe. Almaklumlah, time tu cuti sekolah. So, apa yg aku perlu buat, ialah memohon penangguhan utk lapor diri. Aku balik dari Paris, 14 Jun (Sabtu), mohon lapor diri pada 16 Jun 2014. Owhh... sungguh penat time tu. Penat berjalan tak ilang lagi, nak tak nak kena jugak melapor diri pada date tu.

Begitulah pengalaman aku macam mana aku mohon jawatan sebagai nazir ni. For now, aku dah pun 8 bulan di sini. Kerjanya memang awesome!! Alhamdulillah... Bersyukur sangat2... Happy sangat di sini.... Semoga Allah permudahkan segala urusan dalam kerjayaku dan semoga aku akan lebih berjaya pada masa akan datang.



Memuliakan Ibu Bapa

Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...