Jumaat, 11 April 2014

Dengdeng Daging....

Jeng jeng jeng....

Assalamualaikum...

Ya Allah lamanya tak update blog. Dah setahun. Banyak sawang dah kat blog ni haa..... Sebenarnya, banyak je masa yg Allah bagi, tapi masa macam terbuang begitu shj. Ya Allah, ampunkan aku...

Saya pernah janji dengan Yati yg nak masakkan dia daging dengdeng masa dia pregnant. Time tu pulak saya tengah sarat mengandung jugak. Sudahnya, tak jadi2 daging dengdeng saya... huhuhu...so sorry sahabatku Yati... Insya Allah, ada kelapangan, saya akan buat jugak nanti. 

So, utk permulaan nak update balik blog ni, saya nak share mcm mana nk buat daging masak dengdeng ni... Dapat dari facebook je pun... Semoga bermanfaat.


Dendeng Daging sedap dimakan dengan nasi panas, pulut kuning mahupun dengan ketupat... dendeng ni nak makan esok pagi tapi dah tinggal semangkuk kecik je..anak2 makan dengan nasi panas tadi..

Resepi Daging Dengdeng

Bahan A:
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar

Bahan B:
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang

Bahan C:
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa

Bahan D:
air rebusan daging

Cara-cara:

Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang
panaskan minyak dlm kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap

Bahan A direbus sehingga daging lembut...tp jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak
*air rebusan jangan dibuang
*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk (rujuk gambar) guna lesung batu buat sampai habis (rujuk gambar)
*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jgn lama sangat sekejap je guna minyakgoreng bawang tadi angkat dan toskan

skrang guna kuali yang sama cuma letakkan dlm 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak2 la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk..
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
dan taruk bahan D dlm 5 senduk.. 
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dgn penutup biar air tersebut agak2 kering 
*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam... siap..

Selamat mencuba




Memuliakan Ibu Bapa

Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...