Ahad, 28 Oktober 2012

Aurat Wanita

Assalamualaikum...

Perkara utama yang menjadi cabaran bagi wanita masa kini ialah berkenaan dengan aurat. Sangat susah utk seorang wanita menjaga auratnya. Masya Allah... Tengok sahaja fesyen terkini. Aku pun tidak boleh lari dari dipengaruhi oleh fesyen yang makin hari makin tak masuk akal ni. Wanita... Mahu kelihatan cantik all the time. Untuk apa dan untuk siapa cantik itu? Hmmm...

Semua orang tahu batasan aurat wanita. Hanya wajah dan tangannya sahaja. Kaki? Yup. Itu pun termasuk dalam batasan aurat wanita. Kalau kita tak berstokin, maknanya kita dah dedahkan aurat kita. Fuhhh... sungguh susah sekali nak jaga aurat ni kan? 

Begitu juga dengan aku. Tapi dari masa ke semasa aku cuba dengan sebaik mungkin utk menjaga auratku. Aku berubah perlahan2, tidak terlalu drastik. And, U all apa yang buat lagi mujarab utk kita semua supaya kita jaga aurat kita ni? Sudah semestinya DOA yang tidak putus drpd ALLAH supaya dikuatkan hati kita utk menjaga aurat sebaik mungkin. Kalau kita mintak dengan ALLAH, Insya Allah, ALLAH akan kurniakan.







Okay... U all tengok fesyen pakaian di atas tu. Semua aku dah try fesyen2 macam tu. Astaghfirullahalazim.... Ya Allah, ampunkanlah aku atas dosa yang pernah aku lakukan dulu... Kuatkanlah hatiku untuk berubah ke arah yang lebih baik. Menjaga auratku sebaik mungkin.

Di sini, aku bukan nak cakap aku ni budget baguss ke apa ke... Tidak. Aku pun baru belajar bagaimana nak jaga aurat ni. Cuma, ini memang perintah dari Allah SWT untuk kaum wanita supaya menjaga aurat.


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An-Nur; Ayat 31)

Mungkin ayat di atas U all boleh baca macam tu je, langsung tak terkesan di hati kan.... But, apa yang paling menakutkan aku tentang menjaga aurat ini ialah, balasan Allah kepada mereka yang tidak menjaga aurat ni... Ishhh... Memang menakutkan...


Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya:

  1. Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. 
  2. Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya. 
  3. Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.


Masya Allah.... Tak takut lagi ke dengan balasan yang bakal diterima di akhirat kelak? Jangan putus asa, berdoalah kepada Allah supaya kita diberikan hati yang kuat untuk menurut perintahNya... Amiinnnn...

Memuliakan Ibu Bapa

Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...