Isnin, 5 Disember 2011

BERSIHKAN HATIMU

Sesungguhnya kunci kejayaan seseorang terletak pada hatinya. Apabila hatinya baik, baiklah seluruhnya. Sebaliknya, apabila hatinya jahat, jahatlah seluruhnya. Hati adalah penentu kualiti diri seseorang. Oleh kerana itu, bagi memperbaiki manusia secara keseluruhan, terletak pada keberkesanan kebaikan hatinya. Pembinaan dan pendidikan diri manusia tidak bererti apabila tidak diikuti dengan pembinaan hati.

Segala pekerjaan dinilai daripada amalan hatinya. Apabila niatnya ikhlas hanya kerana Allah semata-mata, amalannya adalah tinggi nilainya. Apabila niatnya terpesong, bukan kerana ingin mendapat keredhaan Allah, tetapi untuk mendapat pujian ataupun bagi menyaingi orang lain, amalannya tidak bernilai dan tidak beerti lagi. Ketahuilah, niat itu terletak pada hati. Hati yang bersih menghasilkan niat yang ikhlas. Daripada niat yang ikhlas muncul kekuatan yang begitu besar. Kekuatan yang syaitan pun tidak sanggup mempengaruhinya. Kekuatan orang yang ikhlas ini yang perlu kita capai. Oleh itu, berusahalah membersihkan hati.

Bagaimanakah cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup?


  • Selalu berzikir kepada Allah. Dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa bersih.

  • Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekekliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.

  • Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.

Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal demi membuktikan yang kita adalah orang Muslim.


Allah menjelaskan di dalam Quran surah al-Ahzab ayat 41 yang bermaksud," Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya."



-Sumber: Menjadi Muslim Terbaik (Aa Gym) -


Memuliakan Ibu Bapa

Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...