Isnin, 7 November 2011

Sabar Itu Indah.....

Masa lampau aku, seorang yang sangat tidak boleh bersabar terutamanya bila aku tahu ada orang mengata kat aku.... Aku cepat melatah, kuat komplen.... Mana indahnya sabar ni? Betul2 aku tak faham hinggalah aku terbaca majalah solusi (No. 31)... Thanks to penulisnya Pahrol Mohammad Juoi yang tulis artikel "Sabar Itu Indah"... And thanks again to Norhayati Hamzah coz kenalkan aku dgn penulis ni yang bukunya Satu Rasa Dua Hati yang dia promote kat aku.

Sabar itu ganjarannya syurga. Dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga. Sesungguhnya.... Sabar Itu Indah. So, berikut adalah beberapa info berkaitan dengan sabar

Langkah Praktis Memupuk Sabar


  • Bertahan ketika menghadapi hentaman pertama daripada suatu musibah

  • Segera mengingati Allah dan mohon keampunan-Nya

  • Tidak tergesa-gesa menampakkan musibah itu kepada orang lain

  • Cari punca masalah, sediakan alternatif penyelesaian dan bertindaklah menyelesaikannya


Dalam Islam, sabar itu terbahagi kepada tiga;



  1. Sabar dalam menunaikan perintah Allah

  2. Sabar dalam meninggalkan larangan Allah

  3. Sabar dalam menghadapi ujian daripada Allah


Apakah musuh-musuh sabar?



  • Tergesa-gesa

  • Putus Asa

  • Marah

Sememangnya sabar itu bukan perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan. Meskipun sinar matahari itu panas dan tidak menyelesakan, manusia memerlukannya untuk mengeringkan pakaian yang basah dan memberi cahaya kepada pelbagai tanaman dan tumbuhan serta haiwan agar hidup segar dan sihat. Bumi akan suram tanpa hadirnya sinar mentari. Itulah ibaratnya sifat sabar. Kita memerlukannya walaupun ia menagih sedikit kesusahan. Ternyata sabar itu indah....



Sabar Itu Indah


Jika langit hendak runtuh


Bagaimana jari hendak menahannya


Kita hamba yang dibatasi takdir


Disitulah noktah segala tadbir.


Hitungkan laut kesyukuran


Di pinggir pantai kesabaran


Carilah hikmah tuailah iktibar


Sabarlah dalam bersabar.


Betapa pun terasa pahit


Janganlah hendaknya tercalar tauhid


Sesungguhnya sabar itu indah


Didikan terus daripada Allah.


Ujian itu penebus dosa....


Meningkatkan darjat


Menambahkan pahala


Bingkisan tazkirah daripada yang Esa


Bagai ombak.... penghias samudera



Kenapa Allah beri kita ujian? Kerana Allah masih sayangkan kita.... Supaya kita kembali ke pangkal jalan.... Alhamdulillah kerana aku telah mendapat hidayah-Nya. Ya Allah! Janganlah Kau ambil kembali hidayah yang Kau telah berikan padaku... Aku bersyukur atas ujian yang telah Kau berikan padaku..... Pintaku, tingkatkanlah kesabaranku dalam menempuh ujian-Mu... Kurniakanlah aku kebahagiaan dunia dan akhirat.....


Only God Knows Why...



Memuliakan Ibu Bapa

Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...