Isnin, 5 Disember 2011

BERSIHKAN HATIMU

Sesungguhnya kunci kejayaan seseorang terletak pada hatinya. Apabila hatinya baik, baiklah seluruhnya. Sebaliknya, apabila hatinya jahat, jahatlah seluruhnya. Hati adalah penentu kualiti diri seseorang. Oleh kerana itu, bagi memperbaiki manusia secara keseluruhan, terletak pada keberkesanan kebaikan hatinya. Pembinaan dan pendidikan diri manusia tidak bererti apabila tidak diikuti dengan pembinaan hati.

Segala pekerjaan dinilai daripada amalan hatinya. Apabila niatnya ikhlas hanya kerana Allah semata-mata, amalannya adalah tinggi nilainya. Apabila niatnya terpesong, bukan kerana ingin mendapat keredhaan Allah, tetapi untuk mendapat pujian ataupun bagi menyaingi orang lain, amalannya tidak bernilai dan tidak beerti lagi. Ketahuilah, niat itu terletak pada hati. Hati yang bersih menghasilkan niat yang ikhlas. Daripada niat yang ikhlas muncul kekuatan yang begitu besar. Kekuatan yang syaitan pun tidak sanggup mempengaruhinya. Kekuatan orang yang ikhlas ini yang perlu kita capai. Oleh itu, berusahalah membersihkan hati.

Bagaimanakah cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup?


  • Selalu berzikir kepada Allah. Dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa bersih.

  • Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekekliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.

  • Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.

Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal demi membuktikan yang kita adalah orang Muslim.


Allah menjelaskan di dalam Quran surah al-Ahzab ayat 41 yang bermaksud," Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya."



-Sumber: Menjadi Muslim Terbaik (Aa Gym) -


Isnin, 7 November 2011

Sabar Itu Indah.....

Masa lampau aku, seorang yang sangat tidak boleh bersabar terutamanya bila aku tahu ada orang mengata kat aku.... Aku cepat melatah, kuat komplen.... Mana indahnya sabar ni? Betul2 aku tak faham hinggalah aku terbaca majalah solusi (No. 31)... Thanks to penulisnya Pahrol Mohammad Juoi yang tulis artikel "Sabar Itu Indah"... And thanks again to Norhayati Hamzah coz kenalkan aku dgn penulis ni yang bukunya Satu Rasa Dua Hati yang dia promote kat aku.

Sabar itu ganjarannya syurga. Dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga. Sesungguhnya.... Sabar Itu Indah. So, berikut adalah beberapa info berkaitan dengan sabar

Langkah Praktis Memupuk Sabar


  • Bertahan ketika menghadapi hentaman pertama daripada suatu musibah

  • Segera mengingati Allah dan mohon keampunan-Nya

  • Tidak tergesa-gesa menampakkan musibah itu kepada orang lain

  • Cari punca masalah, sediakan alternatif penyelesaian dan bertindaklah menyelesaikannya


Dalam Islam, sabar itu terbahagi kepada tiga;



  1. Sabar dalam menunaikan perintah Allah

  2. Sabar dalam meninggalkan larangan Allah

  3. Sabar dalam menghadapi ujian daripada Allah


Apakah musuh-musuh sabar?



  • Tergesa-gesa

  • Putus Asa

  • Marah

Sememangnya sabar itu bukan perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan. Meskipun sinar matahari itu panas dan tidak menyelesakan, manusia memerlukannya untuk mengeringkan pakaian yang basah dan memberi cahaya kepada pelbagai tanaman dan tumbuhan serta haiwan agar hidup segar dan sihat. Bumi akan suram tanpa hadirnya sinar mentari. Itulah ibaratnya sifat sabar. Kita memerlukannya walaupun ia menagih sedikit kesusahan. Ternyata sabar itu indah....



Sabar Itu Indah


Jika langit hendak runtuh


Bagaimana jari hendak menahannya


Kita hamba yang dibatasi takdir


Disitulah noktah segala tadbir.


Hitungkan laut kesyukuran


Di pinggir pantai kesabaran


Carilah hikmah tuailah iktibar


Sabarlah dalam bersabar.


Betapa pun terasa pahit


Janganlah hendaknya tercalar tauhid


Sesungguhnya sabar itu indah


Didikan terus daripada Allah.


Ujian itu penebus dosa....


Meningkatkan darjat


Menambahkan pahala


Bingkisan tazkirah daripada yang Esa


Bagai ombak.... penghias samudera



Kenapa Allah beri kita ujian? Kerana Allah masih sayangkan kita.... Supaya kita kembali ke pangkal jalan.... Alhamdulillah kerana aku telah mendapat hidayah-Nya. Ya Allah! Janganlah Kau ambil kembali hidayah yang Kau telah berikan padaku... Aku bersyukur atas ujian yang telah Kau berikan padaku..... Pintaku, tingkatkanlah kesabaranku dalam menempuh ujian-Mu... Kurniakanlah aku kebahagiaan dunia dan akhirat.....


Only God Knows Why...



Ahad, 23 Oktober 2011

Kawan-kawan lama

Suharni n baby Dayana Qaleesya



Kak Kay n baby Umair





Thanks to Norhayatie Hamzah coz dia la sebenarnya yg bagi aku inspirasi untuk aku rajin pergi lawat kawan2 lama aku. Aku kagum dengan dia coz dengan babynya yg baru 3 mths dia bawak, datang open house aku. Aku dulu, kalo bab melawat orang ni macam tak amik port sangat. Tapi, apa yang aku rasa bila si Yatie ni datang umah aku? Aku rasa HAPPY! So, sekarang aku ingin ubah diri aku! Aku nak buat kawan2 aku happy mcm aku rasa happy bila kawan lama aku datang rumah aku bila lama x jumpa.



So, hari ni, aku berjaya pergi rumah Kak Kay (Taman Cuepacs) and Suharni (Batu Caves); kawan sekerja aku masa aku mengajar di Kosas dulu. W/ pun sesat barat (pepatah org Ganu kite), sampai jugak la rumah dorang. Kak kay n Suharni baru dapat baby. So, aku dgn Ogy pegi la lawat baby n mummynye. Best laa.... dorang happy bila kita pi lawat. Dorang x sangka yang aku masih lagi ingat dorang.


Thanks to Kak Kay coz jamu kita org makan karipap n Suharni pulak pulut durian! Insya Allah, kalau umur panjang, kita akan jumpa lagi.....


Malamnya pulak, aku bawak si Ogy pegi makan kat Q-Thai Steamboat. Steamboat makanan favourite aku skang ni. Layan giler beb makan steambot kat sini.... Makan le banyak mana korang nk makan. Sape perut kecik tu rugi la, sbb x bole makan banyak..... Aku dgn Ogy melantak x ingat punya.... (Hmmm... kata nak kurus!)


Aku harap, aktiviti pergi lawat kawan2 lama ni takkan habis di sini saje... And skali lagi thanks to Norhayati Hamzah..... Only God Knows Why.... Why Allah temukan kita balik ye Yati? Utk tolong aku hilangkan keresahan yang melanda di hati.....??? Hmmmmm.... Only God Knows Why...
















Isnin, 17 Oktober 2011

Hanya Orang Yang Sibuk Sahaja Ada Masa

Selalu kita dengar ungkapan ni "Takde Masa". Yelah, busy bebenor sampai xde masa.... Ada satu buku motivasi yang aku pernah beli - Mengurus Waktu. Kat cover dia tulis, HANYA ORANG YANG SIBUK SAHAJA ADA MASA. Bila difikirkan balik, betul jugak. Hanya orang yang sibuk sahaja, yang ada masa, yang gunakan masa. Orang yang tak sibuk? BUANG MASA lah. Bila masa dah dibuang, mana ada masa lagi?

So, semenjak aku dah mula belajar ni, sometime aku ada masa, and sometime aku xde masa. Bila time aku ada masa, aku kena baaaanyakkkkk baca. Baca buku, jurnal. Bila aku xde masa, aku buang masa dengan tgk TV. Cite apa yang aku tgk pun, tak pasti coz aku ni bukannya suka tengok TV. Tapi yang pasti, Tanyalah Ustaz pagi2 tu aku bukaklah w/pun lama2 aku terlelap!. Bukan apa, banyak mende lagi yang aku kena catch up bab2 agama ni.

Hmm....almost 2 weeks tak update blog. Bukan xde masa, ada. Cuma tak berkesempatan. Heheheh......

Only God Knows Why.....

Rabu, 5 Oktober 2011

Rasa Kecik...

Bila aku start sambung master, 1st class yg aku masuk buat aku rasa sangat kecik, sangat rendah diri... Sebabnya, bila student2 lain introduce themselves to class, style dorang, keje dorang, sume bagus2. Aku cikgu je. Dulu2 kalo orang tanya, keje apa? jawapannya, cikgu je... Nape mesti nak jawab cikgu je? Huh.... orang pny persepsi, cikgu ni kejenya senang, tak profesional. Then, selama 5 tahun aku jadi cikgu, x seperti apa yg orang sangka. Keje cikgu x senang. Baaaanyaaakkkkkk keje ooo.... Satu yg aku notice, bila jadi cikgu, social life aku kurang sikit kot. Ye le, kawan2 cikgu je... kalo borak2 pun borak pasal murid2, kalo yg mak2 tu, borak pasal anak2, masakan apa yg best and mcm2 lagi la. So, bila aku sambung blaja ni, aku jumpa ramai kawan; ada PTD, keje JPA, lecturer... Hmm.... and bila dibandingkan dgn dorang punya knowledge, aku rasa, aku sangat jauh ketinggalan. Dorang bole ckp psl economy, politics, and macam2 lagi. Bila dorang buat group presentation lagi la kan... speaking berabuk. So, ini adalah satu langkah yang positif yang aku ambil dgn sambung blaja coz at least aku boleh keluar daripada kepompong cikgu tu. Aku boleh expose mind dgn pelbagai mende yg aku x tau sebelum ni. Thank U Allah sbb beri aku peluang ni, utk aku tambah ilmu, utk aku kembangkan diri aku (w/pun dah sedia kembang!)..... Only God Knows Why....

Isnin, 3 Oktober 2011

Hari ini dan semalam

Assalamualaikum....

Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis, susah nak jumpa... pernah x dengar? Kebanyakan kawan skang x boleh percaya. Kalo kita ngadu masalah kat dia, boleh percaya ke yang dia takkan bg tau orang lain? Wallahualam. Especially kalo bende tu yang mengaibkan kita, yang membebankan kita, lagi la dia nk bercerita dgn org lain. So, kat tempat keje aku ni, aku senang sangat berborak dengan budak Fizah namanya. Dia ganti aku coz aku dh cuti blaja. Baik budaknya. Belum kawin lagi.... So, anything gossip2 ke, aku senang bercerita dgn dia. So far,kalo aku ada rahsia apa2 bole cite dgn dia ni. Begitu juga sebaliknya. Kita org setakat bercerita je lah. Sambil tu fikir, nape jadi mcm tu, kalu jadi mcm tu, nak buat mcm mana. X lebih dari tu. And aku pun bnyk bagi tips kat dia mcm mana nk jadi cikgu yg baik coz aku lebih senior dr dia. Satu, jgn heran apa pandangan org kat kita. Buat je keje kita. Dua, buat baik dgn sume org. Tiga, akur pada arahan pentadbir. Itu la yg aku ingat. And hari ni, aku teman dia pegi majlis NILAM kat Shah Alam and dia teman aku pegi JPS. Thank U Fizah.

Semalam pulak, aku pegi umah kawan baik aku masa skolah rendah dulu; Yatie Hamzah. Banyak gak mende kita org borak. Yatie, kita ni senasib la. Only God Knows Why, Tuhan dah temukan kita kembali mungkin utk meleraikan/ meredakan/ membahgiakan/ apa sahaja yang ada dalam kepala aku ni. Terima kasih Tuhan coz temukan aku dgn Yatie ni. Dok tau tu, bila jumpa mung, aku rasa aku lebih bersemangat! Dok puas lagi chit chat dgn mung hari tu... Nanti kita plan jumpa hari lain deh.. Ye lah masing2 sibuk dgn keje...

Sabtu, 1 Oktober 2011

Make Them Happy (Part 2)

Hari ni, Adam, Tia n Bella sangat happy coz Mummy dorang bawak dorang jalan2. Kat Playground KLCC... Habis main, pegi makan kat foodcourt kat situ then dorang ketuk lagi mummy dia kat Toy r us... huhuhu... Tapi xpe anak2 ku, duit mummy boleh cari, janji anak2 Mummy sayang mummy, happy and dengar cakap mummy tau.... I LOVE YOU ADAM, TIA AND BELLA.....

Dari KLCC, aku memecut ke Taman Kosas coz hari ni ada wedding Akmal; my colleague masa kat Kosas dulu. Tahniah Akmal! Moga bahagia hingga akhir hayat.... Abis tu, balik jalan jem, singgah Kosas jap beli basikal utk Bella pulak! Balik umah, layan Bella dengan basikal barunya. Then, minum petang pulak dgn M.I.L. Huh! Bnyk jugak ye aktiviti hari ni.... Betul la! dari aku dok melayan perasaan sorang2, baik aku fikir apa nk buat n buat apa yg aku suka..... Only God Knows Why.... Thank U Allah...

Make Myself Happy



Jumaat; 30 Sept.... betapa penuhnya aktiviti sampai x smpt mengarang. Berikut adalah aktiviti yg telah dijalankan: (hahahah)






1) Thai Massage



2) Boling



3) Makan kat Korean Restaurant



4) Tgk wayang Bini2 ku Ganster di Jusco Cheras Selatan



5) Jalan2 di Downtown Mines






Sedikit sebanyak dpt mengurangkan kerinduan pada hubby yang jauh di mata dekat di hati.



Dok wonder, dia ingat kat aku dok? Aku tau, yg paling dia rindu of course Bella...... Wallahualam...

Khamis, 29 September 2011

Studying Master

Assalamualaikum....

Tak sangka ye, bila sambung belajar balik, segala2nya blur bagi aku..... Lecture, notes yang aku kena study... OMG, satu apa pun tak paham... 1 more thing, evrything is in English. Bagus lah, at least aku bole improve aku punya skipping London.... So, bila aku dapat smbg belajar balik ni, aku kena pandai manage time. Bila nk study, bila nak huha (ye la kan, dapat cuti 2 tahun, heheh). Jadi, kita kena pandai. Apa yang aku buat ni, sume orang buat kot. Apa lagi, buat study group la.... Bahagi tajuk, then sume org kena present part masing2.... Dan yg paling penting, aku soh dorang buat mind map. Tak taulah dorang suka ke tak mind map ni, tapi, aku soh buat sebab mind map ni amat membantu utk kita paham keseluruhan topik tu...

Tadi, ada majlis ikrar utk student baru. Chanselor tu cakap, walau kita belajar, kita kena enjoy, and having fun... Having Fun?!!! Aku tengok kat kawan aku, then aku senyum. Macam mana nk having fun, kalo baca notes dia pun, satu hapa pun x paham. Adoi laa.... So, nak dijadikan cerita, habis majlis tu, kita orang pi makan kat kedai mamak. Sebelah kedai tu ada spa.... So, plannya, Rabu next week, kita org nak pi buat facial ke urut ke.... hahahah... Ok la tu dok? Tak boleh tension sangat study ni. And to Kak Zaidah and Najmina, dont forget to make an appoinment nxt week k? Ok lah thats all for now..... Pesanan utk diri sendiri - 5 hari xde kelas ni, jgn lupa study ek..... Only God Knows Why....

Selasa, 27 September 2011

Make Them Happy (Part 1)

"Malam ni sape nak makan KFC?" Yeaaaa....Adam (my son) kalo sebut KFC je, terus melompat coz dia memang penggemar makanan western. Kat KFC kan ada chicken chop...tu feberet dia la tu..... So, my mum, my dad, Adam, Tia n Bella (my daughters) aku bawak pi car4 makan KFC. Makan lah kami dengan lahapnya coz lapar....Masa dia orang makan tu, aku tengok, betapa happynya dia org sebab dapat pi KFC...Ye la...pi KFC ni jarang2 skali sbb aku memang kurang makan fastfood. Dapat pulak dia orang mainan dari set happy meal tu..(eh, yg tu bukan mcdonald ke?)... Selesai sudah makan, bawak dia orang main TOY GERAK - Istilah yg digunakan oleh family aku.... Alah, yg masuk token tu, pastu dia gerak laa... Suka sangat bila aku tgk dia orang suka...Bella si kecik main gak walau pun x tau apa2....tapi aku hepi sangat bila tgk dia org seronok.... Buat aku terfikir, bagaimana nasib anak2 yg kurang kasih sayang dr parent dorang? Mak bapak yg sibuk keje or dari family susah... Boleh ke dorang makan KFC @ main yg macam anak aku main? x macam anak2 aku, nak apa, sume dapat... Harapan aku, bila aku mati nanti, dorang dapat doakan aku.... Adam, Tia, Bella.... Jadilah anak yang soleh dan solehah...

Cuti dan Kerja....

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak permohonan aku utk sambung master di UPM dengan cuti 2 tahun bergaji penuh...Hmm..bila citer dengan orang, sumer cakap; Waaahh...bestnya, Cuti pastu dapat gaji lagi....Walaupun titlenya, CUTI, hakikatnya, aku masih lagi bekerja. Belum boleh cuti sepenuhnya kerana masih banyak yang perlu aku bantu Cik Nor Rafizah yang menggantikan aku skrg. Dont worry ye Fizah, Kak Wanna ajar tapi Pelan-Pelan Saja (lagu group Kotak-Best!)... Kalo ajar laju2, nanti Fizah pening, Kak Wanna pun pening. So, jap tadi, Kak Wanna dah siapkan report PSS tu yer.

Walau di mana sahaja kita berada, apa sahaja yang kita buat, Cuti ke, Belajar ke, Kerja ke....Ingat....JANGAN LUPA ALLAH! Sambil jalan ke, drive ke, try zikir banyak2...itu salah satu cara kita ingat dengan Allah...Apa sahaja yang kita buat, ONLY GOD KNOWS WHY.....

Isnin, 26 September 2011

Sachdev Skin Specialist Clinic....

Assalamualaikum.....

Pernah tak korang dengar Klinik Sachdev kat Jalan TAR? Klinik Pakar Sakit Kulit yang paling famous kat KL ni? (I guess so...).. Hari ni bawak my mum ke klinik tu coz kulit dia ada gatal2 sikit. Long time ago, kulit di muka ku penuh dengan jerawat gara2 makan sejenis ubat herba. So, pergilah ke klinik tu. Alhamdulillah, jerawat semakin berkurang. So, tadi alang2 dah pi jalan TAR tu kan, moh la kita pi cari tudung barang selai dua.... Jalan punya jalan, singgah lah kedai buku area situ. Ya Allah banyaknya buku2 agama kat sini.... Belilah 2 buah buku; Ensiklopedia Solat and buku 1 rasa 2 hati (yang telah dipromosikan oleh Yatie Hamzah...)..Memang best lah buku Ensiklopedia Solat tu...Memang berbaloi beli w/pun harganya RM100... Aku jalan lagi...tiba kat satu lagi kedai buku...Ya Allah! kat depan kedai tu dia buat promosi buku solat tu harganya RM80.... hok alo...rasa rugi duit aku RM20. Tapi bila fikir balik, xpe lah... Kalu kita nak menimba ilmu ni, tak boleh berkira sangat..... Only God Knows Why...

Sabtu, 24 September 2011

Terima Kasih Allah....





First of all.... Terima kasih kepada Allah tidak terhingga kerana aku masih lagi bernafas pada hari ini..... Secondly...TQ to Norhayati binti Hamzah (siap nama penuh lagi!), kawan skolah rendah aku; sbb tolong aku create blog ni.....Dia terer IT, untung aku dapat kawan mcm dia... Hari semalam dalam sejarah; lebih kurang 21 tahun aku tak jumpa si Yatie ni, akhirnya semalam dia datang open house and kami chit chat macam2 about zaman dolu2....heheheh...masih ingat lagi masa skolah dulu, kita org rehat bawah pokok zaitun.... hmmm...seronok ingat kenangan time skolah dulu...And now, aku sangat2 bersyukur kerana Allah telah temukan kami kembali....Alhamdulillah, Tuhan telah makbulkan doaku agar aku dikelilingi dengan orang yang baik2.....So, pada hari ini, waktu ini, aku akan try ceriakan hidup aku kembali dgn blog ni....... Only God Knows Why....


Memuliakan Ibu Bapa

Assalamualaikum.... Entry kali ni diterbitkan khas untuk Program LaDap Nurani setiap Jumaat oleh Jemaah Nazir WPKL. Jadi, kali ni gili...